Persia Restaurant Menghidangkan - Blog <b>Makanan di Kuala Lumpur</b> - Blog Makanan di Kuala Lumpur |
- Persia Restaurant Menghidangkan - Blog <b>Makanan di Kuala Lumpur</b>
- Jalan Alor, Wisata Kuliner <b>di Kuala Lumpur</b> - LovelyToday.com
- Blog <b>Makanan di Kuala Lumpur</b>: Persia Restaurant Menghidangkan <b>...</b>
Persia Restaurant Menghidangkan - Blog <b>Makanan di Kuala Lumpur</b> Posted: 13 Apr 2014 11:47 PM PDT 10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala LumpurBandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Kelang pastinya bukan asing kepada kita semua. Ia sememangnya merupakan kawasan tumpuan masyarakat dari seluruh negara malah luar negara. Kebanyakannya bekerja di sini, ada juga yang belajar, berniaga dan tidak kurang juga yang melancong dan bersiar-siar. Dunia telah memperakukan bahawa Kuala Lumpur adalah salah satu pusat membeli-belah terkenal di dunia yang menawarkan pelbagai barangan pada harga yang berpatutan. Selain itu, Kuala Lumpur dan Lembah Kelang turut menawarkan pelbagai makanan yang diilhamkan daripada resipi seluruh negara malah dari beberapa pelusuk dunia. Tidak boleh dinafikan bahawa makanan merupakan antara industri berskala besar di Kuala Lumpur yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi. Oleh itu, di sini disenaraikan 10 tempat makan meliputi pelbagai genre makanan yang dirasakan antara yang terbaik. Namun ia tidak berdasarkan "ranking".
Restoran Murni Bukit Jalil 41, Jalan 16/155C, 57000 Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Sekiranya anda berjalan-jalan di sekitar Bukit Jalil dan tiba-tiba terasa lapar, kini terdapat satu lagi pilihan tempat makan yang amat menyelerakan iaitu Restoran Murni. Sebenarnya Restoran Murni ini adalah salah satu cawangan daripada Restoran Murni yang terletak di SS2 Petaling Jaya. Menu yang ditawarkan juga hampir sama. Restoran Murni ini menawarkan makanan barat (western food), makanan ala thai dan pelbagai lagi menu yang sesuai untuk disajikan kepada seisi keluarga. Antara menu yang disarankan oleh pengunjung-pengunjung tetap restoran ini adalah Mee Raja dan juga Spagheti Seafood Carbonara yang dianggap antara menu tersohor di sini. Selain itu, makanan barat seperti Chicken Grill juga boleh didapati pada harga yang berpatutan dan cara hidangannya amat impresif dan membuka selera. Makanan barat lain turut memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Roti Hawaii yang berkonsepkan roti canai / murtabak dan pizza ini pula merupakan menu yang sungguh jarang didapati di tempat lain. Makanan Melayu seperti nasi lemak juga dihidangkan dengan cara yang tersendiri. Biasanya ia disertakan dengan pilihan rendang daging dan ayam. Bagi yang menggemari nasi lemak, nasi lemak di sini tidak mungkin mengecewakan. Satu perkara yang menjadi buah mulut dikalangan pengunjung adalah perkhidmatannya yang boleh dianggap berkualiti kerana makanan disediakan dalam masa yang pantas. Layanan juga dikatakan kelas pertama. Bagi mereka yang benar-benar kelaparan, anda tidak perlu memesan makanan lebih kerana restoran ini menghidangkan dalam kuantiti yang banyak untuk setiap hidangan. Sekiranya anda tersesat atau sememangnya berada di kawasan Bukit Jalil, restoran ini boleh menjadi salah satu destinasi anda.
Restoran Alissara (Thai Cuisine) Cs23 Jalan Indah 3/2, Taman Puchong Indah, Puchong
Masakan Thai merupakan salah satu menu kegemaran rakyat Malaysia di mana-mana saja. Restoran masakan Thai pula tumbuh bagai cendawan tidak kira di kota mahupun di desa. Ada yang berjaya menawan selera pelanggan malah ada juga yang suam-suam kuku. Di Puchong, Restoran Alissara Thai Cuisine boleh dianggap berada dalam kelasnya yang tersendiri. Bermula lebih 6 tahun dulu di Puchong Perdana, ia berkembang menjadi sebuah restoran yang setanding dengan restoran Thai yang lain seperti Sabye Sabye Thai atau Seri Thai. Restoran ini adalah eksklusif untuk makanan Thai. Menunya meliputi hidangan ala carte berbentuk nasi, bihun, mee dan sebagainya. Tidak kurang juga menu lauk pauk seperti ikan kerapu masam manis, ikan siakap tiga rasa, pilihan aneka tomyam dan menu masakan seafood seperti kerang-kerangan, siput, lalah, udang serta sotong. Terdapat juga menu sayuran seperti kailan dan kangkung. Menurut pelanggan-pelaggan tetap restoran ini, makanan di sini mempunyai rasa Thai sebenar walaupun sedikit pedas. Cuma ada yang memilih sup perahu pecah dan kari hijau berbanding tomyam. Salah satu kelebihan yang sering disebut berkenaan restoran ini adalah kesegaran makanan lautnya samada ikan, udang, sotong, ketam mahupun apa saja. Tahap perkhidmatannya juga agak baik dan harganya walaupun tidak semurah warung tetapi masih menjimatkan berbanding restoran makanan Thai yang termasyhur. Tidak hairanlah jika restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan dan menjadi pilihan utama. Ada yang menganggap Restoran Alissara ini adalah restoran makanan Thai terbaik di Puchong. Satay Willy Sungai Ramal Food Junction, Kajang
Sate Kajang pastinya bukanlah nama yang asing dikalangan rakyat Malaysia. Daripada kanak-kanak sehinggalah yang tua pasti tahu dan pernah merasakan keenakan sate Kajang. Apabila berbicara tentang sate Kajang, tidak dapat tidak nama Haji Samuri akan menjadi bualan. Namun di Sungai Ramal Food Junction, terdapat Satay Willy yang semakin mencipta nama. Beroperasi bermula sebelah petang, barisan beratur akan mula panjang selepas jam 6 petang dan mencapai kemuncak pada jam 8 malam. Sate yang dihidangkan di sini sangat 'juicy' dan lembut dan begitu mudah memikat selera siapa saja yang merasainya. Dengan harga yang amat berpatutan iaitu bermula daripada 70 sen, ia pastinya berbaloi untuk dicuba. Gerai Satay Willy ini menawarkan aneka pilihan sate berserta set lengkapnya seperti timun dan bawang serta kuah yang pekat dan sedap. Juga terdapat lontong iaitu nasi impit berbalut daun pisang berbentuk lemang yang amat mengenyangkan. Keenakan Satay Willy ini dikatakan setaraf dengan satay Haji Samuri malah ada pelanggan yang tidak ragu-ragu mengatakan Satay Willy lebih sedap dan berbaloi. Oleh kerana kedudukannya di 'food junction' maka makanan lain turut terdapat daripada gerai yang lain untuk variasi. Minuman juga boleh dipesan dari mana-mana gerai minuman yang ada di situ. Mali's Corner Taman Bunga Raya, Jalan Malinja 2, Taman Bunga Raya, Setapak Kuala Lumpur
Kuala Lumpur menjanjikan makanan yang terbaik walaupun berasal daripada tempat lain. Char kuey teow yang berasal daripada Pulau Pinang masih boleh dinikmati ketulenannya di Mali's Corner, Setapak. Melihat barisan yang panjang untuk memesan sudah cukup menggambarkan keenakan makanan tersebut. Tidak mungkin pelanggan sanggup beratur begitu panjang jika hidangannya tidak berbaloi. Mali's Corner Taman Bunga Raya ini selain menawarkan char kuey teow turut juga memiliki menu nasi lemak ayam goreng yang tidak kurang hebatnya. Rasa char kuey teow di sini amat sedap dan menyelerakan dengan kuah yang berperisa dan juga udang yang segar. Sambal nasi lemaknya sedikit manis tetapi masih lagi mampu mengecurkan liur dengan ayam berempah yang berperisa. Walaupun barisan menunggunya agak panjang, namun servis gerai ini amat baik kerana mereka memiliki pekerja yang ramai. Mali's Corner kini memiliki beberapa lagi cawangannya ditempat-tempat yang lain untuk memberikan rasa char kuey teow Pulau Pinang sebenar kepada penduduk Kuala Lumpur. Salah satu kelemahannya adalah pelanggan terpaksa beratur untuk char kuey teow, nasi lemak dan minuman. Ini bererti pelanggan yang keseorangan perlu beratur beberapa kali untuk mendapatkan sajian lengkap. Untuk lebih selesa mungkin anda boleh pergi ke cawangan di Petaling Jaya. Ianya di dalam kedai dan suasananya lebih menarik. Alamat cawangan di Petaling Jaya adalah di Jalan PJS 4/27a (Jalan PJS 2d/1), 46000 Petaling Jaya, Selangor.
Restaurant Rosdet Tomyam 160, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur, Kampung Baru, 50300, Kuala Lumpur
Tomyam Kampung Baru, satu istilah yang amat sebati di kalangan penggemar-penggemar tomyam sekitar Kuala Lumpur dan juga di kalangan pengunjung-pemgunjung dari luar. Maka tidak hairanlah sekiranya restoran tomyam sekitar Kampung Baru sering dipenuhi pelanggan terutamanya pada musim cuti. Antara restoran yang memikat selera adalah Restoran Rosdet Tomyam yang terletak bersebelahan KL International Hotel. Tarikan tomyam restoran ini amat kuat sehingga ada pengunjung dari luar yang sanggup "check-in" di hotel KLI semata-mata kerana tomyam tersebut. Tomyam di sini boleh dipesan dalam pelbagai kombinasi samada tomyam ayam, daging, seafood, udang atau apa saja yang berkenan di hati. Kuahnya juga amat unik dan hanya boleh dirasai di restoran ini. Rasa tomyam yang pekat, pedas dan masam secukupnya membuatkan anda akan datang lagi tanpa berfikir panjang. Selain tomyam yang merupakan mercu tanda restoran ini, ia juga menghidangkan makanan laut yang enak serta juga masakan Thai yang boleh dikategorikan sebagai "excellent". Sup campur dan sup sayurnya juga berada dalam tahap memukau. Satu lagi menu yang kerapkali menambat selera pengunjung-pengunjung tetap adalah nasi bubur berlauk yang amat memuaskan. Jika anda memesan teh atau kopi halia di restoran ini, jangan terkejut sekiranya anda akan mendapat seketul halia segar di dalam minuman anda. Harga makanan di sini juga berpatutan kerana ia dihidangkan agak banyak. Oleh itu, ia adalah tempat makan keluarga yang paling sesuai. Persekitarannya juga amat bersih dan servisnya juga boleh dianggap baik jika dilihat kepada tahap kesibukan di restoran ini.
Warung Dusun Gearbox Persiaran Jaya (Seksyen 9), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Terdapat beberapa premis masakan sup di Lembah Kelang yang menawarkan sup daging, sup tulang dan sup ayam yang terbaik. Namun sup gearbox warung Dusun di Bangi ini tidak boleh ditandingi mana-mana sup yang lain. Sup tulang kaki atau gearbox di sini amat menyelerakan dan digemari penduduk tempatan mahupun pengunjung dari luar. Supnya yang berperisa, daging yang lembut membalut tulang serta sum-sum dalam tulang yang amat sedap. Di sini, anda boleh melihat setiap meja pasti ada semangkuk besar sup gearbox lengkap dengan penyedut minuman untuk menyedut kuah dan sum-sum. Ada pengunjung yang menyedut hingga pening lalat. Lupakan seketika masalah lain kerana sup di sini memang terbaik untuk dinikmati. Bagi pelanggan yang tidak gemarkan sup, di sini juga terdapat makanan lain seperti mee, kueyteow, bihun malah nasi serta lauk pauk yang juga membuka selera. Ikan bakarnya juga tidak menghampakan. Terdapat ikan siakap, kembung dan bermacam-macam lagi tetapi rata-rata pengunjung memilih ikan pari bakar yang dianggap "marvellous". Tomyam di sini juga boleh dilabelkan sebagai antara yang terbaik. Persekitaran warung ini amat menyegarkan dan menarik kerana ia di kelilingi oleh gerai-gerai otak-otak, tauhu bakar dan ikan bakar serta bermacam-macam lagi juadah untuk dinikmati secara santai. Otak-otak di sini boleh diangkat setaraf dengan otak-otak Gelang Patah yang popular dari Johor tersebut. Ini juga adalah salah satu menu istmewa yang mesti dicuba di warung dusun bangi ini. Harganya, pastinya lebih murah berbanding restoran tomyam yang lain di sekitar Bangi. jadi sekiranya anda di Bangi atau dalam perjalanan melalui Bangi, amat wajar untuk singgah dan menikmati sup gearbox dan otak-otak di Warung ini.
Burger Bakar Abang Burn Dagang Avenue (Jalan B/3A, Taman Dagang), 68000 Ampang, Selangor
Burger, burger, burger. Antara menu yang paling popular di dunia. Hampir setiap individu di dunia tahu apa itu burger. Burger adalah antara sajian lengkap yang mempunyai karbohidrat, protein dan sayuran dalam satu hidangan yang sama malah boleh dikatakan dalam setiap gigitan. Malah ia adalah sajian yang ringkas, cepat dan mobil. Kini burger diinovasikan dalam pelbagai cara dan perisa mengikut selera masyarakat setempat. Di Malaysia ketika ini, burger bakar mula menjadi bualan dan amat digemari dimana saja. Burger Bakar Abang Burn merupakan salah satu perintis kepada fenomena ini. Kedai mereka di Ampang boleh dianggap ibu pejabat kepada lebih 19 cawangan yang beroperasi kini kerana di sinilah sejarah kedai burger ini bermula. Menurut penggemar-penggemar burger bakar, Abang Burn adalah penyaji burger bakar terbaik dalam kelasnya. Burger yang disajikan mempunyai patti daging yang lembut dan berjus dengan roti juga lembut dan berperisa. Ayamnya juga garing dengan isi yang basah dan berempah. Sosnya juga tak terlalu meleleh dan memintas selera. Setiap gigitan membuatkan kita seolah-olah melantun ke udara. Ditambah dengan sayuran yang segar dan bersih. Saiznya juga seimbang dan tidak keterlaluan. Pendek kata burger bakar Abang Burn ini hampir sempurna. Selain burgernya yang enak, kedai ini turut menyajikan meatball ala IKEA yang "outstanding". Hidangan ini juga boleh dianggap 'killer' di sini. Dagingnya begitu baik diperisakan dengan rempah ratus yang rahsia. Jika dimakan dalam kuahnya yang unik, sememangnya satu kombinasi yang terbaik. Harganya pastilah amat berbaloi dan servis yang pantas menyumbang kepada permintaan yang amat tinggi. Jika anda lambat, pasti terperangkap dalam barisan yang panjang. Boleh juga baca artikel kami Burger Bakar Abang Burn di Ramal Junction di sini.
IKEA Food Court@Mutiara Damansara No.2 Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
IKEA merupakan sebuah pasaraya perabot dari Sweden yang tidak asing dikalangan warga negara ini. Perabotnya yang moden dan ringkas menarik perhatian masyarakat Malaysia. Namun IKEA bukan saja pengeluar perabot yang baik tetapi juga menyajikan makanan yang baik. Di tingkat bawahnya, terdapat "food court" yang menghidangkan makanan ala Eropah yang popular. Menu di sini terdiri daripada savouri dan pencuci mulut yang amat enak. Ia juga dihidangkan dengan amat kreatif dan menarik. Terdapat kek ala Eropah (terutamanya Sweden), masakan salmon dan beberapa lagi menu Scandinavian yang enak-enak belaka. Daripada kebanyakan menu yang ditawarkan, paling popular semestinya "meatball" yang dihidangkan dalam sos yang tersendiri. Dikenali sebagai Swedish Meatball, ia merupakan "signature dish" di sini. Malah dianggap antara "meatball" terbaik di Lembah Kelang. Di mana-mana sahaja, pasti Swedish Meatball ini akan menjadi bandingan sekiranya membabitkan hidangan "meatball". Boleh dikatakan majority pelanggan ke "food court" ini malah pengunjung IKEA tidak akan melepaskan peluang menikmati hidangan ini. Ada juga kalangan yang sengaja datang semata-mata untuk makan di "food court" ini. Untuk berlaku adil, makanan lain di sini juga tidak mengecewakan.
Restoran Nelayan Titiwangsa Taman Tasik Titiwangsa, Jalan Temerloh, 53200 Kuala Lumpur
Taman Tasik Titiwangsa amat dikenali sejak dulu sebagai salah satu tempat pelancongan menarik untuk dilawati. Berhampiran taman ini juga terdapat beberapa tempat tarikan pelancong seperti Istana Budaya dan juga Galeri Seni Kebangsaan. Jika anda mahukan pemandangan indah berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas, pastinya di sinilah tempat terbaik.
Satu tarikan utama sejak dulu di sini adalah Restoran Nelayan yang menghidangkan makanan laut serta masakan Melayu sejati dalam persekitaran yang nyaman seolah-olah terapung di atas tasik. Pada waktu tengahari, hidangan makanan laut ala melayunya amat memikat dihidangkan secara ala carte dan juga lunch buffet. Pada malamnya pula, restoran ini menghidangkan steamboat pada harga yang amat berpatutan. Walaupun ada yang berpandangan sup steamboat di sini sedikit pedas, namun masih antara yang terbaik di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur. Pilihan komponen steamboatnya tidaklah terlalu banyak dan bervariasi tetapi masih berbaloi dengan harganya yang murah. Selain steamboat, terdapat juga menu ala carte dan pencuci mulut tradisional yang menyelerakan. Restoran ini amat sesuai untuk perhimpunan keluarga atau pertemuan semula sesama sahabat kerana persekitarannya yang santai. Malah terdapat juga dewan yang besar untuk majlis-majlis keramaian ataupun makan malam syarikat. Kemudahan bersolat juga terdapat di sini bagi memastikan pelanggan tidak perlu risau dengan ketibaan waktu solat. Melihat persekitaran dan suasana di sini pada waktu malam, sangat terasa keharmonian dan menampakkan betapa gembira dan bahagianya pelanggan-pelanggan di sini. Jadi, bersiar-siar di Tasik Titiwangsa boleh dilengkapkan lagi dengan steamboat Restoran Nelayan ini. SABA Restaurant (Cyberjaya) 4800 Suite 0-2, G-Floor, Block A1 (Jalan Perdana), 63000 Cyberjaya, Selangor
Daripada sepuluh penggemar nasi Arab, lapan orang memilih nasi Arab Restoran Saba' Cyberjaya yang dianggap sebagai nasi Arab terbaik di Lembah Kelang. Makan di sini seolah-olah anda berada di Timur Tengah dengan menunya yang melambangkan keenakan makanan Arab. Terdapat pelbagai menu yang boleh dicuba bermula daripada Thanoush, Kebab, Khabshah, Mandy sehinggalah kepada Hanith yang boleh dipilih samada ayam atau kambing, semuanya menyelerakan. Pengunjung di sini tidak dapat bersatu memberikan saranan menu terbaik kerana semuanya boleh dianggap terbaik tetapi mereka bersatu menyatakan bahawa makanan di sini amat enak dan sangat terasa "arab"nya. Sungguhpun begitu, hidangan pencuci mulut seperti baklava dianggap biasa dan tidak setanding hidangan yang lain. Hidangannya pula adalah di dalam "portion" yang besar sehingga ada yang mencadangkan anda berkongsi pinggan. Ada sesetengah pelanggan menganggap kadar harganya agak tinggi terutamanya bagi menu kambing. Manakala daripada segi perkhidmatannya, menu panggang dikatakan mengambil masa yang agak lama iaitu sekitar 30 ke 40 minit untuk disiapkan. Walau apapun, kualiti masakan Arab di sini masih berbaloi untuk dicuba. Tempat-tempat makan yang disenaraikan di atas bukanlah muktamad dan kemungkinan masih banyak tempat yang lebih baik. Namun sedikit sebanyak ia boleh memberi gambaran kepada penduduk mahupun pengunjung dari luar untuk mendapatkan makanan terbaik di Kuala Lumpur mengikut selera dan lokasi masing-masing. Anda tidak perlu bimbang kerana Kuala Lumpur tidak pernah menghampakan untuk mendapatkan makanan terbaik yang berasal dari seluruh pelusuk Negara. Pendek kata, dari mana anda datang, apa saja yang anda idamkan, hanya perlukan sedikit kesungguhan mencarinya. Sumber : Saji |
Jalan Alor, Wisata Kuliner <b>di Kuala Lumpur</b> - LovelyToday.com Posted: 18 Apr 2014 07:40 AM PDT Bukit Bintang bukan hanya surganya belanja tapi memang menjadi pusatnya aneka hiburan yang bisa dinikmati di Kuala Lumpur. Tak jauh dari Bukit Bintang, terdapat kawasan yang tak kalah terkenalnya. Nama kawasan tersebut adalah Jalan Alor. Anda hanya membutuhkan waktu beberapa menit saja untuk sampai ke Jalan Alor ini dengan berjalan kaki. Melewati juga Jalan Changkat Bukit Bintang dan kemudian sampai di Jalan Alor. Apa yang menarik di Jalan Alor? Tentu saja yang selalu membuat perut dan anda bahagia, kuliner. Di sinilah pusat jajanannya Kuala Lumpur. Aneka kuliner disediakan di sini dengan konsep makan di kaki lima. Nuansa yang unik dan seru tentunya menikmati berbagai makanan di pinggir jalan yang ramai dan hiruk pikuk seperti ini. Jalan ALor menyediakan berbagai macam kuliner yang lezat. Mulai dari masakan asli Kuala Lumpur, masakan Indonesia, China, Thailand, Barat, dan masih banyak lagi. Anda bisa mencicipi nasi lemak yang seperti nasi uduk khas Malaysia, Hongkong Crab, aneka ikan bakar, sate, atau jajanan seperti Steamboat yang bentuknya ditusuk-tusuk kemudian bisa direbus dan digoreng serta disajikan dengan sausnya. Minumannya juga beragam seperti the tarik khas Malaysia hingga bir dan aneka minuman lainnya. Suasana makan di Jalan Alor ini makan di pinggir jalan. Jadi sepanjang jalan Alor, para pedagang mendirikan outletnya dan di depan disediakan kursi dan meja plastik. Padat sampai tumpah ruah ke jalanan. Selain di Jalan Alor, kuliner juga bisa dilakukan di sekitar Chinatown atau tepatnya di Petaling Street. Selain menyediakan aneka macam oleh-oleh murah, Petaling Street juga memiliki banyak kedai dengan aneka masakan. Hanya saja, bagi yang muslim dan pantang dengan makanan-makanan non halal, Petaling Street bukan tempat kuliner yang tepat. Sulit mencari makanan halal di sekitar sini, tapi masih ada. Kalau di Jalan Alor, tidak perlu bingung, rata-rata banyak masakan yang halal. Nah, siap wisata kuliner di Kuala Lumpur? Kalau mau dekat dengan Jalan ALor, bisa ambil penginapan di sekitar Bukit Bintang dan Jalan Changkat Bukit Bintang. |
Blog <b>Makanan di Kuala Lumpur</b>: Persia Restaurant Menghidangkan <b>...</b> Posted: 14 Apr 2014 11:46 PM PDT Sejak dua menjak ni, rezeki Kisah Tatie terhadap makanan semakin melimpah ruah. Setiap minggu, ada sahaja undangan untuk buat food review. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang jemput Kisah Tatie buat food review. Badan pun dah semakin berkembang. Tapi masih maintain dengan tagline, 'makan selagi ada gigi'. Jadi lupakan pasal diet dan enjoy your food. Haha. Tapi kalau setiap hari makan tanpa kawalan, lama kelamaan boleh memudaratkan kesihatan. Setuju? Sebab itulah kenapa kita kena makan makanan yang sihat dan seimbang. Oleh sebab itu, Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) memperkenalkan menu barunya 'Health Menu' bermula dari 1 April ini. Thank You KLGCC for having us Bila sebut je pasal 'Healthy Food' atau 'Makanan Sihat', dalam kepala dah set, mesti pasal sayur-sayuran, buah-buahan, atau segala yang kukus dan tanpa penggunaan minyak yang banyak. Dalam erti kata lain, "mesti tak sedap". Jujurnya, saya memang tak berapa suka diet sihat, sebab rasa seperti dikongkong sangat. Haha. Tetapi apabila dijemput oleh Kelab Golf Kuala Lumpur, saya jadi excited. Lebih-lebih lagi sesi bersama eksekutif chef KLGCC, Chef Arnold Kwok. Saya pasti mesti ada sesuatu yang best. PASTI!! Tekaan saya tepat, Chef Arnold Kwok telah berjaya membuktikan kepada kami semua, makanan sihat tidak semestinya berlandaskan sayur-sayuran atau buah-buahan semata-mata. Selain dari sayur-sayuran, kita juga boleh makan daging, seafood dan lain-lain dengan syarat kesemua makanan-makanan ini mestilah segar dan tiada unsur-unsur makanan segera atau makanan yang diproses. Dalam sesi food review ini juga dia menggalakkan semua untuk menggantikan tepung putih (white flour) dengan tepung kelapa. Dengar seperti sesuatu yang pelikkan? Tetapi sebenarnya tidak. Trylah! Sesi food review ini diadakan di Golfer's Terrace, Kuala Lumpur Golf and Country Club dan dihadiri beberapa orang blogger lain seperti Innanie Ariffin, Sabby Prue, Dilla Ariff, Jessica Yong, Laura G Ashley, Michelle Lim, Jingy Veronique dan lain-lain. Golfer's Terrace
Saya tahu, ada di antara anda pernah ke sini atau mungkin pernah dengar KLGCC. Artis tempatan seperti Umie Aida, Betty Rahmad, Erra Fazira dan lain-lain memang selalu ke sini. Selain dari aktiviti sukan seperti senam aerobik, badminton, tenis, tai chi, bowling, line dancing dan lain-lain, kat sini juga terkenal dengan Golfer's Terrace yang menyajikan makanan-makanan yang sedap. Maka, tak hairanlah kenapa kami amat berbesar hati apabila dijemput untuk menjadi orang terawal merasai menu-menu baru yang dihidangkan pada malam itu. Hehehe. Thank you Dilla Ariff and KLGCC. Healthy Juices Manggo Berries, Turmeric Veggie Blend, Citrus Kiwi and Apple Spinach Healthy Juices. Seperti menjadi 'trend', kebanyakan restoran kini menyajikan jus buah-buahan segar yang diblend. Tetapi sayangnya, tekak saya agak kurang menggemarinya. Untuk sesi food review ini, kami diberi empat jenis minuman berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti manggo berries, turmeric veggie blend, citrus kiwi dan apple spinach. Antara keempat-empat ini, yang paling saya boleh minum adalah manggo berries. Walaupun agak sedikit masam, tetapi rasanya tidaklah sepelik jus-jus lain. Haha. Tetapi sekali sekala why not anda cuba. Lain orang, lain tastenya. Lebih-lebih lagi jus-jus ini mempunyai pelbagai khasiat untuk badan dan kulit anda. Nak cantik dan sihat tak? Chicken Broccoli Fritatta Chicken Broccoli Fritatta. Kalau orang yang tak tahu namanya, mungkin menganggapnya sebagai telur dadar versi tebal. Sebab cara membuatnya pun lebih kurang sama. Cuma yang beza, ia dimasak dalam oven dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti ayam, keju tomato, bawang, Italian seasoning dan lain-lain lagi. Cara pembuatannya pun senang, cuma bahan-bahannya diolah terpulang mengikut citarasa masing-masing. Chicken Broccoli Fritatta di KLGCC ni boleh tahan juga rasanya. Tidak berminyak, rasanya pun sedap. Cuma, seperti ada yang kurang. Tapi nasib baik ada sos. Bila dimakan bersama, rasa yang kurang itu dapat digantikan balik. Almond Zucchini Muffin & Bread Almond Zucchini Muffin and Bread. Chef Arnold bagitahu kami, kedua-dua ini dibuat dengan menggunakan campuran badam dan tepung kelapa tanpa menggunakan tepung putih (white flour). Unik kan? Saya pun kalau baking sebelum ini, sering menggunakan tepung putih, tetapi kini saya dapat belajar sesuatu yang baru untuk kehidupan yang lebih sihat. (khususnya buat penggiat-penggiat diet atkins) Tuna Guacamole Salad Tuna Guacamole Salad. Saya bukanlah penggemar tuna. Mungkin suatu ketika dahulu semasa zaman belajar di universiti anda melihat saya makan tuna dan itulah yang terakhir. Selepas tu, secara rasmi, saya tak suka makan. WHY? Adalah beberapa insiden yang menyebabkan selera terhadap tuna terbantut, seperti hanyir dan memualkan. Tetapi di KLGCC, mereka membuat resepi Tuna Guacamole Salad, yang diolah dari sayur-sayuran, telur rebus, guacamole, bawang, minyak zaitun dan cuka. Tuna-tuna ini dibalut seperti sushi. Walau pada mulanya saya rasa ragu-ragu nak makan dek kerana insiden lepas, tetapi saya cuba juga. Hurm, not bad. Tekak masih boleh terima walaupun tak habis licin. T_T Salmon With Tomato Relish Salmon With Tomato Relish. Secara amnya, saya adalah antara manusia yang paling cerewet terhadap ikan salmon. Tak semua kedai saya boleh makan hidangan ikan salmon. Tetapi di sini, rasanya agak berbeza. Dihidangkan sekali dengan sos dicampurkan dengan cebisan kacang, bawang, buah zaiton dan bahan-bahan lain yang menjadikan hidangan ini sedap dan lazat. Seared Beef Strip Loin Seared Beef Strip Loin. Finally, inilah yang saya tunggu-tunggu sepanjang sesi food review ini. Bak kata Inannie, saya nampak ceria selepas makan daging ini. Muahahaha. Ya Allah, sedapnya sampai ke tekak. Daging lembu yang lembut, diletakkan sekali dengan kentang putar yang sedap dan sayur-sayuran seperti brokoli dan cauliflower. Oh, mai.. you should try this. Lovely and perfecto! Thai Green Curry Chicken and Rice Thai Green Curry and Rice. At first saya ingatkan masak lemak ayam. Muahaha, tapi ternyata saya silap. Ini adalah Thai Green Curry. Kombinasi hidangan sekali dengan brown rice dan cauliflower puree ternyata satu kombinasi menarik. Thai Green Curry ni rasanya sedikit pedas berbanding hidangan lain. Tetapi bagi mereka yang suka pedas, anda wajib try Thai Green Curry ini. Mungkin kena pada selera anda. Nasi, Kentang Putar dan Cauliflower Puree Sliced Seasonal Fruit and Coconut Ice Cream Sliced Seasonal Fruit and Coconut Ice Cream. Selepas makan, kami dijamu dengan hidangan pencuci mulut 'dessert'. Gabungan hebat sos beri, ais krim kelapa, buah-buahan dan sweet potato pie dalam sebuah pinggan memang mantap. Hidangan sebenar adalah berlainan, tetapi untuk food tasting ini, ia dihidangkan sekali. Sos beri ini tidaklah terlalu masam kerana ia dicampur dengan sirap maple atau madu sebagai bahan gantian untuk gula. Saya sangat menggemarinya. Masam-masam tapi enak. Haha. Manakala, ais krim kelapa pula memang terbaik. WAJIB dan WAJIB TRY. Kalau tak sedap, masakan kami boleh tambah berkali-kali semasa sesi food review ini. Hahaha. OPS! Meja Kami With fellow bloggers Executive Chef, Arnold Kwok Terima kasih sekali lagi buat KLGCC dan semua. Kebanyakan blogger-blogger ini baru pertama kali saya jumpa. Kalau ada kesempatan, kita jumpa di lain event. Bagi anda kat luar sana, moh ler kita terjah KLGCC bermula 1 April ini. Tak payah nak April Fool sangatlah. Baik belanja orang tersayang makan makanan sihat dan berkhasiat lagi best! =) Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) No 10, Jalan 1/70D, Off Jalan Bukit Kiara Kuala Lumpur Website Facebook Psssttt, thank you KLGCC for the digital photo frame. Suka sangat! |
You are subscribed to email updates from Makanan di Kuala Lumpur - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment