Sunday, 19 January 2014

Smiles and Happiness: New Year… New Experience! - Blog Makanan di Kuala Lumpur

Smiles and Happiness: New Year… New Experience! - Blog Makanan di Kuala Lumpur


Smiles and Happiness: New Year… New Experience!

Posted: 14 Jan 2014 05:20 AM PST

Pada 11 Januari lalu, LR berpeluang mengunjungi 2014 Japan Club of Kuala Lumpur New Year Family Day. Atau dalam bahasa yang lebih senang… Festival Tahun Baru 2014 yang dianjurkan oleh Kelab Jepun Kuala Lumpur. Festival ini bertempat di Jalan Taman Seputeh dan hanya mengambil masa 10 minit sekiranya berjalan kaki dari stesen komuter Mid Valley. 

Festival ini juga dikenali sebagai Shōgatsu (正月) dalam Bahasa Jepun dan merupakan sambutan yang wajib diraikan di Jepun. Orang jepun mempercayai bahawa tahun baru yang disambut dengan baik dan betul akan menjamin kegembiraan dan kemakmuran di sepanjang tahun itu. Dalam kata lain, ia merupakan satu peluang untuk memulakan kehidupan yang baru.

Sejujurnya, ini adalah kali pertama LR mengunjungi festival sebegini. Jadi ia merupakan satu peluang yang baik buat LR, bukan sahaja dapat mendalami budaya orang Jepun malah dapat melihat sendiri perbezaaan budaya di antara dua buah negara, Jepun dan Malaysia (^_^)

Selalunya di Malaysia, kita meraikannya dengan pengiraan detik tahun baru dan melihat pertunjukan bunga api. Tetapi di festival ini… LR dapat melihat perbezaan yang ketara, di mana sambutan tahun baru dianggap suatu perayaan bagi mereka dan merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat Jepun.

Sebagaimana kita menyambut Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Raya Puasa dan Hari krismas sebagai perayaan yang utama. Begitulah juga mereka menyambut Shōgatsu dengan penuh meriah.

LR tidak berapa pasti, bagaimana mereka menyambut tahun baru di negara Jepun. Tetapi yang pastinya di sini terdapat pelbagai persembahan kebudayaan dari kedua-dua buah negara, banyak-banyak dan banyak makanan Jepun yang di jual, ada indoor amusement khusus untuk kanak-kanak dan semestinya PURIKURA. (^_^)Y

Berikut adalah sesuatu yang menarik pada pendapat LR di sepanjang festival itu berlangsung. 

Sumber: streeteatscolumbus.com

Shaved Ice (Bahasa Jepun: kakigori) – Lihat sahaja dah buat LR kecur air liur. Bagi LR shaved ice ni lagi sedap dari ais kacang. LR lupa nak ambil gambar shaved ice sebab terlalu asyik menikmatinya (=_=)

Banyak makanan jepun yang dijual, rasa macam nak beli semua tapi rasanya tak termampu untuk beli semua tu (-_-)


Sotong bakar (Bahasa Jepun: Ika Yaki) – tak pernah LR tengok sotong sebesar itu. Baunya pun sedap, menikam kalbu. Tapi mampu hidu bau sahaja (+_+)


LR suka sangat tengok mereka-mereka ni pakai kimono. Comel sangat-sangat! Rasa macam nak pakai jugak :) 


Ramainya orang di sebalik purikura… mengapakah?


Rupa-rupanya mereka sedang beratur untuk dapatkan mochi secara percuma! Mochi adalah sejenis kuih tradisional Jepun. Juga dikenali sebagai kek beras, tetapi tidaklah sekeras beras. Teksturnya lembut seperti onde-onde. Menu wajib dimakan sewaktu tahun baru. LR tak sempat nak merasa mochi yang fresh tu sebab dah habis. (T_T)


Kami menerima sambutan yang hangat dari orang Jepun! Ramai yang beratur untuk ber-purikura! Kebanyakan mereka adalah perempuan, iaitu kanak-kanak dan remaja yang berusia belasan tahun!


Menanti gambar mereka dengan penuh sabar – terbaik! 


LR paling suka cara mereka berpakaian. Mereka pandai berfesyen walaupun usia masih muda. Dan setiap dari mereka mempunyai tas tangan yang comel-comel!


Tekun melihat gambar purikura mereka. LR harap mereka rasa seronok ber-purikura (^_^)Y -Lina Rose- 

Perencah Asam Pedas Maharani sekitar <b>Kuala Lumpur</b> hangat <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 19 Sep 2013 09:50 AM PDT

Zaman ini ramai wanita yang telah mempunyai kerjaya. Pergi kerja pukul 6 pagi. Balik pukul 5 petang. Tempuh jam lagi. Balik rumah pasti banyak kerja nak buat. Jangan risau. Kami ada sediakan pes Perencah Asam Pedas Maharani untuk anda seisi keluarga.

Asam pedas sangat sesuai untuk dijadikan makanan harian. Boleh di simpan setelah di buka. Mampu bertahan sehingga lebih 6 bulan! Ok tak ok?

Berat sepaket perencah Asam pedas ini adalah 400gram. Anggaran untuk 2 kilo ikan. Tapi, kalau setakat nak buat untuk seekor ikan je, boleh guna sesudu dua sahaja. Boleh lihat resepi yang menggunakan Perencah Asam Pedas ini.

Hanya dengan berharga RM9 sepaket, anda boleh dapatkannya daripada kami.

No comments:

Post a Comment

Post Popular