Saturday, 1 February 2014

12b) Makanan pelik di Putrajaya - Google Blog Search - Blog Makanan di Kuala Lumpur

12b) <b>Makanan pelik di</b> Putrajaya - Google Blog Search - Blog Makanan di Kuala Lumpur


12b) <b>Makanan pelik di</b> Putrajaya - Google Blog Search

Posted: 29 Jan 2014 11:47 PM PST

KUALA LUMPUR – Malaysia bersedia menerima kehadiran sepasang panda gergasi dari Chengdu, China pada pertengahan bulan April ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel.

Beliau berkata beberapa langkah telahpun dan akan dilaksana bagi memastikan kedua-dua ekor panda itu dapat dibawa masuk ke negara ini dengan sempurna dan timbalan menteri serta beberapa pegawai kementerian akan ke Chengdu bagi mengetahui perkembangan haiwan berkenaan serta membawanya ke Malaysia April ini.

"Semua langkah telah diambil untuk membawa masuk panda ke sini dan haiwan itu akan diterbangkan oleh MASKargo tanpa sebarang bayaran," katanya kepada pemberita sebelum melawat Kompleks Giant Panda di Zoo Negara hari ini.

Palanivel berkata kompleks itu, yang mempunyai tapak berkeluasan 1.6 hektar, disiapkan pada minggu kedua bulan ini dan sedia menerima kedatangan Fu Wa (panda jantan) dan Feng Yi (panda betina).

Program konservasi antarabangsa panda gergasi itu merupakan simbol ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China yang dirai pada 2014 susulan perjanjian kerjasama yang ditandatangani pada 15 Jun 2012.

Palanivel berkata kos pembinaan eksibit dianggar RM25 juta dan daripada jumlah itu, sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan.

Beliau berkata ketibaan pasangan panda gergasi April ini bertepatan dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 selain merangsang pertumbuhan industri pelancongan negara.

"Pasangan panda gergasi itu bakal dipinjamkan kepada Malaysia untuk tempoh 10 tahun dan akan ditempatkan di eksibit khas, yang merangkumi tiga ruang eksibit utama dengan suhu di bawah 24 darjah Celsius yang meyamai habitat asalnya, kawasan senaman, kurungan malam, ruang penyediaan makanan dan bilik penyimpanan makanan.

"Ia juga mempunyai makmal, klinik veterinar, bilik inkubator, nurseri dan bilik pemantauan keselamatan," katanya.

Palanivel juga berkata Malaysia sudah membuat persediaan awal bagi penanaman buluh yang dimulakan pada 2012 bagi memastikan bekalan makanan mencukupi untuk menampung keperluan sepanjang 10 tahun pasangan panda itu berada di negara ini.

Beliau berkata tanaman buluh seluas enam hektar sudah dikenal pasti di Taman Wetland, Putrajaya manakala 10 hektar lagi, yang mempunyai rumpunan buluh subur bagi keperluan segera, terletak di Taman Wetland, Paya Indah, Dengkil.

"Malaysia juga menghantar wakil ke China untuk mengetahui cara penjagaan haiwan itu dengan lebih lanjut sementara pihak mereka pula menghantar wakilnya ke sini bagi melihat tapak projek dan ruang pameran," katanya.

Melalui projek itu, Palanivel berkata Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi selain membangun dan melatih kepakaran tempatan.

Mengulas bayaran tiket bagi meyaksikan panda berkenaan, beliau berkata perkara itu akan ditentukan Persatuan Zoologi Malaysia iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

Sementara itu, Presiden Zoo Negara Datuk Seri Zaharin Md Arif berkata lebih sejuta pelancong tempatan dan antarabangsa dijangka melawat panda berkenaan di Zoo Negara apabila Kompleks Panda Gergasi dibuka kepada orang ramai pada akhir bulan Mei.

Beliau berkata panda gergasi memerlukan lebih kurang 20 hingga 25 kilogram buluh sehari sebagai makanan utama selain kek buluh yang diproses daripada tepung dan habuk buluh, rebung, epal serta lobak merak sebagai makanan tambahan. – BERNAMA

Sepasang Panda Tiba Di Zoo Negara April Inihttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/FW312326_KL26_270114_ZOO_NEGARA_-lpr.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/FW312326_KL26_270114_ZOO_NEGARA_-lpr-150x150.jpg27 January 2014 MyNewsHub Terkini,

KUALA LUMPUR - Malaysia bersedia menerima kehadiran sepasang panda gergasi dari Chengdu, China pada pertengahan bulan April ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel. Beliau berkata beberapa langkah telahpun dan akan dilaksana bagi memastikan kedua-dua ekor panda itu dapat dibawa masuk ke negara ini dengan sempurna...

KUALA LUMPUR - Malaysia bersedia menerima kehadiran sepasang panda gergasi dari Chengdu, China pada pertengahan bulan April ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel. Beliau berkata beberapa langkah telahpun dan akan dilaksana bagi memastikan kedua-dua ekor panda itu dapat dibawa masuk ke negara ini dengan sempurna dan timbalan menteri serta beberapa pegawai kementerian akan ke Chengdu bagi mengetahui perkembangan haiwan berkenaan serta membawanya ke Malaysia April ini. "Semua langkah telah diambil untuk membawa masuk panda ke sini dan haiwan itu akan diterbangkan oleh MASKargo tanpa sebarang bayaran," katanya kepada pemberita sebelum melawat Kompleks Giant Panda di Zoo Negara hari ini. Palanivel berkata kompleks itu, yang mempunyai tapak berkeluasan 1.6 hektar, disiapkan pada minggu kedua bulan ini dan sedia menerima kedatangan Fu Wa (panda jantan) dan Feng Yi (panda betina). Program konservasi antarabangsa panda gergasi itu merupakan simbol ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China yang dirai pada 2014 susulan perjanjian kerjasama yang ditandatangani pada 15 Jun 2012. Palanivel berkata kos pembinaan eksibit dianggar RM25 juta dan daripada jumlah itu, sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan. Beliau berkata ketibaan pasangan panda gergasi April ini bertepatan dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 selain merangsang pertumbuhan industri pelancongan negara. "Pasangan panda gergasi itu bakal dipinjamkan kepada Malaysia untuk tempoh 10 tahun dan akan ditempatkan di eksibit khas, yang merangkumi tiga ruang eksibit utama dengan suhu di bawah 24 darjah Celsius yang meyamai habitat asalnya, kawasan senaman, kurungan malam, ruang penyediaan makanan dan bilik penyimpanan makanan. "Ia juga mempunyai makmal, klinik veterinar, bilik inkubator, nurseri dan bilik pemantauan keselamatan," katanya. Palanivel juga berkata Malaysia sudah membuat persediaan awal bagi penanaman buluh yang dimulakan pada 2012 bagi memastikan bekalan makanan mencukupi untuk menampung keperluan sepanjang 10 tahun pasangan panda itu berada di negara ini. Beliau berkata tanaman buluh seluas enam hektar sudah dikenal pasti di Taman Wetland, Putrajaya manakala 10 hektar lagi, yang mempunyai rumpunan buluh subur bagi keperluan segera, terletak di Taman Wetland, Paya Indah, Dengkil. "Malaysia juga menghantar wakil ke China untuk mengetahui cara penjagaan haiwan itu dengan lebih lanjut sementara pihak mereka pula menghantar wakilnya ke sini bagi melihat tapak projek dan ruang pameran," katanya. Melalui projek itu, Palanivel berkata Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi selain membangun dan melatih kepakaran tempatan. Mengulas bayaran tiket bagi meyaksikan panda berkenaan, beliau berkata perkara itu akan ditentukan Persatuan Zoologi Malaysia iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Sementara itu, Presiden Zoo Negara Datuk Seri Zaharin Md Arif berkata lebih sejuta pelancong tempatan dan antarabangsa dijangka melawat panda berkenaan di Zoo Negara apabila Kompleks Panda Gergasi dibuka kepada orang ramai pada akhir bulan Mei. Beliau berkata panda gergasi memerlukan lebih kurang 20 hingga 25 kilogram buluh sehari sebagai makanan utama selain kek buluh yang diproses daripada tepung dan habuk buluh, rebung, epal serta lobak merak sebagai makanan tambahan. - BERNAMA


Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Blog <b>Makanan di</b> Kelantan: Cincin Belah Rotanku: <b>PELIK</b> <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2014 03:25 AM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak baru-baru ini mencetuskan trending di laman-laman sosial apabila ucapannya yang menyebut contoh harga sayur kangkung yang turun menjadi bahan lucuan orang ramai.

Najib dalam ucapannya semasa majlis memberi bantuan menyebut sayur kangkung yang turun harga sebagai contoh barangan yang tidak naik harga, dalam usahanya meredakan keresahan ramai disebabkan harga barangan yang terus naik.

Sejurus memberi ucapan itu, kangkung dijadikan satu topik lucu dan sinis di laman-laman sosial, mencetuskan pelbagai hashtag dengan topik kangkung.

Pelbagai status, kenyataan dan komen secara sinis mengangkat topik kangkung, termasuk melibatkan pemimpin politik.

Dari sudut yang lebih serius, ucapan Najib itu dinilai sebagai tidak menjawab persoalan lebih besar kenaikan kos hidup yang meliputi bahan makanan, keperluan asas seperti elektrik, pengangkutan dan bakal ditambah dengan cukai barangan dan perkhidmatan yang akan mula diperkenalkan tahun depan.

Melalui kenyataan ini, Najib mengambil satu sudut yang sukar dan memberikan penjelasan yang tidak menjawab keresahan orang ramai berhubung kenaikan kos yang menyeluruh.

Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang kangkung hanyalah satu contoh ada benarnya, tetapi hakikat bahawa kangkung dipilih untuk dijadikan contoh menunjukkan yang sangat sedikit (atau mungkin hanya satu) barang yang turun harga, sedangkan kos-kos lain terus meningkat.

Kenyataan lucu ini menambahkan lagi senarai kenyataan beliau yang pelik, lucu atau sangat tidak kena tempat sepanjang menjadi perdana menteri, menimbulkan persoalan tentang keprihatinannya dalam membuat ucapan dan pera-nan penasihat-penasihat yang sepatutnya membantu dalam hal ini, dalam usaha memelihara imej dan kredibiliti Najib sebagai perdana menteri.

Najib sebelum ini telah beberapa kali membuat kenyataan yang mengundang reaksi negatif orang ramai, akibat sifatnya yang kelihatan tidak perlu, tidak difikirkan dengan mendalam dan tidak cermat.

Disember 2013 yang lalu, dalam satu usaha mempertahankan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Najib menceritakan dua jasa isterinya itu dalam satu ucapan semasa Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur.

"Ada dua jasa isteri saya yang belum saya terangkan, yang tak pernah saya maklumkan sebelum ini," Najib dipetik sebagai berkata.

Jelasnya, dua jasa Rosmah itu ialah membantu membebaskan seorang pelajar Malaysia yang disalah anggap sebagai pengintip di Mesir dan membantu pelajar Malaysia transit di Jeddah dan kemudian ke Kuala Lumpur tanpa visa, dalam operasi menghantar pulang pelajar Malaysia dari Mesir ketika kebangkitan menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak.

Mac tahun lalu, dalam kempen di Kelantan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, Najib mengajak rakyat menolak PAS dan Pakatan Rakyat kerana didakwa telah melakukan "tujuh dosa besar" yang termasuk mengadakan kerjasama politik dengan DAP.

Najib dalam majlis di Tanah Merah itu menyenaraikan tuduhan beliau berhubung dosa PAS sebagai membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim, gagal mengurus Kelantan dan membenarkan pemimpin DAP membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing.

Pada Mei 2012, ketika mengecam pembangkang berhubung isu kontroversi penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad di Bursa Malaysia, Najib yang marah menyebut "haram jadah."

Najib mempersoalkan peneroka yang menerima wang "durian runtuh" tetapi pada masa sama menentang penyenaraian FGVH.

Pada Mei 2011, mengulas laporan kematian Osama bin Laden, Najib mengemukakan pandangan bahawa kematian pemimpin militan itu boleh menyumbang kepada dunia menjadi lebih "aman, selamat dan adil."

Pandangan satu hala dan simplistik itu dikritik ramai, termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkannya sebagai tidak cermat dan cuba menampakkan diri sebagai penyokong Amerika Syarikat.

Sebelum itu, pada Februari tahun yang sama, Najib dalam satu wawancara bersama media Turki dilaporkan mengaitkan gerakan Ikhwanul Muslimin dengan keganasan.

Kenyataan Najib itu dilihat menuduh Ikhwan sebagai terlibat dengan keganasan dan perlu menolak keganasan sekiranya mahu terlibat dalam pilihan raya.

Anak Sungai Derhaka: Sekitar Sesi Penerangan Isu Kajang <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2014 07:53 PM PST


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti sekutu dalam pakatan pembangkang memang membuat perancangan untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding di kawasan itu.

Beliau berkata, peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu juga dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu, dan bukan secara mengejut.

"Dia (Lee) meletak jawatan itu bukan tanpa rundingan. Dia letak (jawatan sebagai Adun) itu memang hendak beri ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu.


"Dalam politik kena ada kejutan, dan ini (peletakan jawatan Lee) dianggap sebagai satu strategi kita (PKR)," katanya kepada kira-kira 200 Ahli Jawatankuasa Cabang, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan di Yayasan An Nahdoh, Kubang Semang di Bukit Mertajam, malam tadi.

Anwar juga mengakui bahawa kerajaan negeri Selangor memang berdepan dengan masalah dalaman tetapi ia dalam keadaan terkawal.


"Walaupun kerajaan negeri Selangor ditadbir dengan baik daripada aspek urusan ekonomi, tetapi masalah gereja dan Bible merupakan masalah yang paling berat di Selangor, jadi saya perlu bantu untuk selesaikan masalah itu," katanya.

Anwar berkata, beliau akan membuat penjelasan secara terperinci mengenai hasratnya bertanding di DUN Kajang Isnin ini, di Kajang bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Lee memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum pada Mei lalu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas lapor Bernama.

Antara pemimpin yang hadir..

Cikgu Man, ADUN Lunas sebagai pengacara majlis
YB Shuhaimi Shafie ADUN Sri Muda, Selangor
Saudara Zolkifly Md Lazim mewakili PAS
Chegu Bard turut hadir..
Lagi gambar-gambar sekitar sesi penerangan ini sila lihat di SINI

No comments:

Post a Comment

Post Popular