Saturday, 18 January 2014

Ku Nan beri amaran kepada pemilik kedai makanan | Kuala Lumpur ... - Blog Makanan di Kuala Lumpur

Ku Nan beri amaran kepada pemilik kedai <b>makanan</b> | <b>Kuala Lumpur</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Kuala Lumpur


Ku Nan beri amaran kepada pemilik kedai <b>makanan</b> | <b>Kuala Lumpur</b> <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2014 10:23 PM PST

TengkuPUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran kepada peniaga dan pemilik kedai makanan di Putrajaya agar tidak menaikkan harga barang dan makanan sewenang-wenangnya atau berdepan dengan tindakan.

Tengku Adnan berkata beliau telah pun memberi arahan kepada Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Aseh Che Mat supaya PPj bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengadakan pemeriksaan bersama memantau harga barang dan makanan di sekitar Putrajaya.

"PPj boleh mencontohi tindakan tegas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengeluarkan notis amaran, saman atau arahan tutup kedai sekiranya sesebuah kedai makan didapati kotor dan seterusnya lesen perniagaan mereka dibatalkan sekiranya kesalahan dilakukan peniaga adalah serius," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas melancarkan Fiesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya ke-6 tahun 2014 dan Kalendar Acara Putrajaya 2014 anjuran PPj di sini hari ini, yang turut dihadiri Aseh.

Kenyataan beliau ialah susulan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat dan harga barang secara bersepadu.

Muhyiddin semalam berkata penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan juga akan ditingkatkan bagi mengambil tindakan lebih berkesan terhadap para peniaga yang didapati mengambil kesempatan menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.

Looking for quality maid?
http://www.kualalumpurpost.net/looking-for-quality-domestic-helper-maid/

Pertanyaan Iklan / Advertisement Enquiry
http://www.kualalumpurpost.net/iklanadvertisement/

Sehubungan itu, Tengku Adnan berkata orang ramai perlu memberi kerjasama kepada PPj dan KPDNKK dengan melaporkan sebarang kenaikan harga yang melebihi had yang ditetapkan agar para peniaga tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan cara yang salah.

"Kerajaan telah menyediakan pelbagai pilihan lain kepada orang ramai dalam menangani kos sara hidup sekarang antaranya menyediakan Kedai Rakyat 1Malaysia, menu Sarapan 1Malaysia dan Klinik 1Malaysia.

"Jangan percaya kepada pelbagai fitnah dan dakwaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mengenai isu peningkatan harga barang kerana kerajaan kini berusaha keras meringankan beban rakyat dalam menangani kos sara hidup," katanya.

Sementara itu, mengenai Kalendar Acara Putrajaya 2014, Tengku Adnan berkata ia diyakini akan meningkatkan jumlah pelancong tempatan dan luar negara ke Putrajaya sebagai antara destinasi pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Putrajaya berjaya mencatat sejumlah 1.85 juta pengunjung bagi tahun 2013 dan 1.83 juta pada tahun 2012, maka tahun ini jumlah pengunjung yang lebih banyak dinantikan dengan penganjuran pelbagai acara menarik di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan ini, katanya.

Terdahulu, beliau melancarkan Fiesta Belon Panas Antarabangsa Putrajaya ke-6 tahun 2014 di Dataran Putrajaya, ia akan disertai peserta dari seluruh dunia dengan mempamerkan pelbagai bentuk dan warna belon yang menarik.

Fiesta belon itu akan berlangsung dari 27 hingga 30 Mac di Monumen Alaf Baru, Presint 2 di sini, menurut sumber Bernama.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelbagai acara dalam Kalendar Acara Putrajaya 2014 dengan menghubungi Unit Pelancongan, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Perkhidmatan Korporat PPj di talian 03-88873000 atau melayari laman web di www.ppj.gov.my atau www.putrajaya.gov.my.

No comments:

Post a Comment

Post Popular