Wednesday, 4 June 2014

Iftar Indulgence Restoran TEMPTationS, Hotel Renaissance Kuala ... - Blog Makanan di Kuala Lumpur

Iftar Indulgence Restoran TEMPTationS, Hotel Renaissance <b>Kuala</b> <b>...</b> - Blog Makanan di Kuala Lumpur


Iftar Indulgence Restoran TEMPTationS, Hotel Renaissance <b>Kuala</b> <b>...</b>

Posted: 04 Jun 2014 09:06 AM PDT

Assalamualaikum dan selamat malam semua,

malam tadi berkesempatan untuk memenuhi jemputan ke majlis previu bufet ramadhan di Restoran TEMPTationS, Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Ramai rakan-rakan blogger yang hadir seperti Food Blogger Malaysia, bro Shakiddo, Ciklilyputih dan ramai lagi kalau nak disenaraikan di sini.

Aku tiba agak lewat disebabkan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di jalan Pahang. Walaupun sepatutnya jarak hanya tinggal kira-kira 2km, tapi kesesakan melampau menyebabkan aku sangkut hampir setengah jam di situ. Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Sebelum ni hanya pernah pergi ke Hotel Renaissance Kota Bharu.

Sekali pandang, memang besar hotel ni, aku melilau mencari restoran selepas selesai meletakkan kereta di kawasan parkir milik hotel.

Setibanya di Restoran TEMPTationS ini, terdapat gerai yang diletakkan diluar restoran. Gerai rojak buah, apam balik, dan kaunter kambing golek.

Gerai rojak buah restoran temptations

Gerai rojak buah

Aku seperti biasa, akan membuat pusingan melihat semua makanan terlebih dahulu sebelum mencuba makanan yang menarik perhatian aku. Terdapat banyak sudut hidangan yang disediakan di restoran ini, setiap sudut mempunyai jenis hidangan yang berbeza. Terus terang, agak mustahil untuk mencuba semua makanan di sini sekiranya anda bukan jenis yang kuat makan.

Hidangan pertama aku mencuba nasi tomato, daging palembang, kambing masak ketumbar, sotong mask cili kering kicap manis, pucuk paku sambal belacan, khema biryani dan ayam malai tikka. Semua yang aku cuba ini memang kena dengan selera aku, so semua habis licin aku nikmati.

Gabungan hidangan pertama di Restoran Temptations

Gabungan hidangan pertama di Restoran TEMPTationS

Hidangan seterusnya yang menarik perhatian aku, adalah lemang, serunding, kuah kacang, sate dan cucur udang. Semua aku gabungkan dalam satu pinggan, dan hasilnya memang tidak mengecewakan. Memang cukup untuk mengenyangkan perut aku yang memang lapar sewaktu tiba di sini.

Sate ayam, sate daging, lemang dan cucur udang

Sate ayam, sate daging, lemang dan cucur udang

Selesai pusingan kedua, aku hanya ingin mencuba satu lagi hidangan, iaitu bubur lambok. Tempoh hari semasa di Tropicana Gold & Country Resort, aku tidak berkesempatan untuk mencuba bubur lambok mereka.

Hidangan bubur lambok di Hotel Renaissance Kuala Lumpur

Hidangan bubur lambok di Hotel Renaissance Kuala Lumpur

Selesai menikmati bubur lambok, aku sudah tidak mampu untuk mencuba makanan berat, walaupun semua yang dicuba aku hanya mengambil dalam kuantiti yang sedikit, tetapi ianya cukup mengenyangkan. Sebagai penutup, aku mencuba kek coklat, tiramisu, walnut tart dan aiskrim.

aiskrim perasa vanilla dan strawberi

aiskrim perasa vanilla dan strawberi

chocolate cake, tiramisu dan walnut tart

kek coklat, tiramisu dan walnut tart

Selesai pinggan terakhir, aku sudah tidak mampu untuk meneruskan aktiviti merasa semua hidangan di sini. Secara keseluruhan, makanan yang dihidangkan memuaskan hati kecuali tiramisu yang aku ambil dalam hidangan terakhir. Masih boleh dibaiki.

Hidangan lain yang aku cuba, semuanya memang memuaskan hati, sekiranya anda mencari suasana ruang makan yang selesa dan luas, restoran TEMPTationS di Hotel Renaissance Kuala Lumpur boleh anda masukkan dalam senarai untuk dipertimbangkan.

Sekiranya anda ingin membuat tempahan, boleh pergi terus ke Hotel Renaissance Kuala Lumpur atau hubungi mereka di alamat di bawah:

Renaissance Kuala Lumpur Hotel
Corner of Jalan Sultan Ismail and Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +6 03 2162 2233
Web : renaissancehotels.com

Harga untuk Buffet Ramadhan di sini adalah RM108++ seorang atau separuh harga untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun. Sekiranya anda membuat tempahan awal, harga diskaun diberikan iaitu hanya RM88.16nett seorang dari 29 Jun hingga 4 julai dan dari 24 Julai hingga 27 Julai.

Jom kita tengok hidangan lain yang disediakan di Restoran ini.

TEMPTationS, Renaissance Hotel Kuala Lumpur
Review oleh Eizil pada 5 Jun.
Rating: 4.0

Mohd Hadihaizil atau dikenali sebagai Eizil merupakan seorang pengaturcara laman web, beliau mula berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 2004, gemar dalam perkara berkaitan isu keselamatan dan pembangunan WordPress selain menulis di blog ini. Baca butiran lanjut di ruangan Kenali Eizil

No comments:

Post a Comment

Post Popular