Sepasang Panda Tiba <b>Di</b> Zoo Negara P'tengahan <b>...</b> - MyNewsHub.My - Blog Makanan di Kuala Lumpur |
Sepasang Panda Tiba <b>Di</b> Zoo Negara P'tengahan <b>...</b> - MyNewsHub.My Posted: 27 Jan 2014 04:12 AM PST KUALA LUMPUR – Malaysia bersedia menerima kehadiran sepasang panda gergasi dari Chengdu, China pada pertengahan bulan April ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel. Beliau berkata beberapa langkah telahpun dan akan dilaksana bagi memastikan kedua-dua ekor panda itu dapat dibawa masuk ke negara ini dengan sempurna dan timbalan menteri serta beberapa pegawai kementerian akan ke Chengdu bagi mengetahui perkembangan haiwan berkenaan serta membawanya ke Malaysia April ini. "Semua langkah telah diambil untuk membawa masuk panda ke sini dan haiwan itu akan diterbangkan oleh MASKargo tanpa sebarang bayaran," katanya kepada pemberita sebelum melawat Kompleks Giant Panda di Zoo Negara hari ini. Palanivel berkata kompleks itu, yang mempunyai tapak berkeluasan 1.6 hektar, disiapkan pada minggu kedua bulan ini dan sedia menerima kedatangan Fu Wa (panda jantan) dan Feng Yi (panda betina). Program konservasi antarabangsa panda gergasi itu merupakan simbol ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China yang dirai pada 2014 susulan perjanjian kerjasama yang ditandatangani pada 15 Jun 2012. Palanivel berkata kos pembinaan eksibit dianggar RM25 juta dan daripada jumlah itu, sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan. Beliau berkata ketibaan pasangan panda gergasi April ini bertepatan dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 selain merangsang pertumbuhan industri pelancongan negara. "Pasangan panda gergasi itu bakal dipinjamkan kepada Malaysia untuk tempoh 10 tahun dan akan ditempatkan di eksibit khas, yang merangkumi tiga ruang eksibit utama dengan suhu di bawah 24 darjah Celsius yang meyamai habitat asalnya, kawasan senaman, kurungan malam, ruang penyediaan makanan dan bilik penyimpanan makanan. "Ia juga mempunyai makmal, klinik veterinar, bilik inkubator, nurseri dan bilik pemantauan keselamatan," katanya. Palanivel juga berkata Malaysia sudah membuat persediaan awal bagi penanaman buluh yang dimulakan pada 2012 bagi memastikan bekalan makanan mencukupi untuk menampung keperluan sepanjang 10 tahun pasangan panda itu berada di negara ini. Beliau berkata tanaman buluh seluas enam hektar sudah dikenal pasti di Taman Wetland, Putrajaya manakala 10 hektar lagi, yang mempunyai rumpunan buluh subur bagi keperluan segera, terletak di Taman Wetland, Paya Indah, Dengkil. "Malaysia juga menghantar wakil ke China untuk mengetahui cara penjagaan haiwan itu dengan lebih lanjut sementara pihak mereka pula menghantar wakilnya ke sini bagi melihat tapak projek dan ruang pameran," katanya. Melalui projek itu, Palanivel berkata Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi selain membangun dan melatih kepakaran tempatan. Mengulas bayaran tiket bagi meyaksikan panda berkenaan, beliau berkata perkara itu akan ditentukan Persatuan Zoologi Malaysia iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Sementara itu, Presiden Zoo Negara Datuk Seri Zaharin Md Arif berkata lebih sejuta pelancong tempatan dan antarabangsa dijangka melawat panda berkenaan di Zoo Negara apabila Kompleks Panda Gergasi dibuka kepada orang ramai pada akhir bulan Mei. Beliau berkata panda gergasi memerlukan lebih kurang 20 hingga 25 kilogram buluh sehari sebagai makanan utama selain kek buluh yang diproses daripada tepung dan habuk buluh, rebung, epal serta lobak merak sebagai makanan tambahan. – BERNAMA Sepasang Panda Tiba Di Zoo Negara April Inihttp://mynewshub.my/2014/01/27/sepasang-panda-tiba-di-zoo-negara-pertengahan-april/http://mynewshub.my/wp-content/uploads/FW312326_KL26_270114_ZOO_NEGARA_-lpr.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/FW312326_KL26_270114_ZOO_NEGARA_-lpr-150x150.jpg27 January 2014 TerkiniPalanivel,PandaKUALA LUMPUR - Malaysia bersedia menerima kehadiran sepasang panda gergasi dari Chengdu, China pada pertengahan bulan April ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel. Beliau berkata beberapa langkah telahpun dan akan dilaksana bagi memastikan kedua-dua ekor panda itu dapat dibawa masuk ke negara ini dengan sempurna... KUALA LUMPUR - Malaysia bersedia menerima kehadiran sepasang panda gergasi dari Chengdu, China pada pertengahan bulan April ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel. Beliau berkata beberapa langkah telahpun dan akan dilaksana bagi memastikan kedua-dua ekor panda itu dapat dibawa masuk ke negara ini dengan sempurna dan timbalan menteri serta beberapa pegawai kementerian akan ke Chengdu bagi mengetahui perkembangan haiwan berkenaan serta membawanya ke Malaysia April ini. "Semua langkah telah diambil untuk membawa masuk panda ke sini dan haiwan itu akan diterbangkan oleh MASKargo tanpa sebarang bayaran," katanya kepada pemberita sebelum melawat Kompleks Giant Panda di Zoo Negara hari ini. Palanivel berkata kompleks itu, yang mempunyai tapak berkeluasan 1.6 hektar, disiapkan pada minggu kedua bulan ini dan sedia menerima kedatangan Fu Wa (panda jantan) dan Feng Yi (panda betina). Program konservasi antarabangsa panda gergasi itu merupakan simbol ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China yang dirai pada 2014 susulan perjanjian kerjasama yang ditandatangani pada 15 Jun 2012. Palanivel berkata kos pembinaan eksibit dianggar RM25 juta dan daripada jumlah itu, sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan. Beliau berkata ketibaan pasangan panda gergasi April ini bertepatan dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 selain merangsang pertumbuhan industri pelancongan negara. "Pasangan panda gergasi itu bakal dipinjamkan kepada Malaysia untuk tempoh 10 tahun dan akan ditempatkan di eksibit khas, yang merangkumi tiga ruang eksibit utama dengan suhu di bawah 24 darjah Celsius yang meyamai habitat asalnya, kawasan senaman, kurungan malam, ruang penyediaan makanan dan bilik penyimpanan makanan. "Ia juga mempunyai makmal, klinik veterinar, bilik inkubator, nurseri dan bilik pemantauan keselamatan," katanya. Palanivel juga berkata Malaysia sudah membuat persediaan awal bagi penanaman buluh yang dimulakan pada 2012 bagi memastikan bekalan makanan mencukupi untuk menampung keperluan sepanjang 10 tahun pasangan panda itu berada di negara ini. Beliau berkata tanaman buluh seluas enam hektar sudah dikenal pasti di Taman Wetland, Putrajaya manakala 10 hektar lagi, yang mempunyai rumpunan buluh subur bagi keperluan segera, terletak di Taman Wetland, Paya Indah, Dengkil. "Malaysia juga menghantar wakil ke China untuk mengetahui cara penjagaan haiwan itu dengan lebih lanjut sementara pihak mereka pula menghantar wakilnya ke sini bagi melihat tapak projek dan ruang pameran," katanya. Melalui projek itu, Palanivel berkata Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi selain membangun dan melatih kepakaran tempatan. Mengulas bayaran tiket bagi meyaksikan panda berkenaan, beliau berkata perkara itu akan ditentukan Persatuan Zoologi Malaysia iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Sementara itu, Presiden Zoo Negara Datuk Seri Zaharin Md Arif berkata lebih sejuta pelancong tempatan dan antarabangsa dijangka melawat panda berkenaan di Zoo Negara apabila Kompleks Panda Gergasi dibuka kepada orang ramai pada akhir bulan Mei. Beliau berkata panda gergasi memerlukan lebih kurang 20 hingga 25 kilogram buluh sehari sebagai makanan utama selain kek buluh yang diproses daripada tepung dan habuk buluh, rebung, epal serta lobak merak sebagai makanan tambahan. - BERNAMA MyNewsHubhttps://plus.google.com/108738154760102812514MyNewsHub stokmynewshub@gmail.comAdministratorMyNewsHubIklan Teks: PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Kuala Lumpur - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment