Saturday, 22 March 2014

SAM'S DELI BY MYDIN .. VARIASI MAKANAN YANG ... - kisah tatie - Blog Makanan di Kuala Lumpur

SAM&#39;S DELI BY MYDIN .. VARIASI <b>MAKANAN</b> YANG <b>...</b> - kisah tatie - Blog Makanan di Kuala Lumpur


SAM&#39;S DELI BY MYDIN .. VARIASI <b>MAKANAN</b> YANG <b>...</b> - kisah tatie

Posted: 20 Mar 2014 07:50 PM PDT

Restoran Sam's Deli, Mydin Seremban 2 | Restoran Mydin

Siapa suka makan angkat tangan !!! Western? Jepun? Melayu? Semuanyaaaa ADA kat sini. Ya, tak tipu. Kini anda boleh pakat ramai-ramai ke Sam's Deli yang terletak di Mydin terbesar di Malaysia. Kat mana lagi kalau bukan di Seremban 2, Negeri Sembilan. 

Sam's Deli ini adalah anak syarikat di bawah Mydin Mohamed Holdings Berhad dan lagi istimewa, sharepartner Sam's Deli adalah chef terkenal di Malaysia, Chef Zam. Mungkin ada di antara anda pernah makan kat Sam's Groceria di Gurney Paragon, Pulau Pinang. Tetapi, itu hanyalah sebuah gerai yang berkonsepkan kaunter semata-mata.

Berbeza dengan Sam's Deli di Seremban 2 ini, ia adalah sebuah restoran di mana anda boleh lepak santai, buat assignment (sebab dia ada plug) dan banyak lagi. Semestinya menjadi tumpuan penggemar-penggemar makanan di sekitar Seremban, Melaka dan Kuala Lumpur.

Sam's Deli di Mydin Mall Seremban 2

Sam's Deli di Seremban 2 ni mula dibuka pada 28 Februari lalu dan kini semakin mengorak langkah ke hadapan. Jauh?? Tak mengapa. Nanti ia bakal di buka di Nu Sentral @ bangunan bersebelahan dengan KL Sentral. So, stay tune!

kaunter bayaran

sambil makan sambil belajar

Apa yang menarik perhatian adalah hidangan kat sini. Tidak terhad kat satu jenis sahaja, anda boleh memilih nak makan makanan Western ke, Jepun ke atau Melayu. Kalau tak nak makan berat, makan ringan seperti kek, samosa dan lain-lain lagi pun boleh. Unikkan? Tak perlu gaduh-gaduh nak pergi makan. Pergi sini, settle masalah. Semua ada.

selain di dalam, korang juga boleh duduk di luar


masa pelancaran baru-baru ini, Datuk Ameer sempat berpesan, try kopi di sini

Kuih-Muih & Kek

Kat sini terdapat kuih muih seperti samosa, karipap giant, blue velvet, brownies, pelbagai jenis kek dan macam-macam lagi. Semestinya enak jika diminum dengan minuman panas seperti kopi dan lain-lain lagi.


Minuman 

Dari segi minuman pula, kat sini terdapat pelbagai jenis minuman. Dari yang panas, sejuk dan fruit cocktails. Bermula dari harga RM2.80 sampailah RM9.90, jom pakat ramai-ramai try minuman di sini. Antara yang best adalah Purple Grape Cocktail, Chocolate Frappe, Lemon Tea With Honey, Sam's Deli Ice Blended, Coffee Latte Single Shot Flat White dan banyak lagi. 



Makanan Western

Menarik tumpuan adalah soupnya. Sedapnyaaa.. tak terkata. Ada dua jenis soup, mushroom and veggies. Manakala hidangan lain seperti lasagna (vegatrian & lamb), carbonara chicken, spaghetti chicken/meat bolognese, homemade meatball, pizza, fried chicken dan banyak lagi. Harga memang berpatutan sangat-sangat!



Makanan Jepun

Kat Sam's Deli ni kaya dengan pelbagai jenis makanan Jepun yang pasti bakal membuatkan para penggemar sushi dan lain-lain ini serbu ke sini. Haha. Untuk kategori makanan Jepun ni, antara yang wajib korang try adalah Ikageso Karaage Squid,Chawanmushi Egg Custard, Ikamaru Yakid Squid, Unagi Don, Spider Roll, Edamame, Baby Octopus Salad dan banyak lagi. 



Opsss makanan Melayu seperti nasi lemak, nasi ayam dan lain-lain, terlupa nak ambil gambar. Walau bagaimana pun seperti aku cakap, anda wajib try kesemua makanan yang ada di sini. Rasanya dah tentu berbeza dan harganya pun berpatutan. Best sangat uolssss!! Eh? Hahaha.



nyum..nyum..

Dinner dengan Nazlan, Nannie & Khai

Sam's Deli
 Ground Floor, Mydin Mall ,
70300 Seremban 2,
Negeri Sembilan

Waktu Operasi Sam's Deli :
10 pagi - 10 malam

No comments:

Post a Comment

Post Popular