Thursday, 30 January 2014

Blog Makanan di Kuala Lumpur: HARGA SARAPAN DI IBU ... - Blog Makanan di Kuala Lumpur

Blog <b>Makanan di Kuala Lumpur</b>: HARGA SARAPAN <b>DI</b> IBU <b>...</b> - Blog Makanan di Kuala Lumpur


Blog <b>Makanan di Kuala Lumpur</b>: HARGA SARAPAN <b>DI</b> IBU <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2014 11:49 PM PST

baby-in-womb-565x354PARIT BUNTAR – Keterujaan sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata kedua terbantut apabila kandungan yang sudah berusia lima bulan disahkan ghaib tiba-tiba, minggu lalu.

Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai  Liza, 30, berkata, seorang doktor perubatan mengesahkan janin dikandungnya ghaib ketika dia menjalani pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan, di sini.
Menurutnya, dua minggu sebelum kejadian, jururawat bertugas meminta supaya dia mengamalkan pemakanan sihat berikutan berat kandungan bayinya yang berusia hampir lima bulan ketika itu semakin berkurangan.

"Bagaimanapun, setelah hampir dua minggu berulang-alik ke klinik kesihatan itu untuk menjalani pemeriksaan rutin, kami dikejutkan dengan berita kehilangan bayi dalam kandungan secara tiba-tiba.

"Kami sememangnya tidak percaya bayi dalam kandungan hilang kerana kami baru sahaja melihat imej bayi itu melalui mesin pengimejan ultra sound beberapa hari sebelum kejadian," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Liza berkata, pada mulanya dia tidak mempercayai penjelasan diberikan petugas klinik kesihatan terbabit dan bertemu seorang doktor perbidanan serta sakit puan untuk mendapatkan kepastian.

Bagaimanapun, mangsa dan suami sekali lagi terkejut apabila hasil pemeriksaan doktor terbabit turut mengesahkan kehilangan janinnya.

"Masih tidak percaya dengan apa yang berlaku, kami segera mendapatkan penjelasan mengenai fenomena pelik menimpa bayi kami di Hospital Parit Buntar.

"Hasil pemeriksaan kali ketiga di hospital itu sekali lagi mengesahkan kandungan saya hilang dan doktor memberi alasan kehilangannya disebabkan berlaku pengecutan pada janin," katanya.

Menurutnya, sebalik pengesahan dibuat doktor, dia masih tidak berputus asa dan mencuba rawatan perubatan tradisional dengan harapan dapat memulihkan kandungannya.

Bagaimanapun, usaha Liza dan suaminya tidak berhasil apabila lima pengamal perubatan tradisional yang ditemui mendakwa bayi dalam kandungannya dilarikan makhluk halus atau orang bunian.

Looking for quality maid?
http://www.kualalumpurpost.net/looking-for-quality-domestic-helper-maid/

Pertanyaan Iklan / Advertisement Enquiry
http://www.kualalumpurpost.net/iklanadvertisement/

"Kini, saya trauma dan sering menangis melihat barang kelengkapan bayi yang dibeli sebelum ini sebagai persediaan menyambut anak yang dijangka lahir April ini.

"Namun begitu, saya dan suami reda dengan ketentuan Ilahi serta percaya ada hikmah di sebalik kejadian aneh ini," katanya.

Liza turut menjelaskan, dia kini menunggu panggilan daripada Hospital Taiping untuk menjalankan rawatan mencuci rahimnya meskipun kandungannya disahkan hilang.

"Kejadian yang berlaku turut menginsafi kami sekeluarga dan saya berharap kejadian aneh ini dapat dijadikan pengajaran kepada ibu mengandung lain," katanya.

Hilang janin ada kaitan perkara ghaib

Kebanyakan kes kehilangan janin  dialami segelintir pasangan kebiasaannya berkaitan dengan perkara ghaib dan kejadian paranormal yang terjadi dengan izin ALLAH SWT.

Setiausaha Pertubuhan Darussyifa' Negeri Perak, Zulkifli Zainon Al-Hafiz berkata, menurut pandangan Islam, kejadian aneh seperti kes kehilangan janin secara tiba-tiba boleh dipercayai berlaku meskipun tidak dapat dibuktikan
secara saintifik.

Menurutnya, kes melibatkan perkara ghaib sebegini banyak diceritakan dalam hadis Nabi, termasuk sebuah fatwa dikeluarkan Imam Abu Hanifah RA yang menceritakan seorang wanita menemui beliau mengadu tidak pasti sama ada disetubuhi suaminya atau lembaga kerana tidak merasai apa-apa ketika proses penggaulan berlaku.

"Wanita terbabit turut bertanya Imam Abu Hanifah RA sama ada dia perlu melakukan mandi junub meskipun tidak pasti dengan siapa dia disetubuhi.

"Lalu, Imam Abu Hanifah RA menjelaskan kepada wanita itu bahawa dia tidak perlu mandi junub disebabkan tiada kesan zahir berlakunya aktiviti persetubuhan pada tubuh wanita terbabit," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Zulkifli berkata, berkaitan kes kehilangan janin, kebanyakan pengamal perubatan Islam mengistilahkan kes sebegini sebagai kes penculikan bayi oleh makhluk halus.

Menurutnya, terdapat tiga punca berlakunya kes sebegini iaitu janin bayi terbabit diambil makhluk ghaib untuk dijadikan makanan, janin hilang akibat perbuatan sihir dan penglibatan mangsa dengan jin secara langsung atau tidak.

"Dalam hadis Rasulullah SAW ada menyatakan darah milik janin yang belum sempurna sifatnya amat disukai jin dan dianggap makanan kegemaran makhluk itu.

"Mengenai penglibatan mangsa dengan jin, kadangkala ada mangsa tidak menyedari dia mewarisi saka dan mengalami kehilangan janin akibat gangguan jin saka itu," katanya.

Beliau berkata, kes unik seperti kes ini dan fenomena gigitan hantu pernah dirujuk kepada doktor perubatan moden dan mereka mengakui fenomena terbabit masih gagal dirungkai serta tidak dapat dibuktikan puncanya secara saintifik sehingga kini.

Menurutnya, sepanjang pengalamannya bersama Pertubuhan Darussyifa', beliau turut berhadapan fenomena wanita melahirkan makhluk selain manusia meskipun hasil pemeriksaan doktor mengesahkan bayi dalam perut mangsa berbentuk manusia.

Katanya, umat Islam wajib mempercayai perkara ghaib dan hukum menolak kewujudannya adalah kufur.

"Bagi pasangan yang kehilangan janin terbabit, mereka perlu menganggap kejadian berlaku untuk menzahirkan betapa tinggi dan agungnya kuasa ALLAH SWT berbanding manusia.

"Selain itu, mereka perlu mendapatkan rawatan perubatan Islam yang betul bagi mengelakkan berlakunya fitnah dan perpecahan," katanya.

Difahamkan, memandangkan kehilangan janin tidak dapat dilihat secara zahir, maka mangsa tidak perlu menghabiskan tempoh nifas dan boleh beribadat seperti biasa, menurut sumber Sinar Harian.

Blog <b>Makanan di Kuala Lumpur</b>: Nightmare in <b>KL</b> | Tira Maya <b>...</b>

Posted: 18 Jan 2014 11:17 PM PST

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak baru-baru ini mencetuskan trending di laman-laman sosial apabila ucapannya yang menyebut contoh harga sayur kangkung yang turun menjadi bahan lucuan orang ramai.
Najib dalam ucapannya semasa majlis memberi bantuan menyebut sayur kangkung yang turun harga sebagai contoh barangan yang tidak naik harga, dalam usahanya meredakan keresahan ramai disebabkan harga barangan yang terus naik.
Sejurus memberi ucapan itu, kangkung dijadikan satu topik lucu dan sinis di laman-laman sosial, mencetuskan pelbagai hashtag dengan topik kangkung.
Pelbagai status, kenyataan dan komen secara sinis mengangkat topik kangkung, termasuk melibatkan pemimpin politik.
Dari sudut yang lebih serius, ucapan Najib itu dinilai sebagai tidak menjawab persoalan lebih besar kenaikan kos hidup yang meliputi bahan makanan, keperluan asas seperti elektrik, pengangkutan dan bakal ditambah dengan cukai barangan dan perkhidmatan yang akan mula diperkenalkan tahun depan.
Melalui kenyataan ini, Najib mengambil satu sudut yang sukar dan memberikan penjelasan yang tidak menjawab keresahan orang ramai berhubung kenaikan kos yang menyeluruh.
Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang kangkung hanyalah satu contoh ada benarnya, tetapi hakikat bahawa kangkung dipilih untuk dijadikan contoh menunjukkan yang sangat sedikit (atau mungkin hanya satu) barang yang turun harga, sedangkan kos-kos lain terus meningkat.

Kenyataan lucu ini menambahkan lagi senarai kenyataan beliau yang pelik, lucu atau sangat tidak kena tempat sepanjang menjadi perdana menteri, menimbulkan persoalan tentang keprihatinannya dalam membuat ucapan dan pera-nan penasihat-penasihat yang sepatutnya membantu dalam hal ini, dalam usaha memelihara imej dan kredibiliti Najib sebagai perdana menteri.
Najib sebelum ini telah beberapa kali membuat kenyataan yang mengundang reaksi negatif orang ramai, akibat sifatnya yang kelihatan tidak perlu, tidak difikirkan dengan mendalam dan tidak cermat.
Disember 2013 yang lalu, dalam satu usaha mempertahankan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Najib menceritakan dua jasa isterinya itu dalam satu ucapan semasa Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur.
"Ada dua jasa isteri saya yang belum saya terangkan, yang tak pernah saya maklumkan sebelum ini," Najib dipetik sebagai berkata.
Jelasnya, dua jasa Rosmah itu ialah membantu membebaskan seorang pelajar Malaysia yang disalah anggap sebagai pengintip di Mesir dan membantu pelajar Malaysia transit di Jeddah dan kemudian ke Kuala Lumpur tanpa visa, dalam operasi menghantar pulang pelajar Malaysia dari Mesir ketika kebangkitan menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak.
Mac tahun lalu, dalam kempen di Kelantan menjelang PRU13, Najib mengajak rakyat menolak PAS dan Pakatan Rakyat kerana didakwa telah melakukan "tujuh dosa besar" yang termasuk mengadakan kerjasama politik dengan DAP.
Najib dalam majlis di Tanah Merah itu menyenaraikan tuduhan beliau berhubung dosa PAS sebagai membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim, gagal mengurus Kelantan dan membenarkan pemimpin DAP membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing.
Pada Mei 2012, ketika mengecam pembangkang berhubung isu kontroversi penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad di Bursa Malaysia, Najib yang marah menyebut "haram jadah."
Najib mempersoalkan peneroka yang menerima wang "durian runtuh" tetapi pada masa sama menentang penyenaraian FGVH.
Pada Mei 2011, mengulas laporan kematian Osama bin Laden, Najib mengemukakan pandangan bahawa kematian pemimpin militan itu boleh menyumbang kepada dunia menjadi lebih "aman, selamat dan adil."
Pandangan satu hala dan simplistik itu dikritik ramai, termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkannya sebagai tidak cermat dan cuba menampakkan diri sebagai penyokong Amerika Syarikat.
Sebelum itu, pada Februari tahun yang sama, Najib dalam satu wawancara bersama media Turki dilaporkan mengaitkan gerakan Ikhwanul Muslimin dengan keganasan.
Kenyataan Najib itu dilihat menuduh Ikhwan sebagai terlibat dengan keganasan dan perlu menolak keganasan sekiranya mahu terlibat dalam pilihan raya.

Blog <b>Makanan di</b> Kelantan: Cincin Belah Rotanku: <b>PELIK</b> <b>...</b>

Posted: 20 Jan 2014 03:25 AM PST

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak baru-baru ini mencetuskan trending di laman-laman sosial apabila ucapannya yang menyebut contoh harga sayur kangkung yang turun menjadi bahan lucuan orang ramai.

Najib dalam ucapannya semasa majlis memberi bantuan menyebut sayur kangkung yang turun harga sebagai contoh barangan yang tidak naik harga, dalam usahanya meredakan keresahan ramai disebabkan harga barangan yang terus naik.

Sejurus memberi ucapan itu, kangkung dijadikan satu topik lucu dan sinis di laman-laman sosial, mencetuskan pelbagai hashtag dengan topik kangkung.

Pelbagai status, kenyataan dan komen secara sinis mengangkat topik kangkung, termasuk melibatkan pemimpin politik.

Dari sudut yang lebih serius, ucapan Najib itu dinilai sebagai tidak menjawab persoalan lebih besar kenaikan kos hidup yang meliputi bahan makanan, keperluan asas seperti elektrik, pengangkutan dan bakal ditambah dengan cukai barangan dan perkhidmatan yang akan mula diperkenalkan tahun depan.

Melalui kenyataan ini, Najib mengambil satu sudut yang sukar dan memberikan penjelasan yang tidak menjawab keresahan orang ramai berhubung kenaikan kos yang menyeluruh.

Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang kangkung hanyalah satu contoh ada benarnya, tetapi hakikat bahawa kangkung dipilih untuk dijadikan contoh menunjukkan yang sangat sedikit (atau mungkin hanya satu) barang yang turun harga, sedangkan kos-kos lain terus meningkat.

Kenyataan lucu ini menambahkan lagi senarai kenyataan beliau yang pelik, lucu atau sangat tidak kena tempat sepanjang menjadi perdana menteri, menimbulkan persoalan tentang keprihatinannya dalam membuat ucapan dan pera-nan penasihat-penasihat yang sepatutnya membantu dalam hal ini, dalam usaha memelihara imej dan kredibiliti Najib sebagai perdana menteri.

Najib sebelum ini telah beberapa kali membuat kenyataan yang mengundang reaksi negatif orang ramai, akibat sifatnya yang kelihatan tidak perlu, tidak difikirkan dengan mendalam dan tidak cermat.

Disember 2013 yang lalu, dalam satu usaha mempertahankan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Najib menceritakan dua jasa isterinya itu dalam satu ucapan semasa Perhimpunan Agung Umno di Kuala Lumpur.

"Ada dua jasa isteri saya yang belum saya terangkan, yang tak pernah saya maklumkan sebelum ini," Najib dipetik sebagai berkata.

Jelasnya, dua jasa Rosmah itu ialah membantu membebaskan seorang pelajar Malaysia yang disalah anggap sebagai pengintip di Mesir dan membantu pelajar Malaysia transit di Jeddah dan kemudian ke Kuala Lumpur tanpa visa, dalam operasi menghantar pulang pelajar Malaysia dari Mesir ketika kebangkitan menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak.

Mac tahun lalu, dalam kempen di Kelantan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, Najib mengajak rakyat menolak PAS dan Pakatan Rakyat kerana didakwa telah melakukan "tujuh dosa besar" yang termasuk mengadakan kerjasama politik dengan DAP.

Najib dalam majlis di Tanah Merah itu menyenaraikan tuduhan beliau berhubung dosa PAS sebagai membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim, gagal mengurus Kelantan dan membenarkan pemimpin DAP membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing.

Pada Mei 2012, ketika mengecam pembangkang berhubung isu kontroversi penyenaraian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad di Bursa Malaysia, Najib yang marah menyebut "haram jadah."

Najib mempersoalkan peneroka yang menerima wang "durian runtuh" tetapi pada masa sama menentang penyenaraian FGVH.

Pada Mei 2011, mengulas laporan kematian Osama bin Laden, Najib mengemukakan pandangan bahawa kematian pemimpin militan itu boleh menyumbang kepada dunia menjadi lebih "aman, selamat dan adil."

Pandangan satu hala dan simplistik itu dikritik ramai, termasuk Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkannya sebagai tidak cermat dan cuba menampakkan diri sebagai penyokong Amerika Syarikat.

Sebelum itu, pada Februari tahun yang sama, Najib dalam satu wawancara bersama media Turki dilaporkan mengaitkan gerakan Ikhwanul Muslimin dengan keganasan.

Kenyataan Najib itu dilihat menuduh Ikhwan sebagai terlibat dengan keganasan dan perlu menolak keganasan sekiranya mahu terlibat dalam pilihan raya.

No comments:

Post a Comment

Post Popular