6c) <b>Makanan tradisional di</b> Kelantan - Blog Makanan <b>di Kuala Lumpur</b> - Blog Makanan di Kuala Lumpur |
- 6c) <b>Makanan tradisional di</b> Kelantan - Blog Makanan <b>di Kuala Lumpur</b>
- Persia Restaurant Menghidangkan - Blog <b>Makanan di Kuala Lumpur</b>
- Rasa Malaysia - Blog <b>Makanan di Kuala Lumpur</b> - Blogger
- 12b) <b>Makanan</b> pelik <b>di</b> Putrajaya - Blog <b>Makanan di</b> Malaysia - Blogger
6c) <b>Makanan tradisional di</b> Kelantan - Blog Makanan <b>di Kuala Lumpur</b> Posted: 05 Apr 2014 11:41 PM PDT MAKANAN DAN KESENIAN TRADISIONAL ORANG-ORANG RAO DI RAUB, PAHANG Oleh: Subari Ahmad Jaafar ar-Rawi, BCOMM (UPM), ABSTRAK Makalah ini bertajuk "MAKANAN DAN KESENIAN TRADISIONAL ORANG-ORANG RAO DI RAUB, PAHANG". Tulisan secara semi akademik ini cuba menggunakan metode Perbandingan antara jenis-jenis makanan tradisional Rao dan jenis-jenis kesenian Rao yang masih wujud di Rao, Sumatera Barat dan di daerah Raub, Pahang. Diharapkan supaya tulisan ini sebagai pembuka jalan ke arah pihak-pihak yang berminat terutama anak-anak Raub berketurunan Rao Persemendaan dapat meneruskan usaha kaji selidik perihal makanan dan kesenian orang-orang Rao. Misalnya dari segi makanan membabitkan Baulu Cermai, Kelamai, Dodoi Kukus, Gulai Rebus, Gulai Darat, Gulai Keladi Kemahang, Gulai Nangka, Gulai Pisang Muda, Gulai Umbut Kabung dan lain-lain, manakala kesenian pula ialah Tari Piring, Tari Lukah, Tari Pedang, Tari Tandak, Silat Pulut, Ratib Tegak dan lain-lain yang hanya menggunakan peralatan bunyi-bunyian seperti tetawak, gendang ibu, gendang anak, rebana, seruling, akordion dan biola. ( Dibentangkan di Seminar Tokoh-Tokoh Rao Raub, Pahang pada 25 November 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Gali, Raub Pahang ) PENDAHULUAN Memerihalkan mengenai Raub, Masyarakat Rao yang mendominasinya dan menampilkan pelbagai jenis Makanan Tradisional Rao dan Kesenian Tradisional Rao yang telah di bawa oleh nenek moyang mereka sejak abad ke 15 lagi ( merujuk kepada Institusi Seri Maharaja Perba Jelai yang memerintah Hulu Pahang pada awalnya berpusat di Budu, Penjom dan kemudian berpindah ke Bukit Kota, Bukit Betong, Kuala Lipis yang asal keturunan dari Pagarruyung. Mereka telah datang ke Hulu Pahang sekitar tahun 1591 Masihi. Nama kampung asal Seri Maharaja Perba Jelai di Pagarruyung ialah Titi Kabung Pagar Teras )iaitu dari Ranah Minangkabau, Sumatera bukan satu kerja penulisan yang mudah kerana ia memerlukan kaji selidik di lapangan di samping merakam temu bual pelbagai sikap kedudukan setiap orang yang perlu ditemui. Oleh itu bagi kegunaan Seminar ini saya mengambil jalan tengah iaitu dengan membuat perbandingan setiap jenis makanan tradisional dan kesenian tradisional Rao itu yang telah diamalkan sejak abad ke-2 lagi hingga ke masa ini di Rao, Sumatera Barat ( kini dikenali sebagai Kabupaten Pasaman yang menjadikan Lubuk Sikaping sebagai Pusat Pentadbirannya).. Perlu disebutkan di sini bahawa ada petunjuk yang jelas bahawa orang-orang Rao dari Bukit Barisan, Sumatera itu telah pun diriwayatkan berkelana ke Semenanjung Emas ini sejak abad ke-5 lagi. ASAL USUL NAMA RAUB Terdapat beberapa versi mengenai asal usul nama Raub. Perkataan Raub dalam Bahasa Melayu bermaksud 'genggam'. Mengikut sejarah, pusat perlombongan ini dinamakan Raub selepas pelombong-pelombong menjumpai seraup emas pada setiap dulang pasir. Hal ini dinyatakan dengan menarik oleh J.A. Richardson dalam bukunya, The Geology and Mineral Resources of the Neighbourhood of Raub Pahang. Menurutnya; "People found that for every "dulang" of sand there was a handful (raup) of gold". Raub menjadi terkenal pada awal abad ke-20 kerana hasil emasnya. Syarikat lombong emas yang mengusahakan perlombongan di daerah ini ialah Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang didaftarkan pada 1889 di Queensland, Australia. RAGM juga dikenali sebagai Raub Gold Mine. Pada awalnya syarikat lombong ini dikenali sebagai Australian Syndicate Ltd dan kemudian Australian Gold Mining Co. Ltd pada 1892. RAGM beroperasi sehingga 1961. Terdapat satu lagi versi cerita yang menjelaskan asal usul nama Raub ini. Menurut kepercayaan orang-orang tua daerah ini, Raub telah diteroka dan dibuka dalam kurun ke-18. Mengikut sumber-sumber yang diperoleh, dua orang pemuda bersama ayah mereka telah melalui hutan rimba serta menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian lama mengembara mereka sampai ke tebat atau tobek (satu kawasan di mana pengaliran air sungainya disekat atau digelar empang). Sebaik sampai di situ, si ayah mengatakan kepada anaknya di situlah tempat yang paling sesuai untuk berehat. Kelihatan pasir di kiri dan kanan tebat itu amat bersih. Kedua-dua pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Mereka pun mula membuka kawasan itu. Sekitarnya dibersihkan lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman mereka. Setiap hari ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan, damar, getah, jelutung dan sebagainya. Mereka juga memetik pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran tebat untuk dijadikan makanan. Segeralah ketiga beranak itu meraup pasir-pasir di tebing tebat itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali diraup, setiap kali emas diperoleh. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya; hanya menggunakan tangan untuk meraup, adalah dipercayai mereka menamakan tempat itu dengan gelaran "RAUB". Sejak itu setiap hari mereka terus meraup emas. Kawasan tebat yang pertama mengeluarkan emas tadi, sekarang ini ialah di Padang Besar Majlis Bandaran Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang tua di daerah ini. Bagaimanapun, jika gelaran nama Raub lahir daripada kerja meraup emas tadi, sedikit perbezaan timbul dari segi ejaan. Perkataan meraup emas lahir daripada kata dasar "Raup" sedangkan "RAUB". Namun begitu, kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai digunakan dengan ejaan RAUB dari 'Raup'. Terdapat juga pendapat yang terpencil yang menyatakan asal usul nama Raub adalah berasal daripada perkataan Rao kerana suku kaum Rao telah mendominasi jumlah penduduk di kawasan terbabit sehingga digelar sebagai 'lubuk orang Rao'. Oleh kerana peredaran masa, sebutan perkataan Rao itu telah bertukar menjadi Raub. Saya salah seorang yang berani menafikan bahawa nama panggilan asal Raub itu daripada 'Meraup' emas kerana walaupun banyak emas di kawasan berair dan berpasir di Raub tetapi tidak benar bila meraup pasir itu kelihatan banyak emas dari pasir kerana bijih emas ini perlu melalui proses tertentu untuk menjadikannya sebagai logam 'Emas'. Apa yang saya yakini bahawa diriwayatkan ada dua orang, seorang Pakar Geologi dari Jerman dan seorang lagi Pakar Mineral dan Logam dari Amerika Syarikat yang mula-mula tiba di sebuah kawasan yang diberi nama Rotan Tunggal. Kedua pakar ini seronok melihat ramai orang-orang yang sedang mendulang di sebuah kawasan berpaya ( kawasan padang bersetentang dengan Pejabat Majlis daerah Raub sekarang ). Lalu salah seorang daripadanya bertanya kepada yang menjadi Ketua kepada pendulang-pendulang itu, siapakah orang-orang yang sedang mendulang itu. Lalu diberitahu oleh Ketua pendulang itu bahawa orang-orang yang mendulang itu sebagai Orang-orang Rao ( sebutannya 'Raau' ). Maksudnya pendulang-pendulang emas itu adalah orang-orang yang datang dari Rao, Sumatera. Lalu pakar dari Amerika Syarikat itu menyampuk mengatakan bahawa di Indiana di tempatnya juga telah ada pekan dinamakan dengan Raub kerana ramai hamba yang dibawa daripada Sumatera iaitu orang-orang Rao. Sejak itulah panggilan Raub itu digunakan hingga menghilangkan nama asal tempat itu sebagai Rotan Tunggal. Oleh itu saya berkeyakinan bahawa nama Raub itu berpunca daripada orang-orang Rao yang mendulang emas di kawasan paya di samping telah membuka kampung seperti Rotan Tunggal, Taranum dan Kalang. Daerah Raub kini adalah salah sebuah dari 11 buah daerah yang terdapat di Pahang. Daerah Raub terdiri daripada tujuh buah mukim iaitu Batu Talam, Sega, Semantan Ulu, Dong, Ulu Dong, Gali dan Tras. Raub mempunyai 57 buah kampung tradisional dan 9 buah kampung baru Cina . Raub berlokasi di sebelah barat negeri Pahang dan keluasannya ialah 2,271 kilometer persegi, iaitu 6.34% daripada keluasan Pahang (35,823 kilometer persegi). Raub terletak antara dua buah banjaran, iaitu Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Gunung Benom. Ketinggian Raub adalah 160 meter dari atas paras laut dengan purata suhu tahunan 79.5ยบ dan hujan tahunan kira-kira 200 sentimeter. Jarak Raub dengan Kuala Lumpur hanya 130 kilometer dan hanya akan mengambil masa 1½ jam untuk sampai ke bandar Raub melalui Lebuh raya Kuala Lumpur Karak dan memasuki dan melalui Jalan Laluan Lapan.. MASYARAKAT RAO DI RAUB Penduduk di daerah Raub ketika ini sebagaimana angka banci 2010 terdiri daripada Melayu seramai 95,100 orang iaitu mendominasi 55 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk., Orang Cina pada kadar 33 peratus manakala orang India pada kadar 7 peratus. Bakinya terdiri dari lain-lain suku bangsa. Dari sebanyak 95,100 orang Melayu dalam daerah Raub, dianggarkan kira-kira 33,000 orang terdiri daripada suku Rao Sejati manakala 43,000 terdiri daripada Rao Persemendaan dengan Minang, Jawa, Kampar, Banjar, Kerinci dan Aceh menjadikan Raub sebagai Lubuk Orang-orang Rao ( Rawa ) selepas Gopeng di Perak. Oleh itu di kalangan Orang-orang Rao dan persemendaan ini bukan sahaja sebagai pengamal Agama Islam mazhab Sunnah Wal Jemaah, tetapi mereka memiliki jenis-jenis makanan yang khas ciri-ciri Rao di samping kesenian yang khas ciri-ciri Rao, walau bagaimanapun disebabkan landskap budaya yang pengaruh mempengaruhi, telah berlaku pengubahsuaian terhadap jenis-jenis makanan dan jenis-jenis kesenian Rao itu sendiri. MAKANAN TRADISIONAL RAO DI RAUB Dalam tulisan ini ingin saya senaraikan Makanan Tradisional Rao yang masih wujud di Ranah Rao, Pasaman, Sumatera dan dibandingkan dengan senarai Makanan Tradisional Rao yang masih menjadi menu makanan Orang-orang Rao Persemendaan di Raub, iaitu:
KESENIAN TRADISIONAL RAO DI RAUB Dalam tulisan ini ingin saya senaraikan Kesenian Tradisional Rao yang masih wujud di Ranah Rao, Pasaman, Sumatera dan dibandingkan dengan senarai Kesenian Tradisional Rao yang boleh ditampilkan untuk dipertunjukkan kepada orang ramai mengikut suasana budaya masyarakat setempat dalam acara-acara adat atau majlis-majlis rasmi baik di peringkat kampung, mukim atau daerah di Raub, Pahang sejak zaman dahulu hingga ke masa kini sebagai ciri khas kesenian tradisional Orang-orang Rao Persemendaan, iaitu:
KATA PENUTUP Kesimpulan yang dapat difikirkan bahawa jenis-jenis makanan tradisional dan kesenian tradisional yang asal dibawa oleh para perantau Rao baik dari Rao mahupun dari Pagarruyung telah melalui evolusi lalu berubah mengikut masa, cita rasa dan suasana budaya masyarakat Rao Persemendaan sejak dahulu hingga ke masa ini. Didapati pengaruhi mempengaruhi antara budaya kehidupan telah merealisasikan satu bentuk budaya Rao Persemendaan yang unik, menarik dan amat perlu dikekalkan dan diamalkan oleh generasi masa kini dan generasi masa depan. Akhir kata saya berharap dengan menulis perbandingan antara makanan dan kesenian Orang-orang Rao di Rao, Pasaman, Sumatera Barat dengan Orang-orang Rao Persemendaan di Raub, Pahang bukan sahaja dapat menambah khazanah ilmu pengetahuan mengenai mereka, malah dapat memberi satu pendekatan yang positif dalam Lanskap kehidupan budaya Orang-orang Rao Persemendaan di Raub ini. TAMAT DAFTAR PUSTAKA Datoek Toeah. 1976. Tambo Alam Minangkabau. Pustaka Indonesia. Bukit Tinggi. Graves, E. E. 2007. Asal-usul Elite Minangkabau Modern. Yayasan Obor Indonesia. Jakarta. Marsden, W. 2008. Sejarah Sumatra. Komunitas Bambu. Depok. Muhammad Bukhari Lubis, Mohd. Rosli Saludin, Talib Samat (2009), Rao Di Sana Sini, Jaro Malaysia. Muhammad Yusof Hashim, Aruna Gopinath ( 1992), Tradisi Persejarahan Pahang Darul Makmur 1800 – 1930, Tempo Publishing Buyung Adil (1972), Sejarah Pahang, DBP Hasyim Awang (1998) Rumpun Melayu Dispora dalam konteks hubungan Ras. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Khazin Mohd Tamrin dalam DInamika Adat dan Tradisi Merantau di Alam Melayu dalam adat Melayu serumpun. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Undri, (2008) Pusat Dokumentasi Informasi Sejarah-Budaya BPSNT Padang. Padang Ekspres Zaffuan Haji Manaf (2007) Bingkisan Sejarah Raub: Rao Dan Pagaruyung Dengan Raub dan Pahang. Kuala Lumpur: Anjung Media Resources Zabidin Haji Ismail (2012), Biografi Tokoh Rao, Persatuan Karyawan Perak Wikipedia. Ensiklopedi Bebas. http://wikipedia.org. Blog Teromba Rawa: http://terombarawa.blogspot.com Blog Urang Rao Raub: http://orangrawa.blogspot.com BIODATA SUBARI AHMAD JAAFAR AR-RAWI Subari bin Ahmad bin Jaafar Ar-Rawi atau lebih dikenali dengan nama penanya Arisel BA dilahirkan pada 11 Ogos 1953 di Ladang Selborne, Kuala Lipis, Pahang. Ayahnya Ahmad ( keturunan Rawa/Banjar) berasal dari Kg Sungai Ruyung, Gali, Raub Pahang, manakala ibunya Kamsah ( berketurunan Rao/Jawa ) berasal dari Kg Temau, Raub, Pahang. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah dari Sekolah Clifford, Kuala Lipis, Pahang. Beliau antara Graduan Siri Pertama Pembelajaran Dalam Talian (Internet) Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM) bermula tahun 1999 dan dianugerahkan dengan Bacelor Komunikasi. Beliau kini telah bersara dari Perkhidmatan Kerajaan dan menumpu sepenuh masa membuat kaji selidik dan menulis perihal asal usul dan budaya masyarakat Rao di Raub. Di samping itu beliau menulis sajak, cerpen, rencana dan novel. Menjadi ahli Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Pahang, ahli JARO Malaysia, Subari juga pernah menjadi Setiausaha Agung Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) selama 10 tahun (1983-1993) dan Setiausaha Hari Sastera 1987. Kini beliau sebagai Pegawai Seranta DPMP di samping menganggotai PENA sejak 1972 sebagai ahli biasa. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Persia Restaurant Menghidangkan - Blog <b>Makanan di Kuala Lumpur</b> Posted: 13 Apr 2014 11:47 PM PDT 10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala LumpurBandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Kelang pastinya bukan asing kepada kita semua. Ia sememangnya merupakan kawasan tumpuan masyarakat dari seluruh negara malah luar negara. Kebanyakannya bekerja di sini, ada juga yang belajar, berniaga dan tidak kurang juga yang melancong dan bersiar-siar. Dunia telah memperakukan bahawa Kuala Lumpur adalah salah satu pusat membeli-belah terkenal di dunia yang menawarkan pelbagai barangan pada harga yang berpatutan. Selain itu, Kuala Lumpur dan Lembah Kelang turut menawarkan pelbagai makanan yang diilhamkan daripada resipi seluruh negara malah dari beberapa pelusuk dunia. Tidak boleh dinafikan bahawa makanan merupakan antara industri berskala besar di Kuala Lumpur yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi. Oleh itu, di sini disenaraikan 10 tempat makan meliputi pelbagai genre makanan yang dirasakan antara yang terbaik. Namun ia tidak berdasarkan "ranking".
Restoran Murni Bukit Jalil 41, Jalan 16/155C, 57000 Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Sekiranya anda berjalan-jalan di sekitar Bukit Jalil dan tiba-tiba terasa lapar, kini terdapat satu lagi pilihan tempat makan yang amat menyelerakan iaitu Restoran Murni. Sebenarnya Restoran Murni ini adalah salah satu cawangan daripada Restoran Murni yang terletak di SS2 Petaling Jaya. Menu yang ditawarkan juga hampir sama. Restoran Murni ini menawarkan makanan barat (western food), makanan ala thai dan pelbagai lagi menu yang sesuai untuk disajikan kepada seisi keluarga. Antara menu yang disarankan oleh pengunjung-pengunjung tetap restoran ini adalah Mee Raja dan juga Spagheti Seafood Carbonara yang dianggap antara menu tersohor di sini. Selain itu, makanan barat seperti Chicken Grill juga boleh didapati pada harga yang berpatutan dan cara hidangannya amat impresif dan membuka selera. Makanan barat lain turut memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Roti Hawaii yang berkonsepkan roti canai / murtabak dan pizza ini pula merupakan menu yang sungguh jarang didapati di tempat lain. Makanan Melayu seperti nasi lemak juga dihidangkan dengan cara yang tersendiri. Biasanya ia disertakan dengan pilihan rendang daging dan ayam. Bagi yang menggemari nasi lemak, nasi lemak di sini tidak mungkin mengecewakan. Satu perkara yang menjadi buah mulut dikalangan pengunjung adalah perkhidmatannya yang boleh dianggap berkualiti kerana makanan disediakan dalam masa yang pantas. Layanan juga dikatakan kelas pertama. Bagi mereka yang benar-benar kelaparan, anda tidak perlu memesan makanan lebih kerana restoran ini menghidangkan dalam kuantiti yang banyak untuk setiap hidangan. Sekiranya anda tersesat atau sememangnya berada di kawasan Bukit Jalil, restoran ini boleh menjadi salah satu destinasi anda.
Restoran Alissara (Thai Cuisine) Cs23 Jalan Indah 3/2, Taman Puchong Indah, Puchong
Masakan Thai merupakan salah satu menu kegemaran rakyat Malaysia di mana-mana saja. Restoran masakan Thai pula tumbuh bagai cendawan tidak kira di kota mahupun di desa. Ada yang berjaya menawan selera pelanggan malah ada juga yang suam-suam kuku. Di Puchong, Restoran Alissara Thai Cuisine boleh dianggap berada dalam kelasnya yang tersendiri. Bermula lebih 6 tahun dulu di Puchong Perdana, ia berkembang menjadi sebuah restoran yang setanding dengan restoran Thai yang lain seperti Sabye Sabye Thai atau Seri Thai. Restoran ini adalah eksklusif untuk makanan Thai. Menunya meliputi hidangan ala carte berbentuk nasi, bihun, mee dan sebagainya. Tidak kurang juga menu lauk pauk seperti ikan kerapu masam manis, ikan siakap tiga rasa, pilihan aneka tomyam dan menu masakan seafood seperti kerang-kerangan, siput, lalah, udang serta sotong. Terdapat juga menu sayuran seperti kailan dan kangkung. Menurut pelanggan-pelaggan tetap restoran ini, makanan di sini mempunyai rasa Thai sebenar walaupun sedikit pedas. Cuma ada yang memilih sup perahu pecah dan kari hijau berbanding tomyam. Salah satu kelebihan yang sering disebut berkenaan restoran ini adalah kesegaran makanan lautnya samada ikan, udang, sotong, ketam mahupun apa saja. Tahap perkhidmatannya juga agak baik dan harganya walaupun tidak semurah warung tetapi masih menjimatkan berbanding restoran makanan Thai yang termasyhur. Tidak hairanlah jika restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan dan menjadi pilihan utama. Ada yang menganggap Restoran Alissara ini adalah restoran makanan Thai terbaik di Puchong. Satay Willy Sungai Ramal Food Junction, Kajang
Sate Kajang pastinya bukanlah nama yang asing dikalangan rakyat Malaysia. Daripada kanak-kanak sehinggalah yang tua pasti tahu dan pernah merasakan keenakan sate Kajang. Apabila berbicara tentang sate Kajang, tidak dapat tidak nama Haji Samuri akan menjadi bualan. Namun di Sungai Ramal Food Junction, terdapat Satay Willy yang semakin mencipta nama. Beroperasi bermula sebelah petang, barisan beratur akan mula panjang selepas jam 6 petang dan mencapai kemuncak pada jam 8 malam. Sate yang dihidangkan di sini sangat 'juicy' dan lembut dan begitu mudah memikat selera siapa saja yang merasainya. Dengan harga yang amat berpatutan iaitu bermula daripada 70 sen, ia pastinya berbaloi untuk dicuba. Gerai Satay Willy ini menawarkan aneka pilihan sate berserta set lengkapnya seperti timun dan bawang serta kuah yang pekat dan sedap. Juga terdapat lontong iaitu nasi impit berbalut daun pisang berbentuk lemang yang amat mengenyangkan. Keenakan Satay Willy ini dikatakan setaraf dengan satay Haji Samuri malah ada pelanggan yang tidak ragu-ragu mengatakan Satay Willy lebih sedap dan berbaloi. Oleh kerana kedudukannya di 'food junction' maka makanan lain turut terdapat daripada gerai yang lain untuk variasi. Minuman juga boleh dipesan dari mana-mana gerai minuman yang ada di situ. Mali's Corner Taman Bunga Raya, Jalan Malinja 2, Taman Bunga Raya, Setapak Kuala Lumpur
Kuala Lumpur menjanjikan makanan yang terbaik walaupun berasal daripada tempat lain. Char kuey teow yang berasal daripada Pulau Pinang masih boleh dinikmati ketulenannya di Mali's Corner, Setapak. Melihat barisan yang panjang untuk memesan sudah cukup menggambarkan keenakan makanan tersebut. Tidak mungkin pelanggan sanggup beratur begitu panjang jika hidangannya tidak berbaloi. Mali's Corner Taman Bunga Raya ini selain menawarkan char kuey teow turut juga memiliki menu nasi lemak ayam goreng yang tidak kurang hebatnya. Rasa char kuey teow di sini amat sedap dan menyelerakan dengan kuah yang berperisa dan juga udang yang segar. Sambal nasi lemaknya sedikit manis tetapi masih lagi mampu mengecurkan liur dengan ayam berempah yang berperisa. Walaupun barisan menunggunya agak panjang, namun servis gerai ini amat baik kerana mereka memiliki pekerja yang ramai. Mali's Corner kini memiliki beberapa lagi cawangannya ditempat-tempat yang lain untuk memberikan rasa char kuey teow Pulau Pinang sebenar kepada penduduk Kuala Lumpur. Salah satu kelemahannya adalah pelanggan terpaksa beratur untuk char kuey teow, nasi lemak dan minuman. Ini bererti pelanggan yang keseorangan perlu beratur beberapa kali untuk mendapatkan sajian lengkap. Untuk lebih selesa mungkin anda boleh pergi ke cawangan di Petaling Jaya. Ianya di dalam kedai dan suasananya lebih menarik. Alamat cawangan di Petaling Jaya adalah di Jalan PJS 4/27a (Jalan PJS 2d/1), 46000 Petaling Jaya, Selangor.
Restaurant Rosdet Tomyam 160, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur, Kampung Baru, 50300, Kuala Lumpur
Tomyam Kampung Baru, satu istilah yang amat sebati di kalangan penggemar-penggemar tomyam sekitar Kuala Lumpur dan juga di kalangan pengunjung-pemgunjung dari luar. Maka tidak hairanlah sekiranya restoran tomyam sekitar Kampung Baru sering dipenuhi pelanggan terutamanya pada musim cuti. Antara restoran yang memikat selera adalah Restoran Rosdet Tomyam yang terletak bersebelahan KL International Hotel. Tarikan tomyam restoran ini amat kuat sehingga ada pengunjung dari luar yang sanggup "check-in" di hotel KLI semata-mata kerana tomyam tersebut. Tomyam di sini boleh dipesan dalam pelbagai kombinasi samada tomyam ayam, daging, seafood, udang atau apa saja yang berkenan di hati. Kuahnya juga amat unik dan hanya boleh dirasai di restoran ini. Rasa tomyam yang pekat, pedas dan masam secukupnya membuatkan anda akan datang lagi tanpa berfikir panjang. Selain tomyam yang merupakan mercu tanda restoran ini, ia juga menghidangkan makanan laut yang enak serta juga masakan Thai yang boleh dikategorikan sebagai "excellent". Sup campur dan sup sayurnya juga berada dalam tahap memukau. Satu lagi menu yang kerapkali menambat selera pengunjung-pengunjung tetap adalah nasi bubur berlauk yang amat memuaskan. Jika anda memesan teh atau kopi halia di restoran ini, jangan terkejut sekiranya anda akan mendapat seketul halia segar di dalam minuman anda. Harga makanan di sini juga berpatutan kerana ia dihidangkan agak banyak. Oleh itu, ia adalah tempat makan keluarga yang paling sesuai. Persekitarannya juga amat bersih dan servisnya juga boleh dianggap baik jika dilihat kepada tahap kesibukan di restoran ini.
Warung Dusun Gearbox Persiaran Jaya (Seksyen 9), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Terdapat beberapa premis masakan sup di Lembah Kelang yang menawarkan sup daging, sup tulang dan sup ayam yang terbaik. Namun sup gearbox warung Dusun di Bangi ini tidak boleh ditandingi mana-mana sup yang lain. Sup tulang kaki atau gearbox di sini amat menyelerakan dan digemari penduduk tempatan mahupun pengunjung dari luar. Supnya yang berperisa, daging yang lembut membalut tulang serta sum-sum dalam tulang yang amat sedap. Di sini, anda boleh melihat setiap meja pasti ada semangkuk besar sup gearbox lengkap dengan penyedut minuman untuk menyedut kuah dan sum-sum. Ada pengunjung yang menyedut hingga pening lalat. Lupakan seketika masalah lain kerana sup di sini memang terbaik untuk dinikmati. Bagi pelanggan yang tidak gemarkan sup, di sini juga terdapat makanan lain seperti mee, kueyteow, bihun malah nasi serta lauk pauk yang juga membuka selera. Ikan bakarnya juga tidak menghampakan. Terdapat ikan siakap, kembung dan bermacam-macam lagi tetapi rata-rata pengunjung memilih ikan pari bakar yang dianggap "marvellous". Tomyam di sini juga boleh dilabelkan sebagai antara yang terbaik. Persekitaran warung ini amat menyegarkan dan menarik kerana ia di kelilingi oleh gerai-gerai otak-otak, tauhu bakar dan ikan bakar serta bermacam-macam lagi juadah untuk dinikmati secara santai. Otak-otak di sini boleh diangkat setaraf dengan otak-otak Gelang Patah yang popular dari Johor tersebut. Ini juga adalah salah satu menu istmewa yang mesti dicuba di warung dusun bangi ini. Harganya, pastinya lebih murah berbanding restoran tomyam yang lain di sekitar Bangi. jadi sekiranya anda di Bangi atau dalam perjalanan melalui Bangi, amat wajar untuk singgah dan menikmati sup gearbox dan otak-otak di Warung ini.
Burger Bakar Abang Burn Dagang Avenue (Jalan B/3A, Taman Dagang), 68000 Ampang, Selangor
Burger, burger, burger. Antara menu yang paling popular di dunia. Hampir setiap individu di dunia tahu apa itu burger. Burger adalah antara sajian lengkap yang mempunyai karbohidrat, protein dan sayuran dalam satu hidangan yang sama malah boleh dikatakan dalam setiap gigitan. Malah ia adalah sajian yang ringkas, cepat dan mobil. Kini burger diinovasikan dalam pelbagai cara dan perisa mengikut selera masyarakat setempat. Di Malaysia ketika ini, burger bakar mula menjadi bualan dan amat digemari dimana saja. Burger Bakar Abang Burn merupakan salah satu perintis kepada fenomena ini. Kedai mereka di Ampang boleh dianggap ibu pejabat kepada lebih 19 cawangan yang beroperasi kini kerana di sinilah sejarah kedai burger ini bermula. Menurut penggemar-penggemar burger bakar, Abang Burn adalah penyaji burger bakar terbaik dalam kelasnya. Burger yang disajikan mempunyai patti daging yang lembut dan berjus dengan roti juga lembut dan berperisa. Ayamnya juga garing dengan isi yang basah dan berempah. Sosnya juga tak terlalu meleleh dan memintas selera. Setiap gigitan membuatkan kita seolah-olah melantun ke udara. Ditambah dengan sayuran yang segar dan bersih. Saiznya juga seimbang dan tidak keterlaluan. Pendek kata burger bakar Abang Burn ini hampir sempurna. Selain burgernya yang enak, kedai ini turut menyajikan meatball ala IKEA yang "outstanding". Hidangan ini juga boleh dianggap 'killer' di sini. Dagingnya begitu baik diperisakan dengan rempah ratus yang rahsia. Jika dimakan dalam kuahnya yang unik, sememangnya satu kombinasi yang terbaik. Harganya pastilah amat berbaloi dan servis yang pantas menyumbang kepada permintaan yang amat tinggi. Jika anda lambat, pasti terperangkap dalam barisan yang panjang. Boleh juga baca artikel kami Burger Bakar Abang Burn di Ramal Junction di sini.
IKEA Food Court@Mutiara Damansara No.2 Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
IKEA merupakan sebuah pasaraya perabot dari Sweden yang tidak asing dikalangan warga negara ini. Perabotnya yang moden dan ringkas menarik perhatian masyarakat Malaysia. Namun IKEA bukan saja pengeluar perabot yang baik tetapi juga menyajikan makanan yang baik. Di tingkat bawahnya, terdapat "food court" yang menghidangkan makanan ala Eropah yang popular. Menu di sini terdiri daripada savouri dan pencuci mulut yang amat enak. Ia juga dihidangkan dengan amat kreatif dan menarik. Terdapat kek ala Eropah (terutamanya Sweden), masakan salmon dan beberapa lagi menu Scandinavian yang enak-enak belaka. Daripada kebanyakan menu yang ditawarkan, paling popular semestinya "meatball" yang dihidangkan dalam sos yang tersendiri. Dikenali sebagai Swedish Meatball, ia merupakan "signature dish" di sini. Malah dianggap antara "meatball" terbaik di Lembah Kelang. Di mana-mana sahaja, pasti Swedish Meatball ini akan menjadi bandingan sekiranya membabitkan hidangan "meatball". Boleh dikatakan majority pelanggan ke "food court" ini malah pengunjung IKEA tidak akan melepaskan peluang menikmati hidangan ini. Ada juga kalangan yang sengaja datang semata-mata untuk makan di "food court" ini. Untuk berlaku adil, makanan lain di sini juga tidak mengecewakan.
Restoran Nelayan Titiwangsa Taman Tasik Titiwangsa, Jalan Temerloh, 53200 Kuala Lumpur
Taman Tasik Titiwangsa amat dikenali sejak dulu sebagai salah satu tempat pelancongan menarik untuk dilawati. Berhampiran taman ini juga terdapat beberapa tempat tarikan pelancong seperti Istana Budaya dan juga Galeri Seni Kebangsaan. Jika anda mahukan pemandangan indah berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas, pastinya di sinilah tempat terbaik.
Satu tarikan utama sejak dulu di sini adalah Restoran Nelayan yang menghidangkan makanan laut serta masakan Melayu sejati dalam persekitaran yang nyaman seolah-olah terapung di atas tasik. Pada waktu tengahari, hidangan makanan laut ala melayunya amat memikat dihidangkan secara ala carte dan juga lunch buffet. Pada malamnya pula, restoran ini menghidangkan steamboat pada harga yang amat berpatutan. Walaupun ada yang berpandangan sup steamboat di sini sedikit pedas, namun masih antara yang terbaik di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur. Pilihan komponen steamboatnya tidaklah terlalu banyak dan bervariasi tetapi masih berbaloi dengan harganya yang murah. Selain steamboat, terdapat juga menu ala carte dan pencuci mulut tradisional yang menyelerakan. Restoran ini amat sesuai untuk perhimpunan keluarga atau pertemuan semula sesama sahabat kerana persekitarannya yang santai. Malah terdapat juga dewan yang besar untuk majlis-majlis keramaian ataupun makan malam syarikat. Kemudahan bersolat juga terdapat di sini bagi memastikan pelanggan tidak perlu risau dengan ketibaan waktu solat. Melihat persekitaran dan suasana di sini pada waktu malam, sangat terasa keharmonian dan menampakkan betapa gembira dan bahagianya pelanggan-pelanggan di sini. Jadi, bersiar-siar di Tasik Titiwangsa boleh dilengkapkan lagi dengan steamboat Restoran Nelayan ini. SABA Restaurant (Cyberjaya) 4800 Suite 0-2, G-Floor, Block A1 (Jalan Perdana), 63000 Cyberjaya, Selangor
Daripada sepuluh penggemar nasi Arab, lapan orang memilih nasi Arab Restoran Saba' Cyberjaya yang dianggap sebagai nasi Arab terbaik di Lembah Kelang. Makan di sini seolah-olah anda berada di Timur Tengah dengan menunya yang melambangkan keenakan makanan Arab. Terdapat pelbagai menu yang boleh dicuba bermula daripada Thanoush, Kebab, Khabshah, Mandy sehinggalah kepada Hanith yang boleh dipilih samada ayam atau kambing, semuanya menyelerakan. Pengunjung di sini tidak dapat bersatu memberikan saranan menu terbaik kerana semuanya boleh dianggap terbaik tetapi mereka bersatu menyatakan bahawa makanan di sini amat enak dan sangat terasa "arab"nya. Sungguhpun begitu, hidangan pencuci mulut seperti baklava dianggap biasa dan tidak setanding hidangan yang lain. Hidangannya pula adalah di dalam "portion" yang besar sehingga ada yang mencadangkan anda berkongsi pinggan. Ada sesetengah pelanggan menganggap kadar harganya agak tinggi terutamanya bagi menu kambing. Manakala daripada segi perkhidmatannya, menu panggang dikatakan mengambil masa yang agak lama iaitu sekitar 30 ke 40 minit untuk disiapkan. Walau apapun, kualiti masakan Arab di sini masih berbaloi untuk dicuba. Tempat-tempat makan yang disenaraikan di atas bukanlah muktamad dan kemungkinan masih banyak tempat yang lebih baik. Namun sedikit sebanyak ia boleh memberi gambaran kepada penduduk mahupun pengunjung dari luar untuk mendapatkan makanan terbaik di Kuala Lumpur mengikut selera dan lokasi masing-masing. Anda tidak perlu bimbang kerana Kuala Lumpur tidak pernah menghampakan untuk mendapatkan makanan terbaik yang berasal dari seluruh pelusuk Negara. Pendek kata, dari mana anda datang, apa saja yang anda idamkan, hanya perlukan sedikit kesungguhan mencarinya. Sumber : Saji | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rasa Malaysia - Blog <b>Makanan di Kuala Lumpur</b> - Blogger Posted: 08 Apr 2014 02:50 PM PDT 10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala LumpurBandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Kelang pastinya bukan asing kepada kita semua. Ia sememangnya merupakan kawasan tumpuan masyarakat dari seluruh negara malah luar negara. Kebanyakannya bekerja di sini, ada juga yang belajar, berniaga dan tidak kurang juga yang melancong dan bersiar-siar. Dunia telah memperakukan bahawa Kuala Lumpur adalah salah satu pusat membeli-belah terkenal di dunia yang menawarkan pelbagai barangan pada harga yang berpatutan. Selain itu, Kuala Lumpur dan Lembah Kelang turut menawarkan pelbagai makanan yang diilhamkan daripada resipi seluruh negara malah dari beberapa pelusuk dunia. Tidak boleh dinafikan bahawa makanan merupakan antara industri berskala besar di Kuala Lumpur yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi. Oleh itu, di sini disenaraikan 10 tempat makan meliputi pelbagai genre makanan yang dirasakan antara yang terbaik. Namun ia tidak berdasarkan "ranking".

12b) <b>Makanan</b> pelik <b>di</b> Putrajaya - Blog <b>Makanan di</b> Malaysia - Blogger Posted: 13 Apr 2014 01:18 AM PDT I am going to take you to a country which is full of islands. Any guess? Yes, you are right. It's Malaysia. There are878 islands in Malaysia. This country is known for its stunning sights and attractions. We are going to explore its astounding natural beauty that magnetizes vacationers/ tourists or visitors attraction. It's a country of exclusive culture and tradition. It's one of the best places on the globe with delicious cuisine and hospitable people. Kuala Lumpur is its capital with charming iconic Petronas Twin Towers. Malaysia has many offshore geographical places. There would be around 510 which include ridges, sandbank and rocks. It's a multicultural state with many festivals and celebrations. Tour to Malaysia, is really a unique and pleasant experience. There're lots of choices to stay in Malaysia, so it's tough to decide where to stay? Mid-range hotels and 5 stars hotels with Chinese, Indian or Malaysian traditional cuisine and cozy rooms are easily available for vacationers/visitors anywhere in cities. You can enjoy luxury hotels or resorts located on islands. Accommodation is so cheap in Malaysia, you can easily get a room for $ 3 to $ 9 USD/night. Private rooms are available for $ 11 to $ 20 USD/night. You can camp in Taman Negara and can save lodgings cost. Anyways, here're some suggestions. Lone Pine Hotel, located Batu Ferringhi, Penang Island, posses welcoming staff, stunning swimming pool, lip-smacking food, and calm atmosphere with beautiful sea views. You can get a huge variety of cocktails in bar corner. Golden Sands Resort by Shangri-La, located on Batu Ferringhi beach, Penang Island, is a fantastic family resort, offers services such as water sports, tennis court, delicious food, pools, cozy rooms, hospitable staff and family entertainment center. Its cuisine includes Bar & Grill pizzas and seafood, tea/coffee, snacks, pastries. Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, in Kuala Lumpur City Centre, is a fantastic hotel with superb services. Welcoming staff, comfortable rooms, suspended pool and delicious Malaysian food make it more worthy staying. Tanjong Jara Resort, located on Batu, Dungun, is one of the top 25 hotels in Malaysia, offers services such as Spa village, Pools, tennis court, delicious dining out, air-conditioned rooms, seafood and bar. You can spend a relaxing morning with coffee and newspaper on the beach. Berjaya Tioman Resort, located in Pulau Tioman, is a traditional Malay style resort, offers services like pools, golf, tennis court, spa, coffee, snacks, global drinks, tasty food, air-conditioning cozy rooms and water sports including diving, fishing, snorkelling etc. The Majestic Hotel, Majestic Malacca, Cameron Highlands Resort and Sama-Sama Hotel, in Kuala Lumpur, Holiday Villa Beach Resort & Spa and Four Seasons Resort in Langkawi, Miri Marriot Resort & Spa, Mega Hotel, Grand Palace Hotel and Imperial Palace Hotel in Miri, Seven Terraces, Yeng Keng Hotel, Museum Hotel and Hotel Panega are also wonderful places to stay in Malaysia. As far as meal is concerned, you can have it in restaurants, western hotels , cooking own when living in camping or as a street meal and just have to pay $1 to $3 USD /head for street meal, $4 to $6 USD/head in restaurants while western food is a bit expensive. Malaysia is a Muslim country that's why drinks are expensive here. Anyways, here are some suggestions of restaurants for you. Dining in the Dark, located on Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur, is an amazing restaurant deeply into darkness and offers delicious food including soups, desserts etc. Black Forest, located on Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur, offers German cuisine. Kebaya, located on Stewart Lane, Georgetown, Penang Island, offers good services and food. Living Room Cafe Bar & Gallery, located on Batu Ferringhi, Penang Island, is a good place for families, lovebirds, special occasion or groups. You can enjoy Bar, Asian and Eclectic cuisine here until late night. Top Spot Food Court, located Bukit Mata Kuching, Kuching is a family restaurant, offers best seafood and opens until late night. Jambu Restaurant and Lounge, located on Crookshank Road, Kuching is a restaurant offers best pasta in town. It also deals with Bistro, Bar for cocktails and Tapas etc. Black bean, The Heritage, Tribal Stove and Bella Italia are also superb restaurants in Kuching with the fantastic setting near river. La Casa Kuantan, Crocodile Rock Pizza & Grill Restaurant, Satay Zul, and Dallah Restaurant in Kuantan offer great services with superb cuisine. Malaysia is a country with many attractions or points of interests and more exciting thing is those are quite cheap. Here're some suggestions, and you must visit those places once you are in Malaysia. Birch Memorial Clock Tower, located in one of the biggest cities of Malaysia named "Ipoh". Here're plenty of attention-grabbing sights such as museums, temples and historical buildings. Galeria Perdana, Rice Museum, and Padi Langkawi, in Langkawi, are amazing places with precious stuff and collection, to visit. Langkawi is a beautiful island with lovely beaches and plenty of interesting sights. Ave Stella Maris Catholic Chapel is a beautiful church. Langkawi Wildlife Park and Underwater World are educational and exciting places with lots of fun. The Islamic city "Kota Bharu" is a great city with royal places, museums, and plenty of other eye-catching sights. Taman Negara National Park is a beautiful park in oldest rainforest Taman Negara. It's a place with lots of activities like trekking, safaris, and canopy walks. Islamic Art Museum, Petronas Twin Towers, Putrajaya Bridge, Petrosains Science Discovery Centre, Kuala Lumpur Bird Park, Thean Hou Temple, and Lake Garden Parks are some suggested amazing places to visit in Kuala Lumpur. Mount Kinabalu National Park, is the best choice for hiking, this Park is full of fun and will never disappoint you on your visit. Malaysia is a land of festivals and celebrations as multicultural people exist here. Tourists or vacationers can enjoy these festivals almost every month of the year. Here are some suggestions for our visitors. Tamil Community celebrates festival named "Thaipusam". It's a unique festival that is worth seeing. It can be best observed at Batu Caves in Selangor or Penang, in Januanry. Chinese New Year is celebrated in February and last for 15 days. You can enjoy lion dances, fireworks, and delicious Chinese meal. In April, Good Friday and Malaysia Water Festival are celebrated. Wesak Day, and Harvest Festival are celebrated in May. June is a month with amazing festivals like Hari Gawai and Dragon Boat Festivals. July and August are the months with festivals such as the Rainforest World Music Festival, Independence day, Hari Raya Aidilfitri, Hungry Ghost Festival. September becomes more colorful with Malaysia Day and Mid-Autumn Festival. Hari Raya Haji, Deepavali Festivals of Lights, and Christmas are celebrated in October, November and December. Malaysia is not less than a heaven for shopaholics. Super international brands have covered Malaysian market and have luxury stores here. Sales at shopping mall attract many tourists every year. Mega Sales held on Christmas and Independence Day and last up to two months. Utama, BB Plaza, Fahrenheit88, Lot10, Plaza Low Yat, Suria KLCC and Sogo are some remarkable shopping malls in Kuala Lumpur. ICT@Komtar, Island Plaza, Midlands One Stop, Plaza Gurney, Prangin Mall, Queensbay Mall and Straits Quay are some suggested shopping centers in Penang. Langkawi Fair is a beautiful place for a shop in Langkawi. Malaysia is a country with beaches. Therefore, beach holidays can be enjoyed all around the year. Summer season is mild, and usually climate is pleasant in Malaysia so you can visit it in all seasons. Anyhow, December and January are two peak tourists' seasons. From June until August is also a good time to enjoy beaches activities. I assure you, your vacations to this country holding natural beauty, would be a treasured and unforgettable experience. |
You are subscribed to email updates from Makanan tradisional di Kuala Lumpur - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment