Kantin sekolah beri kejutan | <b>Kuala Lumpur</b> Post - Blog Makanan di Kuala Lumpur |
- Kantin sekolah beri kejutan | <b>Kuala Lumpur</b> Post
- Blogger seks Alvin kongsi pengalaman ngeri <b>di</b> penjara - The <b>Kuala</b> <b>...</b>
- Halaman Gambar Menarik, <b>Pelik</b>, Artis Panas & Macam-Macam Lagi <b>...</b>
Kantin sekolah beri kejutan | <b>Kuala Lumpur</b> Post Posted: 02 Jan 2014 08:18 PM PST Looking for quality maid? Pertanyaan Iklan / Advertisement Enquiry KUALA LUMPUR – Hari pertama persekolahan di seluruh negara semalam memberi kejutan kepada ramai ibu bapa dan pelajar yang mendapati harga makanan di beberapa buah kantin sekolah semkain mahal berbanding tahun lalu. Kosmo! menerima aduan daripada ibu bapa yang menyatakan terdapat pengusaha kantin menaikkan harga makanan antara 50 sen hingga RM1 satu hidangan untuk pelbagai jenis makanan yang dijual. Seorang pengadu yang hanya mahu dikenali dengan nama Nora berkata, dia terkejut apabila anaknya yang bersekolah menengah di Cheras di sini mengadu terpaksa membayar harga lebih mahal untuk sepinggan nasi ayam pada waktu rehat sekolah pagi semalam, menurut sumber Kosmo. | ||
Blogger seks Alvin kongsi pengalaman ngeri <b>di</b> penjara - The <b>Kuala</b> <b>...</b> Posted: 06 Jan 2014 09:32 PM PST PETALING JAYA - Dalam e-book 'Sex, Pork and Persecution' (Seks, Daging Babi dan Penganiayaan), Alvin Tan berkongsi kecekalannya ketika ditempatkan selama satu minggu di penjara Sungai Buloh. 'Personaliti YouTube' berusia 25 tahun itu yang lebih dikenali sebagai 'blogger' seks duo Alvivi (gabungan nama pasangannya Vivian Lee, 24) telah dimasukkan ke penjara selepas menghadapi tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka selepas dinafikan ikat jamin pada Julai tahun lepas. Walaupun terdapat nada lucu dalam penceritaan kisahnya bertajuk 'Wonder What It's Like In A Malaysia Jail?, Alvin mengaku berasa takut dengan layanan daripada beberapa penghuni penjara. "Adakah saya akan dijadikan keldai? Adakah saya akan diliwat? Adakah saya akan dibunuh dalam tidur saya?," dia menulis dalam memoir 276 muka surat. Pengedar dadah dan samseng adalah antara tahanan yang bersama-sama dengan Alvin dalam kurungan, di mana dia hanya berseluar dalam dan diberikan beberapa kelengkapan peribadi. "Tidak ada seragam penjara, tidak ada pakaian, tidak ada perabot, tidak ada katil, tidak ada tilam dan hanya selimut pada waktu malam. Yup, kami hanya memakai seluar dalam ketika dalam sel setiap masa. Kami tidur di atas lantai konkrit yang keras dan sejuk setiap malam," katanya. Penulis blog seks awam 'Sumptuous Erotica' yang kini dianggap tidak wujud lagi ini juga menerangkan rasa malunya secara jelas dan terperinci. Dengan nombor banduan 31303963, dia telah diarahkan berbogel dan melakukan ketuk ketampi selama 20 kali: "Pengawal mengejek saya kerana menerbitkan pornografi amatur selepas melihat kemaluan saya yang didakwa kecil." Alvin tidak menyalahkan pengawal kerana menganggap pengawal tersebut tidak mempunyai "keistimewaan melihat versi 6 inci", tetapi mempersoalkan kegemaran mereka untuk mengenakan hukuman bogel. "Persoalan yang benar-benar serius ialah mengenai daya tarikan luar biasa mereka dengan kemaluan saya," katanya. Alvin kemudiannya menggambarkan kekaguman heteroseksual sendiri terhadap kemaluan banduan Nigeria dan dikatakan "kemaluan lelaki paling indah" yang pernah dilihat. Looking for quality maid? Pertanyaan Iklan / Advertisement Enquiry Bagaimanapun Alvin mendapati bahawa kualiti makanan penjara melepasi kualiti makanan biasanya ketika tinggal berseorangan. "Saya benar-benar kagum mengenai hidangan makanan seimbang: terdapat sekurang-kurangnya satu hidangan daging, sayur-sayuran, buah-buahan satu, kuah, dan nasi yang banyak," katanya. Di dewan kediaman, penghuni boleh membeli makanan ringan dari pasar raya penjara menggunakan kupon yang dibeli ahli keluarga untuk mereka dari luar. Tetapi bagi mereka di dalam kurungan, makan tiga kali sehari dan tiada makanan ringan adalah perkara biasa. Berkaitan posting Ramadan di Facebook, dia juga memperoleh nama samaran yang pelik daripada pengawal semasa tinggal dalam penjara. Pemeriksaan rutin termasuklah melaungkan "Hei, Bak Kut Teh!", yang merupakan isyarat supaya dia meninggalkan segala-gala yang sedang dilakukan dan berdiri di pintu untuk menunjukkan kepada mereka bahawa dia tidak membunuh diri. Dia juga berasa bosan apabila tidak diberi akses kepada akhbar, tetapi dibenarkan untuk membaca buku-buku semasa menunggu untuk dibebaskan. Penghuni-penghuni lain memilih untuk melakukan senaman, berjalan-jalan, dan menyanyikan lagu-lagu Kantonis dan seorang banduan juga mengaku menggemari hasil-hasil lucah yang dilakukannya. Kekurangan aktiviti menyebabkan dia melompat kegembiraan setiap kali menerima pelawat, tidak kira siapa pun mereka. Ini termasuk pengawal yang singgah di selnya untuk mengugutnya dan pengunjung mesra seperti ahli keluarga dan pegawai-pegawai dari Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia). Mengenai Vivian, yang berada satu minggu di Penjara Wanita Kajang, Alvin menyifatkannya sebagai "sangat bernafsu" apabila mereka bersatu semula selepas dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM30,000 setiap seorang. Dia juga teruja apabila teringatkan pasangannya di penjara yang kecewa dari segi seksual kerana tiada penghuni lelaki, menurut sumber mStar. "Saya berfantasi dihantar ke penjara wanita untuk menawarkan khidmat seks kepada penghuni penjara dan memastikan mereka berpuas hati dengan khidmat seks saya. Ia hanya satu impian pada masa ini, tetapi ia akan menghasilkan satu skrip lucah yang baik pastinya." | ||
Halaman Gambar Menarik, <b>Pelik</b>, Artis Panas & Macam-Macam Lagi <b>...</b> Posted: 10 Jan 2014 03:19 PM PST
GERAI Bob Republic Burger Bakar di Subang Jaya, Selangor terkenal dengan hidangan menu burger bakar yang diolah mengikut cita rasa tempatan. Gerai berusia tiga tahun yang terletak di Jalan USJ 9/3E itu juga dikenali dengan pembaharuan sajian yang ditawarkan kepada pelanggan. Menu terbaharunya merupakan tulang rusuk bakar yang diberi nama The Killer Rib. Hidangan istimewa itu merupakan tulang rusuk lembu atau kambing yang diperap dengan herba oregano dan thyme sebelum dibakar di atas api kecil selama tiga jam. Ia dihidangkan bersama sos campuran Picco de gallo dan nachos. Seorang pelanggan setia, Azimah Yacob, 32, yang menetap di Selayang, Selangor berkata, gerai berkenaan merupakan lokasi wajib yang akan dikunjunginya hampir setiap hujung minggu. "Antara sebab saya gemar datang ke sini ialah hidangan rusuk bakar yang sedap dan lembut yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan. "Saya dapati pemiliknya juga sering melakukan pembaharuan menu bagi menarik pelanggan," katanya ketika ditemui Kosmo! di gerai berkenaan. Selain burger dan tulang rusuk bakar, gerai yang menawarkan 15 jenis hidangan itu juga terkenal dengan sajian Barat seperti quessadillas dan fajita wrap iaitu gabungan daging bakar dan roti tortilla bersama sos salsa dan krim masam. Tanpa MSG Bagi penduduk Subang Jaya, Zahari Zainal, 32, dia sangat menggemari burger bakar dan fajitas wrap di gerai tersebut kerana kelazatan hidangan berkenaan. Bahkan, dia juga diyakini bahawa sajian-sajian yang ditawarkan tidak menggunakan bahan perasa tambahan seperti monosodium glutamate (MSG).
"Saya merupakan peminat burger bakar. Malah sudah banyak gerai burger yang saya cuba. Namun, setiap kali saya memakan burger yang disediakan, saya terasa dahaga dan keadaan ini dipercayai kerana pengusaha gerai-gerai terlibat menggunakan bahan perasa tambahan. "Namun, saya tidak mengaalmi pengalaman itu apabila menikmati hidangan di gerai Bob Republic Burger," katanya yang mengunjungi gerai tersebut sebanyak tiga kali seminggu. Pemilik gerai, Mohd. Najib Muhammad Helme atau lebih dikenali sebagai Bob, 33, berkata, kepuasan pelanggan merupakan keutamaan perniagaannya. "Sehubungan itu, kualiti makanan amat dititikberatkan kerana kami percaya sokongan pelanggan merupakan tunjang perniagaan ini," katanya yang berpengalaman menjadi tukang masak di beberapa buah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Menurut Bob, segala peringkat penyediaan makanan diteliti. Ini termasuk aspek rasa setiap hidangan, penggunaan ramuan halal dan penjagaan kebersihan dapur dan gerai. Menurutnya, para pelanggan Bob Republic Burger kebanyakannya terdiri daripada penuntut di institusi-institusi pengajian tinggi dan penduduk sekitar yang ingin menikmati hidangan lazat seperti di sebuah restoran lima bintang, namun dalam keadaan santai. "Saya percaya antara sebab utama mereka ke gerai ini bukan sahaja disebabkan rasa dan kepelbagaian hidangan tetapi harga yang berpatutan. "Hidangan kami disediakan pada harga serendah RM8 untuk hidangan burger bakar dan RM18 bagi The Killer Rib," katanya sambil memaklumkan gerai tersebut boleh menempatkan kira-kira 50 orang pelanggan pada satu-satu masa. Di samping itu, Bob menambah, pihaknya juga menerima tempahan awal bagi mereka yang berada jauh dari kawasan Subang Jaya. |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Kuala Lumpur - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment