Wednesday, 29 January 2014

Blog Makanan di Kuala Lumpur: Keropok Lekor Sedap di Kuala ... - Blog Makanan di Kuala Lumpur

Blog <b>Makanan di Kuala Lumpur</b>: Keropok Lekor Sedap <b>di</b> Kuala <b>...</b> - Blog Makanan di Kuala Lumpur


Blog <b>Makanan di Kuala Lumpur</b>: Keropok Lekor Sedap <b>di</b> Kuala <b>...</b>

Posted: 21 Jan 2014 11:34 PM PST

bebasPETALING JAYA - Dalam e-book 'Sex, Pork and Persecution' (Seks, Daging Babi dan Penganiayaan), Alvin Tan berkongsi kecekalannya ketika ditempatkan selama satu minggu di penjara Sungai Buloh.

'Personaliti YouTube' berusia 25 tahun itu yang lebih dikenali sebagai 'blogger' seks duo Alvivi (gabungan nama pasangannya Vivian Lee, 24) telah dimasukkan ke penjara selepas menghadapi tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka selepas dinafikan ikat jamin pada Julai tahun lepas.

Walaupun terdapat nada lucu dalam penceritaan kisahnya bertajuk 'Wonder What It's Like In A Malaysia Jail?, Alvin mengaku berasa takut dengan layanan daripada beberapa penghuni penjara.

"Adakah saya akan dijadikan keldai? Adakah saya akan diliwat? Adakah saya akan dibunuh dalam tidur saya?," dia menulis dalam memoir 276 muka surat.

Pengedar dadah dan samseng adalah antara tahanan yang bersama-sama dengan Alvin dalam kurungan, di mana dia hanya berseluar dalam dan diberikan beberapa kelengkapan peribadi.

"Tidak ada seragam penjara, tidak ada pakaian, tidak ada perabot, tidak ada katil, tidak ada tilam dan hanya selimut pada waktu malam. Yup, kami hanya memakai seluar dalam ketika dalam sel setiap masa. Kami tidur di atas lantai konkrit yang keras dan sejuk setiap malam," katanya.

Penulis blog seks awam 'Sumptuous Erotica' yang kini dianggap tidak wujud lagi ini juga menerangkan rasa malunya secara jelas dan terperinci.

Dengan nombor banduan 31303963, dia telah diarahkan berbogel dan melakukan ketuk ketampi selama 20 kali: "Pengawal mengejek saya kerana menerbitkan pornografi amatur selepas melihat kemaluan saya yang didakwa kecil."

Alvin tidak menyalahkan pengawal kerana menganggap pengawal tersebut tidak mempunyai "keistimewaan melihat versi 6 inci", tetapi mempersoalkan kegemaran mereka untuk mengenakan hukuman bogel.

"Persoalan yang benar-benar serius ialah mengenai daya tarikan luar biasa mereka dengan kemaluan saya," katanya.

Alvin kemudiannya menggambarkan kekaguman heteroseksual sendiri terhadap kemaluan banduan Nigeria dan dikatakan "kemaluan lelaki paling indah" yang pernah dilihat.

Looking for quality maid?
http://www.kualalumpurpost.net/looking-for-quality-domestic-helper-maid/

Pertanyaan Iklan / Advertisement Enquiry
http://www.kualalumpurpost.net/iklanadvertisement/

Bagaimanapun Alvin mendapati bahawa kualiti makanan penjara melepasi kualiti makanan biasanya ketika tinggal berseorangan.

"Saya benar-benar kagum mengenai hidangan makanan seimbang: terdapat sekurang-kurangnya satu hidangan daging, sayur-sayuran, buah-buahan satu, kuah, dan nasi yang banyak," katanya.

penjara (1)Di dewan kediaman, penghuni boleh membeli makanan ringan dari pasar raya penjara menggunakan kupon yang dibeli ahli keluarga untuk mereka dari luar.

Tetapi bagi mereka di dalam kurungan, makan tiga kali sehari dan tiada makanan ringan adalah perkara biasa.

Berkaitan posting Ramadan di Facebook, dia juga memperoleh nama samaran yang pelik daripada pengawal semasa tinggal dalam penjara.

Pemeriksaan rutin termasuklah melaungkan "Hei, Bak Kut Teh!", yang merupakan isyarat supaya dia meninggalkan segala-gala yang sedang dilakukan dan berdiri di pintu untuk menunjukkan kepada mereka bahawa dia tidak membunuh diri.

Dia juga berasa bosan apabila tidak diberi akses kepada akhbar, tetapi dibenarkan untuk membaca buku-buku semasa menunggu untuk dibebaskan.

Penghuni-penghuni lain memilih untuk melakukan senaman, berjalan-jalan, dan menyanyikan lagu-lagu Kantonis dan seorang banduan juga mengaku menggemari hasil-hasil lucah yang dilakukannya.

Kekurangan aktiviti menyebabkan dia melompat kegembiraan setiap kali menerima pelawat, tidak kira siapa pun mereka.

Ini termasuk pengawal yang singgah di selnya untuk mengugutnya dan pengunjung mesra seperti ahli keluarga dan pegawai-pegawai dari Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia).

Mengenai Vivian, yang berada satu minggu di Penjara Wanita Kajang, Alvin menyifatkannya sebagai "sangat bernafsu" apabila mereka bersatu semula selepas dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM30,000 setiap seorang.

Dia juga teruja apabila teringatkan pasangannya di penjara yang kecewa dari segi seksual kerana tiada penghuni lelaki, menurut sumber mStar.

"Saya berfantasi dihantar ke penjara wanita untuk menawarkan khidmat seks kepada penghuni penjara dan memastikan mereka berpuas hati dengan khidmat seks saya. Ia hanya satu impian pada masa ini, tetapi ia akan menghasilkan satu skrip lucah yang baik pastinya."

Fine Dinning French Flavours With Gunther Hubrechsen ~ Bila Blog <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2014 05:00 PM PST

Fine Dinning French Flavours With Gunther Hubrechsen - Salam sejahtera semua pembaca dan rakan2 blogger atau sapa2 yg mengikuti blog makan Mahamahu ni. Tiba2 lak tajuk entry kali ni berbunyi org putih sikit hehehe. Maklumlah first time dpt makan makanan yg di masak sendiri chef dari Perancis hehehe. First terima kasih kepada Astro Circle and AFC kerana memilih Mahamahu bersama pemenang lain untuk makan mlm bersama seorang chef tersohor di dunia.

 

Chef Gunther Hubrechsen adalah chef undangan oleh AFC untuk program bersama peminat di Malaysia. Chef ini adalah antara chef yg cukup terkenal di Singapura dan mempunyai sebuah restoran yang diberi nama Gunther Restaurant di kota singa itu. Sedikit cerita berkaitan chef ini ialah beliau pernah memenangi banyak anugerah di peringkat antarabangsa antaranya 100 restoran terbaik dunia dan Top 20 restoran terbaik Asia. Wow memang cukup popular lah restoran chef ni.

Mlm tu Mahamahu bertuah kerana menjadi tetamu VIP mereka bertempat di Samplings On The Fourteen Restaurant Berjaya Time Square Kuala Lumpur. Chef ini memperkenalkan dish yang menjadi simbolik kepada restoran beliau dan juga menu pilihan ramai pengunjung yg dtg ker restoran beliau di Singapura. Buat pertama kali Mahamahu dpt makan sendiri makanan Perancis ni tapi not bad sebenarnya. Kami mlm tu di hidangkan dengan 5 hidangan utama termasuk pembuka selera, main course dan dessert.


So first kami dihidangkan dengan appetizers 3 jenis pembuka selera yg cukup unik dan memang lain daripada yg lain pernah Mahamahu rasa. Pertama Cold Angel Hair Pasta iaitu makanan pasta memang pelik tapi sedap. Lepas tu kami di hidang dengan Crispy Egg With Pumpkin Coulis iaitu telur rebus yg di goreng rangup di luar dan bersama dengan sos labu di bawahnya, yg ni Mahamahu kurang sikit sebab ada bau yg kuat.
Cold Angel Hair Pasta

Crispy Egg With Pumpkin Coulis

Pembuka selera last adalah Lobster Fresh With Tomato Sauce ni paling best dpt makan Lobster siap ada demo masakan daripad chef sendiri depat tetamu hehehe best.

Lobster Fresh With Tomato Sauce

Untuk makanan utama pula kami di hidangkan dengan Grilled Wagyu Beef, ini adalah daging yg di masak separuh dengan sos yg cukup unik dan memang sedap sangat rasanya. Layan juga Mahamahu makan sampai habis hehehe. Terakhir kami di hidangkan dengan pencuci mulut iaitu Fine Apple Tart "A la Dragees" ini adalah tat apple yg sedap bersama dengan Vanila Ice Cream. Kalau nak makan kena makan sekali baru terasa sedap manis2 pahit sikit best.
Grilled Wagyu Beef

Fine Apple Tart "A la Dragees"


So ni pengalaman pertama makan masakan yg di sediakan oleh chef international dan makan memang cukup sedap dan lazat. Harap lepas ni dapat lah flight untuk ke Perancis pula nikmati makanan kat sana dan rasai suasana di sana. Nanti Mahamahu buat pula travel makan2 seluruh dunia ok gak tu cara hehehehe. Selamat menjamu selera pada semua rakan dan pembaca....

No comments:

Post a Comment

Post Popular