Kes Bunuh Budak <b>Di</b> Terengganu #amrayylensa - Blog Makanan di Kuala Lumpur |
- Kes Bunuh Budak <b>Di</b> Terengganu #amrayylensa
- [ Edisi Lawak ] 10 status <b>di</b> Facebook yang sangat menjengkelkan <b>...</b>
- <b>Pelik</b>!! Ikan ini mempunyai tabiat suka menggigit buah zakar <b>...</b>
Kes Bunuh Budak <b>Di</b> Terengganu #amrayylensa Posted: 22 Jan 2014 07:32 PM PST Kes bunuh Nursyafiqah Abdullah: Ibu dan teman lelaki ditahan KUALA TERENGGANU: Polis telah menahan ibu Nursyafiqah Abdullah, 2, yang ditemui mati di dalam sebuah rumah kosong di Taman Perumahan Permint Seberang Paka, Terengganu pada Selasa untuk siasatan.Menurut polis, teman lelaki ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28 merupakan suspek utama yang ditahan kira-kira 1.30 tengah hari Selasa di Kuala Paka, Dungun. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata selain Rabiatul dan teman lelakinya, dua lagi suspek telah ditahan untuk membantu dalam siasatan kes bunuh kanak-kanak itu. Dua suspek itu masing-masing berusia 25 tahun dan diberkas antara 10.30 malam Selasa hingga 1.30 pagi Rabu di sekitar Paka. Menurut Manoharan, mayat Nursyafiqah hanya ditemui selepas teman lelaki itu ditahan. Selapas dia ditahan, barulah dua suspek lain dan Rabiatul ditahan untuk membantu siasatan, kata Manoharan dalam satu sidang media. Menurutnya, ketika teman lelaki itu ditahan, suspek berusia 25 tahun itu berada dalam keadaan khayal, di bawah pengaruh dadah. Siasatan polis mendapati teman lelaki itu merupakan individu terakhir yang bersama dengan mangsa setelah Rabiatul membenarkannya keluar dengan lelaki itu pada kira-kira jam 11 pagi, Jumaat. Bapa kandung Nursyafiqah kini masih menjalani hukuman di penjara atas kesalahan dadah. Manoharan memberitahu pemberita bahawa hasil siasatan polis mendapati laporan Rabiatul pada hari Jumaat adalah palsu dan dipercaya dibuat atas paksaan teman lelakinya. Katanya, teman lelaki itu telah memaklumkan kepada Rabiatul bahawa Nursyafiqah telah hilang dan memaksanya untuk membuat laporan polis. Memandangkan kesemua suspek yang ditahan merupakan penagih dan pengedar dadah, polis masih menyiasat sama ada rabiatul terlibat atau tidak dalam kes kematian itu. Manoharan berkata polis juga telah merampas kenderaan yang digunakan oleh teman lelaki itu untuk membawa keluar Nursyafiqah sebelum dia ditemui mati dibunuh. Nursyafiqah yang dilaporkan hilang sejak 17 Januari lalu, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan separuh bogel dan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang. Rabiatul, sebelum itu dilaporkan meninggalkan kanak-kanak itu didalam keretanya yang tidak berkunci, untuk bertemu dengan rakannya di sebuah restoran di Kuala Paka. Apabila dia kembali ke keretanya, anaknya itu didapati hilang.
GAMBAR SUSPEK YG DITUDUH AMRAYY |
[ Edisi Lawak ] 10 status <b>di</b> Facebook yang sangat menjengkelkan <b>...</b> Posted: 20 Jan 2014 07:16 PM PST Pernahkan anda terbaca status yang menjengkelkan di Facebook? Kadang-kala status yang ditulis oleh sesetengah rakan kita di Facebook agak menjengkelkan sehingga kita hide atau unfriend individu tersebut. Perkara ini selalu terjadi pada penulis dan bila sudah menyampah, apa lagi terus unfriend. Senang, habis cerita. Kami senaraikan antara status di Facebook yang boleh menyampahkan dan menjengkelkan orang ramai 1. Check in kat pusat beli belah dengan status 'shopping untuk hilangkan stress' atau 'ahhh hari-hari shopping, habislah duit'. Pelik individu sebegini, semuanya mahu ditulis. Tidak tahu apa tujuan mereka, tapi yang lebih teruk lagi bila ambil gambar beg plastik shopping dan tayang jenama, malah ada yang tayang tanda harga. 2. Apabila individu tangkap gambar sendiri seperti buat muka comel baru bangun tidur, mulut dimuncungkan dengan caption 'muka baru bangun tidur, tanpa mekap, mata sembap sebab tak cukup tidur'. Mungkin individu tersebut mahukan perhatian sebab itu sampai tulis status sedemikian malah harapkan orang komen seperti 'eh u still nampak comel la, nampak muda la dari umur sebenar'. 3. Apabila individu yang asyik ambil gambar anak dan tulis status seperti 'alahai anak mama makin nakal, suka sepahkan rumah', masalahnya setiap hari update status pasal anak, anak dan anak. Anak makan, anak baru lepas mandi, anak sedang tidur, kiranya setiap perbuatan si anak mahu tulis di Facebook. 4. Ada juga individu yang sempat check in di hospital dan tulis status berbunyi 'ayat sendu suruh doakan anak, suami, saudara mara', yang peliknya sempat pula update status di Facebook bila keadaan genting berlaku. Tak logik betul! 5. Setiap pagi mesti ada individu yang sempat ambil gambar pegang stereng kereta dan update status seperti 'jalan jem lagi hari ni' atau 'letihlah hari-hari macam ni', sebenarnya apa tujuan mereka tulis status sedemikian. Mungkin mereka ini inginkan perhatian. 6. Ada juga individu yang kerap kali update status tetapi masalahnya ialah penggunaan bahasa yang kurang difahami, bahasa pelat. Sebagai contoh 'sayang jadi syunk', 'kita jadi kitew atau itew', 'makan jadi mamam', rupanya jadi upenye'. Rosak bahasa kalau terus begini. 7. Bila individu yang sentiasa update status berkaitan hal kerohanian contohnya seperti 'alhamdullillah hari ni rezeki melimpah ruah, semoga hari esok juga begitu', 'setiap hari ada saja dugaannya, kuatkanlah diriku ini'. Kiranya begitulah bunyi status. Masalahnya, bila ada yang komen, individu tersebut tidak mahu beritahu pula apa yang berlaku, sedangkan status punyalah. Hurmmm… 8. Bila ada individu yang update status seperti ambil gambar makanan siap caption berbunyi 'hari ni masak telur goreng dengan sardin saja, syukur nikmat', alahai macam ini pun ada juga rupanya. Hurmmm. 9. Ada juga status seperti check in di tempat percutian yang agak mewah seperti luar negara dan update 'best giler tempat ni, nyaman dan tenteram je' atau status update check in setiap kali ke sesuatu tempat. Boleh dikatakan agak menjengkelkan pada orang yang membacanya. Bila anda update sebegini, ada orang yang berpendapat anda hanya mahu menunjuk sahaja. Jadi, hentikanlah. 10. Berbalik pada status check in di pusat beli belah, ini pula individu yang suka update status ambil gambar koleksi barang peribadi seperti baju, kasut, aksesori, beg tangan dan tulis 'terima kasih sang boyfriend sebab habiskan duit kat i', 'kesian teman lelaki i keje penat-penat, i tukang habiskan duit dia'. Pernah bukan? Yang jadi menjengkelkan ialah bila anda ambil gambar barang peribadi dan tulis teman lelaki, orang jadi menyampah bila baca. Mungkin anda boleh kongsikan antara status yang anda rasa agak menjengkelkan dan tidak patut berada di Facebook. |
<b>Pelik</b>!! Ikan ini mempunyai tabiat suka menggigit buah zakar <b>...</b> Posted: 13 Jan 2014 12:03 AM PST Pacu adalah nama sejenis ikan air tawar yang makan segala makanan yang ditemui di Amerika Selatan.Ikan ini ada persamaan dengan ikan piranha.Mempunyai satu set gigi yang sama,tetapi berbeza kerana Piranha mempunyai gigi runcing yang tajam manakala Pacu pula mempunyai gigi seperti gigi manusia. Ikan ini mempunyai keberatan sehingga 55 pound (25kg) dan panjang 3 kaki(0.9m).Dengan gigi inilah ia akan menyerang manusia dibawah air dan mengigit alat kelamin manusia.Jika tidak bernasib baik boleh hilang kedua duanya.Begitulah yang terjadi pada dua lelaki tempatan yang meninggal dunia selepas di kembiri oleh ikan ini semasa berenang disungai.Mereka mati kerana kehilangan banyak darah |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Kuala Lumpur - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment