kari kepala ikan enak restoran zk <b>di</b> jalan kg. attap <b>kuala lumpur</b> - Blog Makanan di Kuala Lumpur |
kari kepala ikan enak restoran zk <b>di</b> jalan kg. attap <b>kuala lumpur</b> Posted: 28 Jan 2014 05:55 PM PST Kari kepala ikan sudah terlalu sinonim dengan Restoran ZK, terletak di 76, Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur. Premis ini juga lebih dikenali sebagai 'Restoran Kari Kepala Ikan Kg. Attap' di kalangan ribuan pelanggan tetap. "Tatkala berusia 12 tahun, saya mula bekerja di restoran di Ipoh, Perak, membantu menghantar makanan kepada pelanggan. Di situ juga saya melihat dan mula mengkaji bagaimana cara memasak kari kepala ikan enak. Sepuluh tahun kemudian saya berhijrah ke Cheras, Kuala Lumpur, menyewa tapak perniagaan di restoran Cina dengan kadar RM5 sehari," ujar pemilik Restoran ZK, Haji Zabarullah Khan Kader Mydin, 64 tahun. Saya dapati, beliau, insan begitu merendah diri ketika berbicara.
"Apakah rahsia di sebalik kari kepala ikan sedap disediakan?," soal saya kepada ayah tiga anak itu. "Kepala ikan harus segar. Bagi memastikan kesegaran setiap kepala ikan, kira-kira jam 8 pagi, saya sendiri pergi ke pasar untuk memilih hanya kepala ikan jenahak dan merah terbaik dihidangkan kepada pelanggan. Saya kongsikan satu petua bersama Mazidul. Kalau hendak membeli kepala ikan merah, pastikan tiada jalur kuning di bawah mata ikan itu. Jika ada, daging kepala, liat," jelas beliau. Saya diundang oleh Zabarullah tatkala beliau membeli kepala ikan di Pasar Seksyen 6, Shah Alam, Selangor. "Selain daripada Pasar Seksyen 6, bekalan ikan juga dihantar oleh peniaga Pasar Pudu, Pasar Klang dan Pelabuhan Klang. Lazimnya kepala ikan saya beli berharga di antara RM20 dan RM30 setiap satu. Berat keseluruhan ikan harus lebih daripada 3 kilogram, jadi kepala tidak akan mudah hancur tatkala dimasak. itu antara petua berguna," tambah Zabarullah. Zabarullah berbeza berbanding ramai pemilik restoran lain. Beliau memasak sendiri kari kepala ikan direstorannya. "Memasak kari kepala ikan, hobi saya. Bukan sukar kerana semua bahan telah disediakan oleh pekerja. Kacang bendi, tauhu kering dan tomato antara bahan saya gunakan. Lendir bendi berfungsi memekatkan lagi kuah kari manakala tauhu kering pula menyerap lebihan minyak di dalam kuah. Apapun, hirisan bawang besar ditumis sehingga naik bau, curahkan kuah kari dan tunggu sehingga menggelegak sebelum kepala ikan dimasukkan satu persatu ke dalam periuk," terang datuk kepada lima cucu terbabit. Restoran ZK beroperasi seawal jam 6.30 pagi, menghidangkan sarapan. Jam 10 pagi, restoran ditutup buat sementara waktu untuk pekerja membersihkan lantai premis terbabit. "Selain kualiti makanan, aspek kebersihan sentiasa diberikan perhatian khusus demi menjamin keselesaan semua pelanggan. Tepat jam 11 pagi, kari kepala ikan mula dijual," ujar Zabarullah. Purata, 500 pelangggan berkunjung ke restoran ini setiap hari. Restoran ZK beroperasi sehingga jam 4 petang setiap hari dan ditutup pada hari Ahad. "Kami semua bertugas di Sudan. Akibat pergolakan dan pertelingkahan dua etnik utama di sana, majikan mengarahkan kami pulang ke tanahair buat sementara waktu. Saya dan rakan teringin untuk makan kari kepala ikan. Restoran ZK menjadi pilihan kami kerana layanan mesra dan kari kepala ikan amat sedap dan menepati citarasa semua," ujar Azizi Abdul Ghani. "Kari kepala ikan di sini dimasak tanpa santan dan boleh dimakan segar dalam tempoh 24 jam. Harga kepala ikan di antara RM15 dan RM90, boleh dimakan di antara dua dan 7 orang, mengikut saiz. Sebilangan pelanggan saya, membawa pulang juadah ini ke Sabah, Sarawak, Singapura dan London, United Kingdom. Kari kepala ikan dimuatkan di dalam bekas plastik dan beg kertas. Alhamdulillah, ramai juga golongan kenamaan makan di restoran ini," kata Zabarullah. Anak bongsu Zabarullah, Badrulzaman, 23 tahun, biarpun sibuk bertugas sebagai juruterbang, tetap ringan tulang pada waktu terluang, melayan pelanggan bertali arus berkunjung untuk menjamu selera. "Setelah lebih 20 tahun meraih rezeki di sini, saya berharap Badrul akan menjadi pewaris perniagaan kari kepala ikan. Sebagai taukeh, kita umpama tiang utama bangunan. Tanpa tiang itu bangunan bakal runtuh. Justeru saya sentiasa cuba berada di restoran ini untuk melayan pelanggan. Pelanggan datang dari jauh dan dekat, membawa wang bersama mereka, membayar bil dan menguntungkan syarikat. Oleh itu setiap pelanggan seharusnya diberikan perhatian istimewa," jelas peniaga bersifat merendah diri itu lagi. Ketika itu Zabarullah sibuk menuangkan madu asli ke dalam kuah tambahan hidangan ayam madu, antara juadah utama di Restoran ZK, selain daripada kari kepala ikan. "Saya membeli stok madu asli dari pembekal di Pahang. Jadi ayam madu tidak dicampur gula untuk menjaga kesihatan pelanggan," tambah beliau. Sehari selepas kisah Restoran ZK dipaparkan di Majalan 3, siaran 20 Januari 2014, ribuan pelanggan menyerbu premis itu. Andai ingin membuat pesanan awal kari kepala ikan sebelum berkunjung ke Restoran ZK, sila hubungi 03 2773 9786.
| |
Blog <b>Makanan di Kuala Lumpur</b> - Blog Makanan di Selangor - Blogger Posted: 20 Jan 2014 07:07 PM PST Ibu bapa kini mencari pendekatan baharu dalam mendidik anak-anak dengan menghantar mereka menyertai kem-kem pada musim cuti persekolahan.
TAIP sahaja aktiviti musim cuti sekolah di internet, tidak kira di laman carian Google, Yahoo atau MSN, pelbagai pilihan program berkenaan dapat kita lihat. Ibu bapa hanya perlu menilai setiap tawaran mengikut kemampuan, kesesuaian masa dan minat kanak-kanak atau remaja yang akan melibatkan diri kelak. Lazimnya, ibu bapa yang mahu menghantar anak ke aktiviti musim cuti sekolah mengharapkan sesi lebih panjang supaya anak mereka dapat menerap lebih banyak ilmu. "Saya membuat pencarian di internet tentang kursus musim cuti sekolah yang mampu memberikan pengalaman terbaik tentang kehidupan dan berkonsepkan alam semula jadi," kata Vivian Cheung, 45, dari Puchong, Selangor ketika ditemui di Janda Baik, Pahang, baru-baru ini. Ketika itu, dia sedang bermesra bersama anak tunggalnya, Calista Cheong, 8, sebelum ditinggalkan di sebuah rumah di perkampungan itu selama tiga hari dua malam. "Jaga diri baik-baik. Jangan bangun lewat. Sesuaikan diri dengan keadaan di sini. Kalau lapar, beritahu Uncle Nick," katanya sambil melambaikan tangan kepada anaknya yang berada di pintu masuk sebuah bilik. Calista turut ditemani beberapa rakan lain termasuk sepupunya. Kesemua mereka mendaftarkan diri bagi menyertai Kem Musim Cuti yang juga dikenali sebagai Summer Camp di bawah kelolaan pelatih kem, Nick Tan. Vivian walaupun pertama kali berpisah dengan anaknya, dia yakin keputusan itu adalah terbaik bagi memberi pendedahan kepada anaknya. Katanya, kanak-kanak zaman sekarang terlalu manja. Kehidupan mereka terlalu senang dan leka dengan dunia gajet. Justeru itu, Vivian mengambil keputusan menghantar anaknya ke kem cuti sekolah. "Saya mahu anak saya menjadi lebih matang, hidup dikelilingi hutan, sungai, nyamuk, mandi air sejuk dan tanpa pendingin hawa. Keadaan tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak saya tentang kekurangan orang lain dan kelebihan diri sendiri," jelasnya. Matlamat Menurut Nick, kem cuti sekolah yang dianjurkan oleh My Summer Camp Malaysia itu bukan sekadar tinggal di rumah kampung kerana inti pati program tersebut mempunyai matlamat yang lebih tinggi. "Di Malaysia, kita tidak boleh mengikut perubahan musim seperti di luar negara kerana mereka cenderung melakukan aktiviti ketika cuti musim panas. Kita di sini lebih bertumpu pada cuti sekolah sepanjang bulan Disember, Mei, Jun dan September. Justeru itu, ia bukan sekadar melibatkan permainan pengembaraan atau aktiviti luar sahaja. "Saya mengendalikan kursus ini buat kali kedua selepas percubaan pertama melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah antarabangsa pada 14 hingga 27 Julai lalu. Program kali ini, membabitkan kanak-kanak tempatan berusia seawal lapan tahun," ujar Nick. Kem cuti sekolah yang dirancang sejak lebih setahun lalu itu dirangka mengikut keperluan tempatan. Katanya, buat masa ini, dia hanya menjalankan kem buat tempoh singkat walaupun kem seumpama itu di luar negara membabitkan masa berminggu-minggu. "Sebaik saya merangka program dan mengepos di laman web, saya tidak sangka sambutan menggalakkan daripada ibu bapa. Ibu bapa pada hari ini mahu mendedahkan anak-anak kepada persekitaran luar yang lari daripada rutin harian anak-anak mereka," ujar Nick. KEM-KEM berkaitan keagamaan banyak dijalankan pada musim cuti sekolah dan mendapat sambutan baik daripada ibu bapa. - Gambar hiasan Minat Nick yang merupakan seorang akauntan bertauliah, mula melibatkan diri mengendalikan aktiviti lasak pada usia 25 tahun. Minat yang mendalam dalam bidang tersebut membuatkannya terus berusaha merangka program-program cuti sekolah yang menarik dan sesuai untuk masyarakat tempatan. "Saya turut menguruskan kem-kem latihan membabitkan kanak-kanak dan dewasa selain syarikat korporat. Ia dilakukan bersama beberapa fasilitator lain," katanya lagi. Para peserta yang mengikuti program tersebut dikenakan bayaran sebanyak RM350 seorang termasuk makan, minum, tempat tinggal, aktiviti dan perubatan. Menurut Nick, kadar bayaran tersebut amat berpatutan. Lazimnya, harga pasaran semasa bagi kem seumpama itu yang berlangsung selama dua minggu melebihi RM4,500 seorang. "Saya pernah mengendalikan dua kanak-kanak dan seorang remaja dari Arab Saudi secara peribadi untuk kem musim panas pada bulan Julai lalu. Mereka datang sendiri dan tinggal bersama saya selama sebulan. Bapa mereka meletakkan tanggungjawab sepenuhnya ke atas saya sebagai penjaga dan saya mendedahkan mereka dengan pelbagai aktiviti termasuk budaya tempatan," katanya. Manfaat Dengan bayaran keseluruhan sebanyak RM35,000, Nick memberitahu ketiga-tiga budak yang berusia tujuh, 11 dan 14 tahun itu dilatih membabitkan aspek kemahiran, cara hidup, pengembaraan dan pelancongan domestik, disiplin diri dan sebagainya. "Ini bukti jelas betapa kem-kem seperti ini mempunyai sambutan termasuk dari luar negara. Mereka memilih Malaysia kerana unsur geografi. Jadi, jika ia dipanjangkan kepada kanak-kanak dan remaja di sini, pasti akan memberi manfaat," katanya. Malah, pada kem cuti sekolah pertama yang dijalankan melibatkan pelajar sekolah antarabangsa juga membabitkan kebanyakan pelajar luar negara. Menceritakan lanjut tentang kem tersebut, Nick memberitahu, ia meliputi kegiatan luar dan juga aktiviti akademik seperti kelas bahasa dan kelas-kelas berkaitan pendidikan atau pembelajaran. Dua fasilitator yang membantu Nick pada hari tersebut ialah Norhafniza Nordin, 29, dan Muhammad Hadzirun Hasmi, 19. Norhafniza memberitahu, kebanyakan peserta yang mengikuti program berkenaan di Janda Baik adalah dalam kalangan keluarga berada. Dalam pada itu, seorang peserta, Puvanesan Sandranesan, 10, berkata, dia amat tertarik dengan lokasi kem yang seumpama sebuah kawasan perkampungan. "Bapa yang mahu saya sertai kem ini. Ia merupakan program pertama saya sertai di luar sekolah dan saya teruja untuk mengikutinya terutama membabitkan aktiviti lasak," katanya yang telah mendapat beberapa kawan baharu. Bagi Marcus Cheaong, 10, dari Rawang berkata, dia berasa bimbang untuk tinggal bersendirian tanpa ibu bapa, namun pada masa yang sama teruja untuk mengikuti kem berkenaan. "Walaupun saya selalu lambat bangun tidur, tetapi ketika mengikuti kem ini saya berazam untuk berubah dan mengikuti semua aktiviti yang dirancang," kata Marcus. |
You are subscribed to email updates from Makanan di Kuala Lumpur - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment