Thursday, 16 January 2014

Chef Wan bimbang kesilapan restoran 5 bintang | Kuala Lumpur Post - Blog Makanan di Kuala Lumpur

Chef Wan bimbang kesilapan restoran 5 bintang | <b>Kuala Lumpur</b> Post - Blog Makanan di Kuala Lumpur


Chef Wan bimbang kesilapan restoran 5 bintang | <b>Kuala Lumpur</b> Post

Posted: 04 Dec 2013 09:45 AM PST

 

DNA – Testing Services / Perkhidmatan Uji -DNA
http://www.kualalumpurpost.net/dna-testing-services/

Pertanyaan Iklan / Advertisement Enquiry
http://www.kualalumpurpost.net/iklanadvertisement/

wannsPETALING JAYA - Chef selebriti Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau Chef Wan menjelaskan tindakannya menegur sebuah restoran di hotel lima bintang kerana kegagalan menyediakan resipi dengan cita rasa sebenar adalah kerana peranannya sebagai Duta Pelancongan Makanan Malaysia.

Chef Wan, berkata, teguran itu dibuat bukan kerana tidak berpuas hati dengan resipi Laksa Nyonya yang dimasak chef restoran itu tetapi beliau bimbang industri makanan negara ini akan tercalar kerana kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku.

"Saya telah mengelilingi dunia untuk mempromosi dan memperkenalkan masakan tradisional Malaysia dan apabila kejadian itu berlaku saya jadi malu dan marah kerana sebuah hotel bertaraf lima bintang di negara sendiri boleh menghidangkan makanan yang tidak sedap dan salah penyediaan resipinya kepada pelanggan.

"Bayangkan jika ada pelancong asing yang datang dan merasai hidangan tersebut ia akan memberikan gambaran berbeza terhadap makanan berkenaan selain imej buruk kepada industri pelancongan makanan di negara ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Chef Wan menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad lalu telah memuat naik gambar Laksa Nyonya dan menyelar sebuah restoran hotel lima bintang di Kuala Lumpur selepas rasa hidangan makanan yang dipesannya itu berbeza tidak seperti tertera dalam menu.

Dalam Instagram itu tersebut Chef Wan berkata, buat apa membayar RM40 untuk sepinggan Laksa Nyonya jika cara pembuatannya salah.

Malah dia turut menyelar segelintir Chef bersikap pemalas untuk belajar cara penyediaan resipi sebenar dan golongan berkenaan patut 'dihukum tembak' kerana menjahanamkan manakan warisan negara.

Dalam perkembangan sama, Chef Wan berkata, dia telah memaklumkan perkara tersebut kepada pengurus restoran berkenaan dan mereka berjanji akan memperbaiki masakan tersebut pada masa hadapan.

Malah katanya, adalah penting untuk tukang masak di negara ini berpegang teguh kepada warisan dan kaedah masakan dengan betul supaya hidangan tradisional kekal terpelihara.

"Sebagai seorang Duta Pelancongan Makanan Malaysia saya ada hak untuk menegur sekiranya sesuatu hidangan itu tidak dimasak dengan betul tambahan pula ia adalah masakan tradisional kita," ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai sesetengah pihak yang memandang negatif terhadap tegurannya itu, Chef Wan berkata, beliau tidak peduli dengan pandangan orang lain kerana baginya imej masakan Malaysia perlu dijaga.

"Mungkin saya ada kekurangan sebagai seorang chef tetapi pengalaman saya dalam bidang makanan sudah terlalu lama dan jika ada sebarang kesilapan sudah tentu saya akan tegur.

"Orang yang melemparkan komen negatif terhadap teguran saya itu mungkin tidak faham tentang tanggungjawab yang saya pikul sebagai seorang duta (pelancongan makanan)," katanya.

Dalam pada itu, Chef Wan menasihati tukang masak di negara ini agar perlu lebih peka terhadap penyediaan sesuatu masakan selain hendaklah lebih banyak belajar teknik memasak dengan betul.

Malah katanya, sikap malas dan tidak boleh ditegur perlu dikikis sekiranya ingin berjaya dalam bidang kulinari.

"Ini satu masalah tentang tukang masak di Malaysia, mereka enggan menerima teguran apabila berlaku sesuatu kesalahan dan sentiasa anggap diri mereka sudah cukup hebat.

"Sepatutnya mereka perlu lebih peka kerana kesilapan kecil boleh menyebabkan masalah lebih besar," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Chef Wan memberitahu, program masakannya iaitu East Bites West with Chef Wan telah pun disiarkan di saluran National Geographic di 58 buah negara di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment

Post Popular