HARGA SARAPAN <b>DI</b> IBU NEGARA MASIH BERPATUTAN - Blog Makanan di Kuala Lumpur |
- HARGA SARAPAN <b>DI</b> IBU NEGARA MASIH BERPATUTAN
- Katering paling murah dan sedap <b>di Kuala Lumpur</b> dan Selangor <b>...</b>
- <b>Pelik</b> Tapi Benar..Restoran Yang Menyajikan Pelbagai <b>Makanan</b> <b>...</b>
- Tersembunyi kisah hitam 5 warga emas | <b>Kuala Lumpur</b> Post
- Kandungan berusia 5 bulan disahkan ghaib | <b>Kuala Lumpur</b> Post
HARGA SARAPAN <b>DI</b> IBU NEGARA MASIH BERPATUTAN Posted: 14 Jan 2014 10:26 AM PST KOS SARAPAN DI IBU NEGARA MASIH BERPATUTAN | KUALA LUMPUR – Sarapan di luar? Barangkali tidak pada tahun 2014, demikian tanggapan sesetengah warga kota yang meramalkan harga sarapan tahun ini pastinya meningkat ekoran kenaikan harga petrol, diesel dan gula tahun lepas. Namun, tinjauan Bernama di sekitar Kuala Lumpur hari ini mendapati warga kota masih mampu bersarapan di luar kerana rata-rata harga sarapan masih pada kadar berpatutan. Malahan makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu nasi lemak juga masih dijual pada harga RM1.50. Pembantu Restoran Ala Kampung, Pandan Utama, Ampang, Lita Sulkan, 35, berkata harga kebanyakan menu sarapan di restoran itu masih kekal seperti tahun lalu namun ada beberapa menu yang dinaikkan harga tetapi hanya sebanyak 10 dan 20 sen sahaja. "Harga nasi lemak biasa (tanpa lauk), meehoon, mee goreng masih kekal RM1.50, manakala jika berlauk harganya sekitar RM2.50 sehingga RM4.50 bergantung pada lauk seperti telur, sotong atau ayam. "Namun roti canai yang dahulu dijual pada harga 80 sen sekeping naik kepada 90 sen tahun ini," katanya kepada Bernama. Bagi minuman pula Lita berkata teh tarik dijual pada harga RM1.20, teh o (RM1) dan milo (RM1.80), masih kekal seperti harga tahun lalu. Peniaga gerai di Pandan Utama, Ampang, Sawiyah Zaini, 60, juga masih mengekalkan harga yang sama malahan lebih murah iaitu RM1.30 bagi nasi lemak, meehoon dan nasi goreng tanpa lauk. "Kalau ada lauk pula harganya antara RM2 hingga RM3.50 sahaja…makcik ambil untung cukup-cukup sahaja kerana faham jika naik banyak pasti pelanggan pun akan lari," katanya. Peniaga sarapan di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baharu, Gusniarti Basyarudin, 42, pula berkata tiada sebarang kenaikan harga pada menu sarapan yang dijualnya. "Ramai pelanggan yang datang ke sini risau dan bertanya adakah sarapan yang saya jual sudah naik, tetapi setakat ini saya masih mengekalkan harga sama seperti tahun-tahun sebelum. "Nasi lemak, nasi goreng tanpa lauk contohnya masih kekal RM1.50, pelbagai kuih muih juga masih dijual pada harga tiga ketul RM1," katanya. Gusniarti berkata biarpun berlaku kenaikan harga pada bahan mentah seperti cili kering dan telur, namun beliau masih cuba mengekalkan harga sarapan yang berpatutan untuk pelanggannya. Peniaga kuih-muih di Gombak, Abdullah Mat, 40, pula berkata kuih-muih yang dijualnya seperti donut dan kuih koci pada harga 30 sen satu sebelum ini dinaikkan kepada 40 sen. "Kalau sebelum ini tiga ketul kuih boleh didapati pada harga RM1, sekarang 3 ketul RM1.20, ia bagi mengimbangi keuntungan selepas harga gula yang tidak lagi bersubsidi," katanya. Bagi Balqis Mansor, 33, beliau masih bersarapan pagi jika bekerja manakala pada hujung minggu beliau memilih untuk memasak sarapan sebagai langkah penjimatan memandangkan beliau sudah berkeluarga dan mempunyai tiga orang anak. "Kalau saya dan suami sahaja lebih jimat dan praktikal sarapan di luar, apa lagi hari bekerja memang tak sempat nak masak, tetapi kalau hari minggu bersama anak-anak, lebih jimat untuk memasak," katanya. Izwan Ismail, 26, juga berkata beliau beranggapan harga sarapan di sekitar ibu kota masih berpatutan kecuali jika bersarapan di kopitiam. "Setakat ini saya rasa kalau nak sarapan kat luar tu makanan tak mahal sangat pun…kalau beli di gerai tepi jalan memang murah, kecuali kalau memilih sarapan di kopitiam, nasi lemak pun dah RM5 ke atas. "Pilihan di tangan kita…namun saya berharap peniaga tidak tamak mementingkan keuntungan dan menaikkan harga sesuka hati kerana jika pelanggan sudah tidak ada, peniaga sendiri akan rugi," katanya. BERNAMA Labels: Berita , Informasi |
Katering paling murah dan sedap <b>di Kuala Lumpur</b> dan Selangor <b>...</b> Posted: 13 Jan 2014 12:17 AM PST to be honest, selain mak aku, sepanjanggg asal ada majlis makan-makan dekat rumah, aku tak nak air tangan orang lain sebab aku tak confident dengan tahap kebersihan dan tahap kesedapan dia. :p jadi dari duluuuuuuu masa awal-awal kawen sampaii la sekarang yang dah nak beranak pinak ni pon still orang yang sama akan masak kalau aku ada buat majlis makan apa-apa contohnya time masa open house raya 2012 hari tu. kenalkan koranggg, ni la abang fifi dan ruby, antara kawan susah senang akuuuu anyonyonyooo. :') aku kenal diorang time zaman kitorang belum kawen lagiii. time tu aku praktikal dekat Crystal Crown Hotel, abg fifi chef dekat situ. dah namaaa pon cheffff kannnnnnn. kaw bagi la dia masak gajah harimau sekalipun boleh jadi sedapppp mihmihmih. antara aku paaaaling kagum, aku kalau nak masak bagi ramai-ramai orang makan hoiii menggelabah jangan cakap. si fifi dengan ruby ni, kalau makanan nak keluar pukul 11 pagi, pukul 7 pagi dorang sempat lagi berdondang sayang masak berlenggang-lenggang padahal kalau akuu, dah terburaiii isi perut hokeyyyyy berdebar takut tak sempat siap. ;) mungkin dorang dah terbiasa kann. setakat 100 200 orang makan, pejam mata babeee. kehkehkeh. :) ni first time tauu aku rekemen dorang open for public cenggini. :p selalu aku taknak orang tau sape tukang masak dekat rumah aku sebab nanti sama sedap laa makanan dekat rumah kita kahkahkah. :P so lepas ni, kalau korang nak buat sebarang majlis makan-makan tak kira dekat rumah korang ke, dekat office ke, tak kesah jamuan ape birthday party ke, annual party ke, majlis kawen ke majlis tunang ke, open house ke, house warming ke, raya ke, majlis kesyukuran ke, majlis akikah cukur jambul ke ehemmm ehemmmm :p, segala mak nenek majlis makan-makan la, aku sangatttt merekemen korang untuk test power masakan dorang. Chef 5 star hotel ni babeeeeeeee! :) hoiii tak boleh puji lebih-lebih kang kembang setaman tak kuasaaaa geliii muehehe. :p bab harga korang jangan risauuuu. aku rasa paling murah kottt setakat aku dekat kl ni berbanding dengan kualiti dia. ohh hari tu abang mila kawen pon si mila amek pakej dengan abang fifi. ni aku print screen siap-siap sebagai tanda bukti bukan tekak aku jeee cakap sedappppp muehehe. :) dan setahu aku, dorang takde limit minimum untuk berapa orang makan takde. semua boleh discuss. call je tanya dan bincang. dorang sikittt pon tak cerewet selama aku kenal. sebab kadang-kadang sesetengah catering dorang bagi limit minimum 100 orang makan baruuu dorang akan masakkan kannnn. dengan abg fifi dan ruby ni kaw tepon je, dorang semua bolehhhhhh tak kesah berapa-berapa. selain dari kerja sepenuh masa sebagai chef di Hotel Hilton, dorang dah selalu jugak masak untuk catering majlis kawen, majlis open house, majlis anak yatim segala ni. cuma dorang baruuuuuu berkecimpung dengan facebook tu pon selepas beberapa kali dipaksa muehehehe :p haa nanti kalau korang nak tempah atau nak tau quotation harga segala, korang boleh terus contact dorang di facebook ni atau nak lagi senang, telefon je terus cakap untuk berapa orang makan, nak dia masakkan ape. kadang dia memang dah sediakan pakej pakej makanan tapi kalau korang nak ikut taste atau pakej korang sendiri pon boleh. korang boleh contact abg fifi di 012-2565299 / 011-14362650 ruby di 017-3996985 / 011-1436265 jangan lupaaaa mention nama nadia tauuuu, nanti insyaAllah dorang bagi diskaun :)) ohh time kitorang kawen dulu, abg fifi ni la masakkan hidangan pengantin kitorang. nampakkkkkk, betapa jauhnyaaa import chef dari kl ke terengganu semata-mata nak dia masak. aku tak rekemen babee kalau tak sedapppp percayaaa aaaa. :) ehemm, akikah majlis berendoi cukur jambul segala nadia cop siap-siap ehhhhhhh abg fifiii muahahahaha :p dan ohhh sebelum terlupa, dorang cover semuaa area kuala lumpur dan selangor. senang cite korang call sendiri la tanyaaa ehhhh. :)) |
<b>Pelik</b> Tapi Benar..Restoran Yang Menyajikan Pelbagai <b>Makanan</b> <b>...</b> Posted: 10 Jan 2014 05:49 AM PST Sorry, the blog at kopilekat.blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs. Did you expect to see your blog here? See: 'I can't find my blog on the Web, where is it?' |
Tersembunyi kisah hitam 5 warga emas | <b>Kuala Lumpur</b> Post Posted: 12 Jan 2014 07:36 PM PST KUALA LUMPUR - Sebuah lori yang dipenuhi sampah sarap diletakkan di jalan masuk ke rumah teres dua tingkat itu. Rumah tersebut – pada suatu ketika dahulu sebuah rumah penjagaan orang tua – kelihatan sunyi. Namun di sebalik pagar berkunci dan pintu masuk yang hanya diikat dengan tali nilon, tersembunyi kisah hitam bagi lima warga emas yang lemah, ditinggalkan hidup dalam keadaan rumah yang kotor. Rumah tersebut tiada bekalan air, malah tiada makanan diberikan kepada mereka sehingga hari ini. Jiran-jiran yang percaya rumah tersebut di Taman Wahyu telah dikosongkan setahun yang lalu, terkejut apabila lima warga emas ditemui dalam rumah itu yang dipenuhi sampah dan berbau busuk. Seorang penduduk di kawasan itu, P. Duraimohan, 53, mengambil keputusan untuk menyiasat dakwaan bunyi-bunyi aneh termasuk tangisan sayu, datang dari rumah tersebut. "Kami memaklumkan kepada pengawal keselamatan dan saya memutuskan untuk masuk ke rumah tersebut. "Ketika saya bertanya jika ada sesiapa di dalam rumah itu, saya terkejut apabila melihat seorang lelaki tua menuruni anak tangga, " katanya yang juga setiausaha persatuan kawasan perumahan terbabit, di sini, Ahad. Duraimohan berkata, dia menjumpai empat warga tua yang lain di tingkat bawah rumah – tiga lelaki Cina dan seorang India – dan seorang wanita India yang kurus kering. "Mereka kelihatan kurus-kering dan tidak mandi. Salah seorang lelaki terbaring di lantai dan dikelilingi banyak sampah sarap sehingga saya tidak menyedarinya," katanya. Duraimohan berkata, premis tersebut merupakan salah satu daripada tiga buah rumah yang dijadikan sebagai rumah warga tua lebih 10 tahun lalu. "Kira-kira dua tahun lalu, rumah tersebut telah dikosongkan tetapi kami menyangka pengendali rumah berkenaan menjadikan ia sebagai salah sebuah stor," katanya. Looking for quality maid? Pertanyaan Iklan / Advertisement Enquiry Leong Soo Ah, 66, wanita yang ditemui di rumah tersebut memberitahu The Star bahawa dia dan empat yang lain telah tinggal di situ selama dua bulan, sebagai penempatan sementara. "Kami sepatutnya berpindah ke Batang Berjuntai," katanya. Ketika ditanya apa yang mereka makanan selama ini, Leong, berkata, ada seseorang menghantar makanan dan air kepada mereka pada sebelah petang. Leong memiliki sebuah tilam di ruang tamu tingkat atas yang turut dipenuhi dengan timbunan pakaian lama. Dia berkongsi ruang tamu tersebut dengan P. Muniandy yang tidur di atas lantai. "Kami tidak pernah keluar sejak sekian lama. Kami hanya duduk di dalam rumah," katanya. Tingkat bawah rumah tersebut dipenuhi dengan surat khabar lama, pakaian dan perabot. Seorang wanita warga India yang tidak diketahui namanya, ditemui duduk di atas sofa dalam sebuah bilik mankala dua lelaki Cina dikenali sebagai Ah Meng dan Ah Seng, terbaring dalam keadaan tidak bermaya di atas sebuah tilam. Lelaki dan wanita India itu masing-masih terlalu lemah untuk bercakap dan dua lelaki Cina itu masih boleh berborak dengan biasa. Ah Meng berkata, mereka terlalu dahaga tetapi telah makan sebelum itu. "Ada suatu ketika kami ada makanan, adakala tiada apa-apa untuk dimakan," kata Ah Seng. Terdapat beberapa bungkusan yang separuh habis dimakan dilihat bertaburan di atas lantai, menurut sumber mStar. |
Kandungan berusia 5 bulan disahkan ghaib | <b>Kuala Lumpur</b> Post Posted: 11 Jan 2014 12:47 AM PST PARIT BUNTAR – Keterujaan sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata kedua terbantut apabila kandungan yang sudah berusia lima bulan disahkan ghaib tiba-tiba, minggu lalu. Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Liza, 30, berkata, seorang doktor perubatan mengesahkan janin dikandungnya ghaib ketika dia menjalani pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan, di sini. "Bagaimanapun, setelah hampir dua minggu berulang-alik ke klinik kesihatan itu untuk menjalani pemeriksaan rutin, kami dikejutkan dengan berita kehilangan bayi dalam kandungan secara tiba-tiba. "Kami sememangnya tidak percaya bayi dalam kandungan hilang kerana kami baru sahaja melihat imej bayi itu melalui mesin pengimejan ultra sound beberapa hari sebelum kejadian," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Liza berkata, pada mulanya dia tidak mempercayai penjelasan diberikan petugas klinik kesihatan terbabit dan bertemu seorang doktor perbidanan serta sakit puan untuk mendapatkan kepastian. Bagaimanapun, mangsa dan suami sekali lagi terkejut apabila hasil pemeriksaan doktor terbabit turut mengesahkan kehilangan janinnya. "Masih tidak percaya dengan apa yang berlaku, kami segera mendapatkan penjelasan mengenai fenomena pelik menimpa bayi kami di Hospital Parit Buntar. "Hasil pemeriksaan kali ketiga di hospital itu sekali lagi mengesahkan kandungan saya hilang dan doktor memberi alasan kehilangannya disebabkan berlaku pengecutan pada janin," katanya. Menurutnya, sebalik pengesahan dibuat doktor, dia masih tidak berputus asa dan mencuba rawatan perubatan tradisional dengan harapan dapat memulihkan kandungannya. Bagaimanapun, usaha Liza dan suaminya tidak berhasil apabila lima pengamal perubatan tradisional yang ditemui mendakwa bayi dalam kandungannya dilarikan makhluk halus atau orang bunian. Looking for quality maid? Pertanyaan Iklan / Advertisement Enquiry "Kini, saya trauma dan sering menangis melihat barang kelengkapan bayi yang dibeli sebelum ini sebagai persediaan menyambut anak yang dijangka lahir April ini. "Namun begitu, saya dan suami reda dengan ketentuan Ilahi serta percaya ada hikmah di sebalik kejadian aneh ini," katanya. Liza turut menjelaskan, dia kini menunggu panggilan daripada Hospital Taiping untuk menjalankan rawatan mencuci rahimnya meskipun kandungannya disahkan hilang. "Kejadian yang berlaku turut menginsafi kami sekeluarga dan saya berharap kejadian aneh ini dapat dijadikan pengajaran kepada ibu mengandung lain," katanya. Hilang janin ada kaitan perkara ghaib Kebanyakan kes kehilangan janin dialami segelintir pasangan kebiasaannya berkaitan dengan perkara ghaib dan kejadian paranormal yang terjadi dengan izin ALLAH SWT. Setiausaha Pertubuhan Darussyifa' Negeri Perak, Zulkifli Zainon Al-Hafiz berkata, menurut pandangan Islam, kejadian aneh seperti kes kehilangan janin secara tiba-tiba boleh dipercayai berlaku meskipun tidak dapat dibuktikan Menurutnya, kes melibatkan perkara ghaib sebegini banyak diceritakan dalam hadis Nabi, termasuk sebuah fatwa dikeluarkan Imam Abu Hanifah RA yang menceritakan seorang wanita menemui beliau mengadu tidak pasti sama ada disetubuhi suaminya atau lembaga kerana tidak merasai apa-apa ketika proses penggaulan berlaku. "Wanita terbabit turut bertanya Imam Abu Hanifah RA sama ada dia perlu melakukan mandi junub meskipun tidak pasti dengan siapa dia disetubuhi. "Lalu, Imam Abu Hanifah RA menjelaskan kepada wanita itu bahawa dia tidak perlu mandi junub disebabkan tiada kesan zahir berlakunya aktiviti persetubuhan pada tubuh wanita terbabit," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam. Zulkifli berkata, berkaitan kes kehilangan janin, kebanyakan pengamal perubatan Islam mengistilahkan kes sebegini sebagai kes penculikan bayi oleh makhluk halus. Menurutnya, terdapat tiga punca berlakunya kes sebegini iaitu janin bayi terbabit diambil makhluk ghaib untuk dijadikan makanan, janin hilang akibat perbuatan sihir dan penglibatan mangsa dengan jin secara langsung atau tidak. "Dalam hadis Rasulullah SAW ada menyatakan darah milik janin yang belum sempurna sifatnya amat disukai jin dan dianggap makanan kegemaran makhluk itu. "Mengenai penglibatan mangsa dengan jin, kadangkala ada mangsa tidak menyedari dia mewarisi saka dan mengalami kehilangan janin akibat gangguan jin saka itu," katanya. Beliau berkata, kes unik seperti kes ini dan fenomena gigitan hantu pernah dirujuk kepada doktor perubatan moden dan mereka mengakui fenomena terbabit masih gagal dirungkai serta tidak dapat dibuktikan puncanya secara saintifik sehingga kini. Menurutnya, sepanjang pengalamannya bersama Pertubuhan Darussyifa', beliau turut berhadapan fenomena wanita melahirkan makhluk selain manusia meskipun hasil pemeriksaan doktor mengesahkan bayi dalam perut mangsa berbentuk manusia. Katanya, umat Islam wajib mempercayai perkara ghaib dan hukum menolak kewujudannya adalah kufur. "Bagi pasangan yang kehilangan janin terbabit, mereka perlu menganggap kejadian berlaku untuk menzahirkan betapa tinggi dan agungnya kuasa ALLAH SWT berbanding manusia. "Selain itu, mereka perlu mendapatkan rawatan perubatan Islam yang betul bagi mengelakkan berlakunya fitnah dan perpecahan," katanya. Difahamkan, memandangkan kehilangan janin tidak dapat dilihat secara zahir, maka mangsa tidak perlu menghabiskan tempoh nifas dan boleh beribadat seperti biasa, menurut sumber Sinar Harian. |
You are subscribed to email updates from Makanan pelik di Kuala Lumpur - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment