Thursday, 3 April 2014

Persia Restaurant Menghidangkan Makanan Terbaik Di Kuala Lumpur - Blog Makanan di Kuala Lumpur

Persia Restaurant Menghidangkan <b>Makanan</b> Terbaik <b>Di Kuala Lumpur</b> - Blog Makanan di Kuala Lumpur


Persia Restaurant Menghidangkan <b>Makanan</b> Terbaik <b>Di Kuala Lumpur</b>

Posted: 31 Mar 2014 05:30 PM PDT

Persia Restaurant Menghidangkan Makanan Terbaik Di Kuala Lumpur | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan disayangi sekalian. Mungkin tak ramai yang tahu tentang kewujudan sebuah restoran Parsi yang terdapat di The AmpWalk, Kuala Lumpur. Persia Restaurant merupakan restoran timur tengah yang telah ditubuhkan sejak tahun 2002 lagi dan merupakan Restoran Parsi pertama wujud di Kuala Lumpur.

persia restaurant 8 Persia Restaurant Menghidangkan Makanan Terbaik Di Kuala Lumpur

Dengan rekaan dalaman yang sangat menarik, pastinya memberikan ketenangan dan juga menambahkan lagi selera pengunjung yang hadir untuk menikmati hidangan enak di restoran ini.

persia restaurant 2 Persia Restaurant Menghidangkan Makanan Terbaik Di Kuala Lumpur

Dengan mengutamakan kebersihan restoran, pastinya menambahkan keyakinan dan menghilangkan keraguan kepada pengunjung untuk menjamah setiap hidangan yang disediakan. Susun atur dalaman yang sangat kemas menjadikan ruang restoran yang agak kecil kelihatan lebih besar dan juga selesa.

Apa yang ingin Dr Fuh tekankan adalah setiap masakan yang dihidangkan pastinya mengiurkan pengunjung yang hadir ke Persia Restaurant ini. Dr Fuh sendiri sempat cuba beberapa jenis masakan yang sungguh enak. Diantara menu yang menjadi kegemaran Dr Fuh adalah Special Kebab dan Chicken With Extra Lamb dimakan dengan Safron Rice beserta Lamb Stew memang mengancam. Texture kambing Lamb Stew sangat lembut dan mudah dimakan.

persia restaurant 5 e1396286987287 Persia Restaurant Menghidangkan Makanan Terbaik Di Kuala Lumpur

Safron Rice

persia restaurant 4 e1396286991676 Persia Restaurant Menghidangkan Makanan Terbaik Di Kuala Lumpur

Special Kebab

Selain makanan-makanan berat seperti yang disenaraikan, di Persia Restaurant juga turut terdapat makanan pembuka selera yang dihidangkan sebelum menu utama sampai. Diantaranya adalah seperti Homus, Shirazi Salad dan Green Salad, Kashke Badinjan Dan Bread.

Air special disini pula adalah Mint Lemonade yang sangat segar selain air buah-buahan yang lain seperti Milk Carrot Juice, Watermalon Juice dan Manggo Juice. Memang terbaik!

persia restaurant 3 e1396286993243 Persia Restaurant Menghidangkan Makanan Terbaik Di Kuala Lumpur

Untuk makluman, Persia Restaurant ini pernah mendapat anugerah Best Middle Eastern Restaurant dalam TimeOut Kuala Lumpur Food Award 2013 selain pernah mendapat kunjungan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad. Memang tidak perlu diragui lagi kehebatan Persia Restaurant ini.

Jadi, untuk maklumat lanjut tentang restaurant ini, para pembaca boleh layari terus ke laman rasmi mereka di wwww.persiarestaurant.com atau lawati laman Facebook Persia Restaurant. Atau boleh hubungi terus ke talian 03-2164 4454 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

Dr Fuh – Kalau korang nak cari makanan ala Timur Tengah, Dr Fuh memang sangat mengesyorkan untuk korang cuba masakan yang disediakan di Persia Restaurant, The AmpWalk ni! Lupa nak bagitahu, Persia Restaurant ni dibuka setiap hari dari jam 11.00 Pagi hingga jam 11.00 Malam!

persia restaurant 7 Persia Restaurant Menghidangkan Makanan Terbaik Di Kuala Lumpur

The following two tabs change content below.
 Persia Restaurant Menghidangkan Makanan Terbaik Di Kuala Lumpur

Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

 Persia Restaurant Menghidangkan Makanan Terbaik Di Kuala Lumpur

Comments

comments

Blog <b>Makanan di Kuala Lumpur</b>: 10 Tempat Makan Best Dan <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2014 11:44 PM PDT

Share Button

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

Bandaraya Kuala Lumpur  dan Lembah Kelang pastinya bukan asing kepada kita semua. Ia sememangnya merupakan kawasan tumpuan masyarakat dari seluruh negara malah luar negara. Kebanyakannya bekerja di sini, ada juga yang belajar, berniaga dan tidak kurang juga yang melancong dan bersiar-siar. Dunia telah memperakukan bahawa Kuala Lumpur adalah salah satu pusat membeli-belah terkenal di dunia yang menawarkan pelbagai barangan pada harga yang berpatutan.

Selain itu, Kuala Lumpur dan Lembah Kelang turut menawarkan pelbagai makanan yang diilhamkan daripada resipi seluruh negara malah dari beberapa pelusuk dunia. Tidak boleh dinafikan bahawa makanan merupakan antara industri berskala besar di Kuala Lumpur yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi.

Oleh itu, di sini disenaraikan 10 tempat makan meliputi pelbagai genre makanan yang dirasakan antara yang terbaik. Namun ia tidak berdasarkan "ranking".

 

 

Restoran Murni Bukit Jalil

41, Jalan 16/155C, 57000 Bukit Jalil, Kuala Lumpur

 

Sekiranya anda berjalan-jalan di sekitar Bukit Jalil dan tiba-tiba terasa lapar, kini terdapat satu lagi pilihan tempat makan yang amat menyelerakan iaitu Restoran Murni. Sebenarnya Restoran Murni ini adalah salah satu cawangan daripada Restoran Murni yang terletak di SS2 Petaling Jaya. Menu yang ditawarkan juga hampir sama.

Restoran Murni ini menawarkan makanan barat (western food), makanan ala thai dan pelbagai lagi menu yang sesuai untuk disajikan kepada seisi keluarga. Antara menu yang disarankan oleh pengunjung-pengunjung tetap restoran ini adalah Mee Raja dan juga Spagheti Seafood Carbonara yang dianggap antara menu tersohor di sini.

Selain itu, makanan barat seperti Chicken Grill juga boleh didapati pada harga yang berpatutan dan cara hidangannya amat impresif dan membuka selera.  Makanan barat lain turut memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Roti Hawaii yang berkonsepkan roti canai / murtabak dan pizza ini pula merupakan menu yang sungguh jarang didapati di tempat lain.

Makanan Melayu seperti nasi lemak juga dihidangkan dengan cara yang tersendiri. Biasanya ia disertakan dengan pilihan rendang daging dan ayam. Bagi yang menggemari nasi lemak, nasi lemak di sini tidak mungkin mengecewakan.

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

Satu perkara yang menjadi buah mulut dikalangan pengunjung adalah perkhidmatannya yang boleh dianggap berkualiti kerana makanan disediakan dalam masa yang pantas. Layanan juga dikatakan kelas pertama. Bagi mereka yang benar-benar kelaparan, anda tidak perlu memesan makanan lebih kerana restoran ini menghidangkan dalam kuantiti yang banyak untuk setiap hidangan.

Sekiranya anda tersesat atau sememangnya berada di kawasan Bukit Jalil, restoran ini boleh menjadi salah satu destinasi anda.

 

 

 

  Restoran Alissara (Thai Cuisine)

Cs23 Jalan Indah 3/2, Taman Puchong Indah, Puchong

 

Masakan Thai merupakan salah satu menu kegemaran rakyat Malaysia di mana-mana saja. Restoran masakan Thai pula tumbuh bagai cendawan tidak kira di kota mahupun di desa. Ada yang berjaya menawan selera pelanggan malah ada juga yang suam-suam kuku.

Di Puchong, Restoran Alissara Thai Cuisine boleh dianggap berada dalam kelasnya yang tersendiri. Bermula lebih 6 tahun dulu di Puchong Perdana, ia berkembang menjadi sebuah restoran yang setanding dengan restoran Thai yang lain seperti Sabye Sabye Thai atau Seri Thai. Restoran ini adalah eksklusif untuk makanan Thai.

Menunya meliputi hidangan ala carte berbentuk nasi, bihun, mee dan sebagainya. Tidak kurang juga menu lauk pauk seperti ikan kerapu masam manis, ikan siakap tiga rasa, pilihan aneka tomyam dan menu masakan seafood seperti kerang-kerangan, siput, lalah, udang serta sotong. Terdapat juga menu sayuran seperti kailan dan kangkung. Menurut pelanggan-pelaggan tetap restoran ini, makanan di sini mempunyai rasa Thai sebenar walaupun sedikit pedas. Cuma ada yang memilih sup perahu pecah dan kari hijau berbanding tomyam.

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

Salah satu kelebihan yang sering disebut berkenaan restoran ini adalah kesegaran makanan lautnya samada ikan, udang, sotong, ketam mahupun apa saja.

Tahap perkhidmatannya juga agak baik dan harganya walaupun tidak semurah warung tetapi masih menjimatkan berbanding restoran makanan Thai yang termasyhur. Tidak hairanlah jika restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan dan menjadi pilihan utama. Ada yang menganggap Restoran Alissara ini adalah restoran makanan Thai terbaik di Puchong.

 
 

Satay Willy

Sungai Ramal Food Junction, Kajang

 

Sate Kajang pastinya bukanlah nama yang asing dikalangan rakyat Malaysia. Daripada kanak-kanak sehinggalah yang tua pasti tahu dan pernah merasakan keenakan sate Kajang. Apabila berbicara tentang sate Kajang, tidak dapat tidak nama Haji Samuri akan menjadi bualan. Namun di Sungai Ramal Food Junction, terdapat Satay Willy yang semakin mencipta nama.

Beroperasi bermula sebelah petang, barisan beratur akan mula panjang selepas jam 6 petang dan mencapai kemuncak pada jam 8 malam. Sate yang dihidangkan di sini sangat 'juicy' dan lembut dan begitu mudah memikat selera siapa saja yang merasainya.  Dengan harga yang amat berpatutan iaitu bermula daripada 70 sen, ia pastinya berbaloi untuk dicuba.

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

Gerai Satay Willy ini menawarkan aneka pilihan sate berserta set lengkapnya seperti timun dan bawang serta kuah yang pekat dan sedap. Juga terdapat lontong iaitu nasi impit berbalut daun pisang berbentuk lemang yang amat mengenyangkan. Keenakan Satay Willy ini dikatakan setaraf dengan satay Haji Samuri malah ada pelanggan yang tidak ragu-ragu mengatakan Satay Willy lebih sedap dan berbaloi.

Oleh kerana kedudukannya di 'food junction' maka makanan lain turut terdapat daripada gerai yang lain untuk variasi. Minuman juga boleh dipesan dari mana-mana gerai minuman yang ada di situ.

 
 

Mali's Corner

Taman Bunga Raya, Jalan Malinja 2,

Taman Bunga Raya, Setapak Kuala Lumpur

 

Kuala Lumpur menjanjikan makanan yang terbaik walaupun berasal daripada tempat lain. Char kuey teow yang berasal daripada Pulau Pinang masih boleh dinikmati ketulenannya di Mali's Corner, Setapak. Melihat barisan yang panjang untuk memesan sudah cukup menggambarkan keenakan makanan tersebut. Tidak mungkin pelanggan sanggup beratur begitu panjang jika hidangannya tidak berbaloi.

Mali's Corner Taman Bunga Raya ini selain menawarkan char kuey teow turut juga memiliki menu nasi lemak ayam goreng yang tidak kurang hebatnya. Rasa char kuey teow di sini amat sedap dan menyelerakan dengan kuah yang berperisa dan juga udang yang segar. Sambal nasi lemaknya sedikit manis tetapi masih lagi mampu mengecurkan liur dengan ayam berempah yang berperisa. Walaupun barisan menunggunya agak panjang, namun servis gerai ini amat baik kerana mereka memiliki pekerja yang ramai.

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

Mali's Corner kini memiliki beberapa lagi cawangannya ditempat-tempat yang lain untuk memberikan rasa char kuey teow Pulau Pinang sebenar kepada penduduk Kuala Lumpur.

Salah satu kelemahannya adalah pelanggan terpaksa beratur untuk char kuey teow,  nasi lemak dan minuman. Ini bererti pelanggan yang keseorangan perlu beratur beberapa kali untuk mendapatkan sajian lengkap.

Untuk lebih selesa mungkin anda boleh pergi ke cawangan di Petaling Jaya. Ianya di dalam kedai dan suasananya lebih menarik. Alamat cawangan di Petaling Jaya adalah di Jalan PJS 4/27a (Jalan PJS 2d/1), 46000 Petaling Jaya, Selangor.

 

 

Restaurant Rosdet Tomyam

160, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur, Kampung Baru, 50300, Kuala Lumpur

 

Tomyam Kampung Baru, satu istilah yang amat sebati di kalangan penggemar-penggemar tomyam sekitar Kuala Lumpur dan juga di kalangan pengunjung-pemgunjung dari luar. Maka tidak hairanlah sekiranya restoran tomyam sekitar Kampung Baru sering dipenuhi pelanggan terutamanya pada musim cuti. Antara restoran yang memikat selera adalah Restoran Rosdet Tomyam yang terletak bersebelahan KL International Hotel.

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

Tarikan tomyam restoran ini amat kuat sehingga ada pengunjung dari luar yang sanggup "check-in" di hotel KLI semata-mata kerana tomyam tersebut. Tomyam di sini boleh dipesan dalam pelbagai kombinasi samada tomyam ayam, daging, seafood, udang atau apa saja yang berkenan di hati. Kuahnya juga amat unik dan hanya boleh dirasai di restoran ini. Rasa tomyam yang pekat, pedas dan masam secukupnya membuatkan anda akan datang lagi tanpa berfikir panjang.

Selain tomyam yang merupakan mercu tanda restoran ini, ia juga menghidangkan makanan laut yang enak serta juga masakan Thai yang boleh dikategorikan sebagai "excellent". Sup campur dan sup sayurnya juga berada dalam tahap memukau.  Satu lagi menu yang kerapkali menambat selera pengunjung-pengunjung tetap adalah nasi bubur berlauk yang amat memuaskan. Jika anda memesan teh atau kopi halia di restoran ini, jangan terkejut sekiranya anda akan mendapat seketul halia segar di dalam minuman anda.

Harga makanan di sini juga berpatutan kerana ia dihidangkan agak banyak. Oleh itu, ia adalah tempat makan keluarga yang paling sesuai. Persekitarannya juga amat bersih dan servisnya juga boleh dianggap baik jika dilihat kepada tahap kesibukan di restoran ini.

 

 

 

Warung Dusun Gearbox

Persiaran Jaya (Seksyen 9), 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

 

Terdapat beberapa premis masakan sup di Lembah Kelang yang menawarkan sup daging, sup tulang dan sup ayam yang terbaik. Namun sup gearbox warung Dusun di Bangi ini tidak boleh ditandingi mana-mana sup yang lain. Sup tulang kaki atau gearbox di sini amat menyelerakan dan digemari penduduk tempatan mahupun pengunjung dari luar.

Supnya yang berperisa, daging yang lembut membalut tulang serta sum-sum dalam tulang yang amat sedap. Di sini, anda boleh melihat setiap meja pasti ada semangkuk besar sup gearbox lengkap dengan penyedut minuman untuk menyedut kuah dan sum-sum. Ada pengunjung yang menyedut hingga pening lalat. Lupakan seketika masalah lain kerana sup di sini memang terbaik untuk dinikmati.

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

Bagi pelanggan yang tidak gemarkan sup, di sini juga terdapat makanan lain seperti mee, kueyteow, bihun malah nasi serta lauk pauk yang juga membuka selera. Ikan bakarnya juga tidak menghampakan. Terdapat ikan siakap, kembung dan bermacam-macam lagi tetapi rata-rata pengunjung memilih ikan pari bakar yang dianggap "marvellous". Tomyam di sini juga boleh dilabelkan sebagai antara yang terbaik.

Persekitaran warung ini amat menyegarkan dan menarik kerana ia di kelilingi oleh gerai-gerai otak-otak, tauhu bakar dan ikan bakar serta bermacam-macam lagi juadah untuk dinikmati secara santai. Otak-otak di sini boleh diangkat setaraf dengan otak-otak Gelang Patah yang popular dari Johor tersebut. Ini juga adalah salah satu menu istmewa yang mesti dicuba di warung dusun bangi ini.

Harganya, pastinya lebih murah berbanding restoran tomyam yang lain di sekitar Bangi. jadi sekiranya anda di Bangi atau dalam perjalanan melalui Bangi, amat wajar untuk singgah dan menikmati sup gearbox dan otak-otak di Warung ini.

 

 

Burger Bakar Abang Burn

Dagang Avenue (Jalan B/3A, Taman Dagang), 68000 Ampang, Selangor

 

Burger, burger, burger. Antara menu yang paling popular di dunia. Hampir setiap individu di dunia tahu apa itu burger. Burger adalah antara sajian lengkap yang mempunyai karbohidrat, protein dan sayuran dalam satu hidangan yang sama malah boleh dikatakan dalam setiap gigitan. Malah ia adalah sajian yang ringkas, cepat dan mobil. Kini burger diinovasikan dalam pelbagai cara dan perisa mengikut selera masyarakat setempat.

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

Di Malaysia ketika ini, burger bakar mula menjadi bualan dan amat digemari dimana saja. Burger Bakar Abang Burn merupakan salah satu perintis kepada fenomena ini. Kedai mereka di Ampang boleh dianggap ibu pejabat kepada lebih 19 cawangan yang beroperasi kini kerana di sinilah sejarah kedai burger ini bermula. Menurut penggemar-penggemar burger bakar, Abang Burn adalah penyaji burger bakar terbaik dalam kelasnya.

Burger yang disajikan mempunyai patti daging yang lembut dan berjus dengan roti juga lembut dan berperisa. Ayamnya juga garing dengan isi yang basah dan berempah. Sosnya juga tak terlalu meleleh dan memintas selera. Setiap gigitan membuatkan kita seolah-olah melantun ke udara. Ditambah dengan sayuran yang segar dan bersih. Saiznya juga seimbang dan tidak keterlaluan. Pendek kata burger bakar Abang Burn ini hampir sempurna.

Selain burgernya yang enak, kedai ini turut menyajikan meatball ala IKEA yang "outstanding". Hidangan ini juga boleh dianggap 'killer' di sini. Dagingnya begitu baik diperisakan dengan rempah ratus yang rahsia. Jika dimakan dalam kuahnya yang unik, sememangnya satu kombinasi yang terbaik.

Harganya pastilah amat berbaloi dan servis yang pantas menyumbang kepada permintaan yang amat tinggi. Jika anda lambat, pasti terperangkap dalam barisan yang panjang. Boleh juga baca artikel kami Burger Bakar Abang Burn di Ramal Junction di sini.

 

 

 

IKEA Food Court@Mutiara Damansara

No.2 Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

 

IKEA merupakan sebuah pasaraya perabot dari Sweden yang tidak asing dikalangan warga negara ini. Perabotnya yang moden dan ringkas menarik perhatian masyarakat Malaysia. Namun IKEA bukan saja pengeluar perabot yang baik tetapi juga menyajikan makanan yang baik. Di tingkat bawahnya, terdapat "food court" yang menghidangkan makanan ala Eropah yang popular. Menu di sini terdiri daripada savouri dan pencuci mulut yang amat enak. Ia juga dihidangkan dengan amat kreatif dan menarik. Terdapat kek ala Eropah (terutamanya Sweden), masakan salmon dan beberapa lagi menu Scandinavian yang enak-enak belaka.

Daripada kebanyakan menu yang ditawarkan, paling popular semestinya "meatball" yang dihidangkan dalam sos yang tersendiri. Dikenali sebagai Swedish Meatball, ia merupakan "signature dish" di sini. Malah dianggap antara "meatball" terbaik di Lembah Kelang.

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

Di mana-mana sahaja, pasti Swedish Meatball ini akan menjadi bandingan sekiranya membabitkan hidangan "meatball". Boleh dikatakan majority pelanggan ke "food court" ini malah pengunjung IKEA tidak akan melepaskan peluang menikmati hidangan ini. Ada juga kalangan yang sengaja datang semata-mata untuk makan di "food court" ini.

Untuk berlaku adil, makanan lain di sini juga tidak mengecewakan.

 

 

 

 Restoran Nelayan Titiwangsa

Taman Tasik Titiwangsa, Jalan Temerloh, 53200 Kuala Lumpur

 

Taman Tasik Titiwangsa amat dikenali sejak dulu sebagai salah satu tempat pelancongan menarik untuk dilawati. Berhampiran taman ini juga terdapat beberapa tempat tarikan pelancong seperti Istana Budaya dan juga Galeri Seni Kebangsaan. Jika anda mahukan pemandangan indah berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas, pastinya di sinilah tempat terbaik.

 

Satu tarikan utama sejak dulu di sini adalah Restoran Nelayan yang menghidangkan makanan laut serta masakan Melayu sejati dalam persekitaran yang nyaman seolah-olah terapung di atas tasik. Pada waktu tengahari, hidangan makanan laut ala melayunya amat memikat dihidangkan secara ala carte dan juga lunch buffet. Pada malamnya pula, restoran ini menghidangkan steamboat pada harga yang amat berpatutan. Walaupun ada yang berpandangan sup steamboat di sini sedikit pedas, namun masih antara yang terbaik di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur. Pilihan komponen steamboatnya tidaklah terlalu banyak dan bervariasi tetapi masih berbaloi dengan harganya yang murah. Selain steamboat, terdapat juga menu ala carte dan pencuci mulut tradisional yang menyelerakan.

Restoran ini amat sesuai untuk perhimpunan keluarga atau pertemuan semula sesama sahabat kerana persekitarannya yang santai. Malah terdapat juga dewan yang besar untuk majlis-majlis keramaian ataupun makan malam syarikat. Kemudahan bersolat juga terdapat di sini bagi memastikan pelanggan tidak perlu risau dengan ketibaan waktu solat. Melihat persekitaran dan suasana di sini pada waktu malam, sangat terasa keharmonian dan menampakkan betapa gembira dan bahagianya pelanggan-pelanggan di sini.

Jadi, bersiar-siar di Tasik Titiwangsa boleh dilengkapkan lagi dengan steamboat Restoran Nelayan ini.

 
 

SABA Restaurant (Cyberjaya)

4800 Suite 0-2, G-Floor, Block A1 (Jalan Perdana), 63000 Cyberjaya, Selangor

 

 

Daripada sepuluh penggemar nasi Arab, lapan orang memilih nasi Arab Restoran Saba' Cyberjaya yang dianggap sebagai nasi Arab terbaik di Lembah Kelang. Makan di sini seolah-olah anda berada di Timur Tengah dengan menunya yang melambangkan keenakan makanan Arab.

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

10 Tempat Makan Best Dan Menarik Di Kuala Lumpur

Terdapat pelbagai menu yang boleh dicuba bermula daripada Thanoush, Kebab, Khabshah, Mandy sehinggalah kepada Hanith yang boleh dipilih samada ayam atau kambing, semuanya menyelerakan. Pengunjung di sini tidak dapat bersatu memberikan saranan menu terbaik kerana semuanya boleh dianggap terbaik tetapi mereka bersatu menyatakan bahawa makanan di sini amat enak dan sangat terasa "arab"nya. Sungguhpun begitu, hidangan pencuci mulut seperti baklava dianggap biasa dan tidak setanding hidangan yang lain.

Hidangannya pula adalah di dalam "portion" yang besar sehingga ada yang mencadangkan anda berkongsi pinggan. Ada sesetengah pelanggan menganggap kadar harganya agak tinggi terutamanya bagi menu kambing. Manakala daripada segi perkhidmatannya, menu panggang dikatakan mengambil masa yang agak lama iaitu sekitar 30 ke 40 minit untuk disiapkan.

Walau apapun, kualiti masakan Arab di sini masih berbaloi untuk dicuba.

Tempat-tempat makan yang disenaraikan di atas bukanlah muktamad dan kemungkinan masih banyak tempat yang lebih baik. Namun sedikit sebanyak ia boleh memberi gambaran kepada penduduk mahupun pengunjung dari luar untuk mendapatkan makanan terbaik di Kuala Lumpur mengikut selera dan lokasi masing-masing. Anda tidak perlu bimbang kerana Kuala Lumpur tidak pernah menghampakan untuk mendapatkan makanan terbaik yang berasal dari seluruh pelusuk Negara.

Pendek kata, dari mana anda datang, apa saja yang anda idamkan, hanya perlukan sedikit kesungguhan mencarinya.

Sumber : Saji

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Continue reading →

6 Tempat Wisata Populer Di Kuala Lumpur Malaysia | Tips Cara ... - Blog Makanan di Kuala Lumpur

6 Tempat Wisata Populer <b>Di Kuala Lumpur</b> Malaysia | Tips Cara <b>...</b> - Blog Makanan di Kuala Lumpur


6 Tempat Wisata Populer <b>Di Kuala Lumpur</b> Malaysia | Tips Cara <b>...</b>

Posted: 16 Mar 2014 08:26 AM PDT

Kuala Lumpur Malaysia memiliki segudang destinasi obyek wisata yang harus anda sambangi. Keindahan yang ditawarkan dapat anda nikmati dari yang bersifat tradisional hingga modern, dari yang sederhana hingga yang mewah, dari yang religius hingga tempat hiburan. Mengunjungi wisata di kuala lumpur malaysia ibarat sebuah pepatah sekali mendayung dua buah pulau terlampaui. Sekali berkunjung dua tiga tempat dapat didatangi karena lokasi wisata yang saling berdekatan. Wisata Melayu sangat berbeda dengan wisata di indonesia yang menawarkan petualangan alam yang eksotis. di Malaysia anda akan mendapatkan sesuatu yang tidak anda dapatkan di tempat lain. Ulasan tempat wisata berikut merupakan tempat yang paling terkenal dikunjungi oleh wisatawan lokal maupun mancanegara. 

6 Tempat Wisata Keren di Kuala Lumpur Malaysia

Wisata Gua Batu,- Gua batu ini terletak tidak jauh dari kuala lumpur sebuah kota yang wajib anda kunjungi. Anda hanya menenmpuh perjalanan kurang lebih 13 kilometer sebelah utara kuala lumpur. Gua ini merupakan bukit kapur yang memiliki 3 lubang utama dan terdapa gua kecil di sekelilingya. Bukit yang diyakini ada sejak 40 jt tahun lalu dijadikan sebagai tempat religius bagi umat hindu yang ada di malaysia sejak 1878. Yang menjadika tempat ini sebagai tempat yang wajib anda kunjungi adalah tempat ini memiliki gua galeri seni dan gua museum. Di dalam tempat ini anda akan mendapatkan lukisan dan patung hindu yang sarat dengan sejarah. Untuk menggapai tempat ini pengunjung harus melewati 272 anak tangga. Gua batu merupakan tempat wisata kuala lumpur malaysia yang paling banyak di kunjungi wisatawanyang beragama hindu.

Wisata Central Market,- merupakan pusat perbelanjaan yang ada di kuala lumpur malaysia namun kebanyak bahan yang dijual adalah kerajinan seni. Sebelum pasar ini dijadikan pasar seni tempat biasa digunakan untuk jual beli sayur atau pasar tradisional. Setelah pasar ini direnovasi sekitar tahun 1980, di tempat ini dijual karya seni berupa batik dan souvenir sarung, patung dan lukisan. Di tempat ini juga anda akan mendapati barang – barang antik yang dibuat oleh seniman lokal maupun seniman mancanegara. Tempat wisata ini terletak di jalan Hang Katsuri, berdekatan dengan jalan Petaling (chinatown)

Wisata Menara Kembar Petronas,- Tempat Wisata Ini merupakan salah satu menara tertinggi di dunia yang terletak di antara jalan Ampang dan jalan Raja Chulan Kuala Lumpur  Malaysia. Menara memiliki ketinggian sekitar 452 meter. Menara Ini memiliki 2 menara yang dihubungkan oleh jembatan di lantai 42 dan 41. Jika anda memperhatikan dengan seksama maka anda akan mendapati daftar tempat wisata di kuala lumpur yang dapat anda kunjungi di lantai dasar menara ini. Seperti; wisata Musem Petrosains, wisata  pusat perbelanjaan mewah Suria KLCC, wisata Petronas Philharmonic Hall, wisata  Aquaria dll.

Wisata Menara Kuala Lumpur dan Hutan Bukit Nanas,- Selain menara Kembar Petronas yang dijadikan tempat wisata terdapat juga menara kuala lumpur yang memiliki ketinggian mencapai 221 meter. Menara ini merupakan tempat untuk bertelekomunikasi dan penyiaran yang dibangun di atas bukit kecil. Jika anda berada di menara ini, anda akan melihat pemandangan kota kuala lumpur malaysia. Menara ini terletak di kawasan Bukit Nanasyang merupakan kawasan hijau di kuala lumpur yang menjadi tempat wisata yang menarik untuk di kunjungi.

Wisata Jalan Petaling dan chinatown,- Dikatakan Chinatown Karena mayoritas tempat di sini ditempati oleh toko-toko yang dikelolah oleh orang cina. Tempat ini menjadi tempat untuk menemukan barang dagangan yang dijual secara murah meriah. Tentunya kepandaian anda dibutuhkan dalam mencari barang bagus dengan harga yang sangat terjangkau. Yang tak kalah pentingya Chinatown ini  buka hingga larut malam sehingga anda dapat membrong barang murah. Didikat chinatown ini terdapat kuil Sri Maha Mariamman yang dibangun sejak 1873 dan kuil Chan See Shu Yen yang dibangun tahun 1906. Salah satu dari Kedua kuil ini merupakan kuil yang paling indah di Malaysia.

Wisata Dataran Merdeka,- Jika ada pecinta tempat sejarah maka anda wajib mengunjungi tempat wisata ini. Dataran merdeka terletak di depan geduung Sultan Abdul Samad. Wisata ini merupakan sejarah perjuangan kemerdekaan rakyat malaysia. Di lapangan inilah pertama kali bendera kebangsaan malaysia didirikan. Di lapangan ini terdapat tiang bendera setinggi 100 m yang disebut sebagai tiang bendera tertinggi di dunia. Selain dataran merdeka ini anda dapat mengunjungi Gedung sultan Abdul Samad yang sarat dengan sejarah.

Lokasi Wisata Kuliner Murah di Kuala Lumpur Malaysia

Bagi Anda Pecinta Wisata Kuliner maka Anda wajib mengunjungi Jalan Alor Kuala Lumpu Malaysia. Jalan Alor yag berada di kawasan elit bukit Bintang, Kuala Lumpu merupakan surga bagi anda. Semakin malam tempat ini semaki ramai. Jika ingin mengunjungi tempat wisata ini anda hanya menempuh perjalanan sekitar 5 menit dari kereta monorel Bukit Bintang.
wisata kuliner di malaysia kuala lumpur

Jalan Alor ini dipenuhi dengan penjual berbagai makanan murah dan kaki lima yang membedakan dengan pusat perbelanjaan lain. Ada makanan melayu, india bahkan kuliner china banyak dijual di sini. Selain makanan muarh di sini juga di jual berbagai minuman unik hingga buah-buahan segar.

Harga yang ditawarkan di tempat ini termasuk dari harga yang paling murah jika dibandingkan dengan kota besar lainya. Makanan dapat anda beli dari harga 5-5 ringgit malaysia jika dirupiahkan sebesar Rp 20.000 hingga Rp 60.000. minumanya pun sangat murah 2-3 ringgit setara dengan Rp 7.000 hingga Rp 10.000.


Di sekitar Bukit Bintang dan jalan Alor anda dapat mendapat pusat perbelanjaan, penginapan atau hotel. Dari hotel murah hingga hotel murah. Jadi jangan khawatir untuk berkunjung ke tempat wisata kuliner Kuala Kumpur Malaysia Ini. Walaupun tempat wisata di negeri melayu tidak semodern tempat wisata di singapore namun malaysia menawarkan banyak keindahan yang sulit dilupakan.

6 Tempat Wisata Populer Di Kuala Lumpur Malaysia 4.5 5 charles putudede 6 Tempat Wisata Populer Di Kuala Lumpur Malaysia - Kuala Lumpur Malaysia memiliki segudang destinasi obyek wisata yang harus anda sambangi Kuala Lumpur Malaysia memiliki segudang destinasi obyek wisata yang harus anda sambangi. Keindahan ...

6c) <b>Makanan tradisional di</b> Kelantan - Google Blog Search

Posted: 29 Mar 2014 11:35 PM PDT

Tempoyak diperbuat daripada isi durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat popular di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat popular.


Budu atau sos ikan bilis ialah sejenis pekasam yang dibuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Ia juga nama satu kawasan pentadbiran di Pahang, iaitu Mukim Budu. Budu diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ia biasanya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil dan dijual di kedai dalam pembungkusan botol.
Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis.


Belacan merupakan sejenis bahan masakan yang diperbuat daripada udang kara yang dimampatkan dan tahan lama. Belacan diproses daripada udang geragau atau isi udang laut yang bersaiz kecil dan setelah apabila siap diproses boleh disimpan lama untuk kegunaan masakan. Belacan mentah berbau agak busuk dan perlukan kaedah pembungkusan atau penyimpanan yang baik untuk mengurangkan bau belacan. Walau pun kaedah memproses belacan kebanyakannya masih ditahap asas atau tradisional di Malaysia tetapi beberapa orang usahawan telah berjaya untuk mengkomersilkan kaedah pembuatan belacan untuk dijual. Belacan telah dihasilkan sejak sebelum 1805 lagi. [1]William Marsden, turut memasukkan perkataan Belacan dalam bukunya "A Dictionary of the Malayan Language" terbitan tahun 1812.[2]
Ia mempunyai bau yang kuat tetapi sedap dan berkhasiat dimakan. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya. [3] Walau bagaimanapun, sekiranya dibakar, belacan mengeluarkan bau yang sungguh kuat.[4], [5]
Belacan juga merupakan salah satu bahan bagi menghasilkan sambal belacan, iaitu cili dan belacan yang ditumbuk lumat dengan menggunakan belacan dihasilkan daripada udang dan ada juga yang dihasilkan dari ikan.


Cencaluk ialah sejenis lauk dalam hidangan tradisional Melaka. Oleh sebab ia dibuat daripada udang halus yang lebih dikenali sebagai udang geragau, cencaluk mengandungi kandungan protein yang tinggi.
Kebiasaannya, udang geragau ini sukar didapati. Di negeri Melaka, udang ini boleh didapati pada musim tertentu di Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan beberapa kawasan pesisiran pantai yang lain.
Melaka bukan sahaja terkenal dengan kesan peninggalan sejarahnya yang menarik lagi unik, malah tidak ketinggalan juga dari segi makanannya yang amat lazat lagi menyelerakan. Apabila kita menyebut mengenai makanan yang terdapat di Melaka, pasti kita akan teringatkan cencaluk.
Mengikut kepercayaan lama yang telah menjadi kata-kata senda gurau pula, kononnya jika pada hari perkahwinan seseorang itu, hujan turun sepanjang hari, maka dikatakan bahawa mempelai suka makan cencaluk. Namun itu semua hanyalah cerita lama.
Makanan ini yang suatu ketika dulu dipelopori oleh masyarakat Melayu di Melaka kini lebih digemari oleh semua lapisan masyarakat, bukan sahaja di tempat asalnya, malahan sudah melangkaui sempadan Malaysia. Ia juga menjadi satu keperluan atau lauk semasa menikmati hidangan nasi dan ada juga yang menjadikan petai atau jering sebagai ulam semasa memakan cencaluk. Sir R. O. Winstedt telah menulis mengenai "Cencaluk" di Malaysia dalam bukunya "The Circumstances of Malay Life - 1909". [1]


Cuka adalah sejenis cecair yang sebahagian besarnya terdiri dari sebatian asid asetik dan air, asid asetik dihasilkan melalui pemeraman etanol oleh bakteria asid asetik.[1] Ia masa kini digunakan di dapur, tetapi dalam sejarah, ia merupakan asid sederhana yang paling biasa didapati, ia memiliki pelbagai kegunaan pengilangan, perubatan, dan domestik. Cuka pengilangan dihasilkan samaada melalui proses penapaian pantas atau perlahan. Secara umum, kaedah perlahan digunakan dengan cuka tradisi, dan proses penapaian berlaku perlahan-lahan dalam tempoh beberapa minggu atau bulan. Tempoh penapaian lebih lama membenarkan pengumpulan lendir bukan toksin oleh bakteria asid asetik. Kaedah lebih pantas menambah ibu cuka (contohnya kultur bakteria) pada sumber cecair sebelum menambah udara melalui sistem pam venturi atau turbin bagi menggalakkan proses pengudaraan untuk mendapatkan penapaian yang lebih pantas. Dalam proses penapaian pantas, cuka boleh dihasilkan dalam tempoh 20 jam hingga tiga hari.


Thousand Island adalah dressing salad yang dibuat dari mayonnaise, saus tomat, telur ayam, dan berbagai sayuran yang dicincang kecil-kecil, biasanya acar timun, bawang, paprika, dan zaitun. Dressing ini selain digunakan dalam salad juga dioleskan pada roti sandwich.
Resepi Thousand Island telah dicetak sejak 1912, namun asal usulnya tidak diketahui secara pasti.


Pekasam ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di Malaysia. Ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya ikan) dengan menggunakan garam (atau asam) yang banyak dan mampu untuk menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lebih lama (antara 6 bulan - 1 tahun).
Pekasam amat popular di negeri-negeri utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Negeri Perak terkenal dengan perusahaan pekasam ikan air tawar terutamanya selepas pembinaan Empangan Tasik Chenderoh, yang membekalkan ikan air tawar bagi penghasilan perkasam. Pekasam di Perak turut disebut oleh Sir Richard Olof Winstedt dalam buku The Circumstances of Malay Life. The kampong. The house. Furniture. Dress. Food, 1909, [1]
Garam yang digunakan bagi memerap ikan turut bertindak mengukuhkan struktur daging ikan agar lebih pejal dan ini membuatkan ikan pekasam tidak mudah hancur bila digoreng. Selain itu garam juga akan membuatkan ikan pekasam mereput dengan cepat sehinggakan tulang pun boleh dimakan. Ikan yang sedap untuk dibuat pekasam biasanya ikan sawah seperti ikan Sepat, haruan, keli dan puyu. Ikan air tawar lain seperti ikan Terubul, lampan jawa, merah mata, temperas, mengkawan, ketutu, kepar, kalui, loma, toman, tilapia dan belida juga boleh digunakan. Ikan sepat merupakan pilihan utama.
Proses penyediaan bermula dengan ikan yang disiang dan dibersihkan terlebih dahulu sebelum diperap bersama ketulan garam kasar selama sekurang-kurangnya tiga minggu atau sehungga tiga hingga lima bulan. Ini dilakukan dengan tujuan untuk memastikan ikan sebati dengan garam selain melembutkan dagingnya. Ikan yang telah diperap itu kemudiannya akan disalut dengan serbuk beras yang telah di goreng dan dikisar sebelum diteruskan diperap lagi selama lebih kurang dua minggu. Ikan-ikan yang telah siap menjalani kesemua proses tersebut sedia untuk dihidangkan.[2]
Pekasam disebut dalam peribahasa Melayu,
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.


Pekasam daging pula bukan mudah untuk dicari dan tidak ramai yang pandai memakannya. Namun setiap kali musim raya haji kebiasaan ibu saudaraku yang berada di bagan datoh, perak pastinya akan menghidangkan juadah ini. Yang pasti makan bersama nasi panas-panas sangat enak walau tiada lauk lain.


Di Melaka ada cincaluk, di Sarawak ada encaluk, di Kelantan ada budu, di Sarawak ada rusip, di Pahang ada pekasam, di Sarawak ada kasam, di Perak ada tempoyak, di Sarawak ada empuyak..
1st time aku kenal dan makan rusip semasa berada di Sarawak. Member ku yang mencadangkan makanan ni. So far, bagi aku rasanya seakan budu cuma ikannya nampak lebih besar


Kicap ialah penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam yang mempunyai rasa manis atau masin. Bahan asas pembuatan kicap sacara amnya adalah kacang soya atau kacang soya hitam. Namun ada juga kicap yang diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan air kelapa yang umumnya berasa masin. Selain itu, kicap juga dapat diperbuat daripada kek padat, hasil sampingan daripada penghasilan tauhu.
Kicap masin adalah lebih cair daripada kicap manis. Ikan laut kekadang juga dipergunakan sebagai salah satu bahannya.
Ada sesetengah orang aku lihat tidak boleh pisah pabila makan pasti ada kicap. Nmpak yummy x gambar tu. Buah jambu susu yang masam masam manis sangat sedap di cicah dengan sambal kicap serta belacan. Buah ni sudah jarang dijual. Namun pokoknya masih utuh dan sedia berbuah mengikut musim rambutan di kampungku. Sekarang la music mnya... nyum nyum


Oleh kerana demam korea aku masih belum kebah, aku juga terpengaruh untuk makan kimchi pula. Tekak ku ni alhamdulillah masih boleh menerima makanan sebegini. Yang ni halal oke. Kat korea pon ada orang islam.
Kimchi (Hangul: 김치, gimchi) adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur masin hasil pemerapan yang dibuat dengan mencuci sayuran yang sudah digaram dan memerap dengan bahan-bahan seperti udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah.
Sayuran yang biasa digunakan untuk dibuat kimchi adalah sawi putih dan lobak. Pada zaman dulu, kimchi dipanggil sebagai chim-chae (Hangul: 침채; Hanja: 沈菜) yang bermaksud "sayuran yang direndam."
Di Korea, kimchi selalu dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan. Kimchi juga digunakan sebagai ramuan sewaktu memasak sup kimchi kimchi jjigae, nasi goreng kimchi kimchi bokkeumbap dan pelbagai masakan lain.
Kimchi terdiri dari ratusan jenis dengan ciri khas aroma yang keras, tajam, dan menyengat.

Percaya tak ini semua ada didalam fridge rumah aku. Alhamdulillah tuhan masih memberiku nikmat dan pancaindera merasa masih ada. Side dish ni sangat sedap serta menambahkan selera makan. Cuma lebih berhati-hati. Jangan sehingga memudaratkan kerana kebanyakan tinggi dengan kandungan garam.

Sharing is caring
* footnote;
Bila kita berdepan dengan kemungkaran, biarlah kita menjadi ikan di laut. Walaupun airnya masin, tetapi tubuhnya tetap tawar.

posted from Bloggeroid

Continue reading →

Wednesday, 2 April 2014

menu baru 'healthy menu' di kuala lumpur golf & country ... - kisah tatie - Blog Makanan di Kuala Lumpur

menu baru &#39;healthy menu&#39; <b>di kuala lumpur</b> golf & country <b>...</b> - kisah tatie - Blog Makanan di Kuala Lumpur


menu baru &#39;healthy menu&#39; <b>di kuala lumpur</b> golf & country <b>...</b> - kisah tatie

Posted: 30 Mar 2014 10:50 AM PDT

Sejak dua menjak ni, rezeki Kisah Tatie terhadap makanan semakin melimpah ruah. Setiap minggu, ada sahaja undangan untuk buat food review. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang jemput Kisah Tatie buat food review. Badan pun dah semakin berkembang. Tapi masih maintain dengan tagline, 'makan selagi ada gigi'. Jadi lupakan pasal diet dan enjoy your food. Haha.

Tapi kalau setiap hari makan tanpa kawalan, lama kelamaan boleh memudaratkan kesihatan. Setuju? Sebab itulah kenapa kita kena makan makanan yang sihat dan seimbang. Oleh sebab itu, Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC) memperkenalkan menu barunya 'Health Menu' bermula dari 1 April ini.

Thank You KLGCC for having us

Bila sebut je pasal 'Healthy Food' atau 'Makanan Sihat', dalam kepala dah set, mesti pasal sayur-sayuran, buah-buahan, atau segala yang kukus dan tanpa penggunaan minyak yang banyak. Dalam erti kata lain, "mesti tak sedap". Jujurnya, saya memang tak berapa suka diet sihat, sebab rasa seperti dikongkong sangat. Haha.

Tetapi apabila dijemput oleh Kelab Golf Kuala Lumpur, saya jadi excited. Lebih-lebih lagi sesi bersama eksekutif chef KLGCC, Chef Arnold Kwok. Saya pasti mesti ada sesuatu yang best. PASTI!! Tekaan saya tepat, Chef Arnold Kwok telah berjaya membuktikan kepada kami semua, makanan sihat tidak semestinya berlandaskan sayur-sayuran atau buah-buahan semata-mata.

Selain dari sayur-sayuran, kita juga boleh makan daging, seafood dan lain-lain dengan syarat kesemua makanan-makanan ini mestilah segar dan tiada unsur-unsur makanan segera atau makanan yang diproses. Dalam sesi food review ini juga dia menggalakkan semua untuk menggantikan tepung putih (white flour) dengan tepung kelapa. Dengar seperti sesuatu yang pelikkan? Tetapi sebenarnya tidak. Trylah!

Sesi food review ini diadakan di Golfer's Terrace, Kuala Lumpur Golf and Country Club dan dihadiri beberapa orang blogger lain seperti Innanie Ariffin, Sabby Prue, Dilla Ariff, Jessica Yong, Laura G Ashley, Michelle Lim, Jingy Veronique dan lain-lain.

Golfer's Terrace


Special Preview and Sample For Bloggers


Healthy Food? Ahaa..


KLGCC


goody bag yang best

Saya tahu, ada di antara anda pernah ke sini atau mungkin pernah dengar KLGCC. Artis tempatan seperti Umie Aida, Betty Rahmad, Erra Fazira dan lain-lain memang selalu ke sini. Selain dari aktiviti sukan seperti senam aerobik, badminton, tenis, tai chi, bowling, line dancing dan lain-lain, kat sini juga terkenal dengan Golfer's Terrace yang menyajikan makanan-makanan yang sedap.

Maka, tak hairanlah kenapa kami amat berbesar hati apabila dijemput untuk menjadi orang terawal merasai menu-menu baru yang dihidangkan pada malam itu. Hehehe. Thank you Dilla Ariff and KLGCC.


Healthy Juices
Manggo Berries, Turmeric Veggie Blend, Citrus Kiwi and Apple Spinach

Healthy Juices. Seperti menjadi 'trend', kebanyakan restoran kini menyajikan jus buah-buahan segar yang diblend. Tetapi sayangnya, tekak saya agak kurang menggemarinya. Untuk sesi food review ini, kami diberi empat jenis minuman berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan seperti manggo berries, turmeric veggie blend, citrus kiwi dan apple spinach.

Antara keempat-empat ini, yang paling saya boleh minum adalah manggo berries. Walaupun agak sedikit masam, tetapi rasanya tidaklah sepelik jus-jus lain. Haha. Tetapi sekali sekala why not anda cuba. Lain orang, lain tastenya. Lebih-lebih lagi jus-jus ini mempunyai pelbagai khasiat untuk badan dan kulit anda. Nak cantik dan sihat tak? 


Chicken Broccoli Fritatta 

Chicken Broccoli Fritatta. Kalau orang yang tak tahu namanya, mungkin menganggapnya sebagai telur dadar versi tebal. Sebab cara membuatnya pun lebih kurang sama. Cuma yang beza, ia dimasak dalam oven dan dicampur dengan bahan-bahan lain seperti ayam, keju tomato, bawang, Italian seasoning dan lain-lain lagi. Cara pembuatannya pun senang, cuma bahan-bahannya diolah terpulang mengikut citarasa masing-masing.

Chicken Broccoli Fritatta di KLGCC ni boleh tahan juga rasanya. Tidak berminyak, rasanya pun sedap. Cuma, seperti ada yang kurang. Tapi nasib baik ada sos. Bila dimakan bersama, rasa yang kurang itu dapat digantikan balik.

Almond Zucchini Muffin & Bread 

Almond Zucchini Muffin and Bread. Chef Arnold bagitahu kami, kedua-dua ini dibuat dengan menggunakan campuran badam dan tepung kelapa tanpa menggunakan tepung putih (white flour). Unik kan? Saya pun kalau baking sebelum ini, sering menggunakan tepung putih, tetapi kini saya dapat belajar sesuatu yang baru untuk kehidupan yang lebih sihat. (khususnya buat penggiat-penggiat diet atkins)


Tuna Guacamole Salad

Tuna Guacamole Salad. Saya bukanlah penggemar tuna. Mungkin suatu ketika dahulu semasa zaman belajar di universiti anda melihat saya makan tuna dan itulah yang terakhir. Selepas tu, secara rasmi, saya tak suka makan. WHY? Adalah beberapa insiden yang menyebabkan selera terhadap tuna terbantut, seperti hanyir dan memualkan.

Tetapi di KLGCC, mereka membuat resepi Tuna Guacamole Salad, yang diolah dari sayur-sayuran, telur rebus, guacamole, bawang,  minyak zaitun dan cuka. Tuna-tuna ini dibalut seperti sushi. Walau pada mulanya saya rasa ragu-ragu nak makan dek kerana insiden lepas, tetapi saya cuba juga. Hurm, not bad. Tekak masih boleh terima walaupun tak habis licin. T_T


Salmon With Tomato Relish 

Salmon With Tomato Relish. Secara amnya, saya adalah antara manusia yang paling cerewet terhadap ikan salmon. Tak semua kedai saya boleh makan hidangan ikan salmon. Tetapi di sini, rasanya agak berbeza. Dihidangkan sekali dengan sos dicampurkan dengan cebisan kacang, bawang, buah zaiton dan bahan-bahan lain yang menjadikan hidangan ini sedap dan lazat.

Seared Beef Strip Loin

Seared Beef Strip Loin. Finally, inilah yang saya tunggu-tunggu sepanjang sesi food review ini. Bak kata Inannie, saya nampak ceria selepas makan daging ini. Muahahaha. Ya Allah, sedapnya sampai ke tekak. Daging lembu yang lembut, diletakkan sekali dengan kentang putar yang sedap dan sayur-sayuran seperti brokoli dan cauliflower. Oh, mai.. you should try this. Lovely and perfecto!

Thai Green Curry Chicken and Rice

Thai Green Curry and Rice. At first saya ingatkan masak lemak ayam. Muahaha, tapi ternyata saya silap. Ini adalah Thai Green Curry. Kombinasi hidangan sekali dengan brown rice dan cauliflower puree ternyata satu kombinasi menarik. Thai Green Curry ni rasanya sedikit pedas berbanding hidangan lain. Tetapi bagi mereka yang suka pedas, anda wajib try Thai Green Curry ini. Mungkin kena pada selera anda.

Nasi, Kentang Putar dan Cauliflower Puree

Sliced Seasonal Fruit and Coconut Ice Cream

Sliced Seasonal Fruit and Coconut Ice Cream. Selepas makan, kami dijamu dengan hidangan pencuci mulut 'dessert'. Gabungan hebat sos beri, ais krim kelapa, buah-buahan dan sweet potato pie dalam sebuah pinggan memang mantap. Hidangan sebenar adalah berlainan, tetapi untuk food tasting ini, ia dihidangkan sekali. Sos beri ini tidaklah terlalu masam kerana ia dicampur dengan sirap maple atau madu sebagai bahan gantian untuk gula.

Saya sangat menggemarinya. Masam-masam tapi enak. Haha. Manakala, ais krim kelapa pula memang terbaik. WAJIB dan WAJIB TRY. Kalau tak sedap, masakan kami boleh tambah berkali-kali semasa sesi food review ini. Hahaha. OPS!


Meja Kami

With fellow bloggers

Executive Chef, Arnold Kwok

Terima kasih sekali lagi buat KLGCC dan semua. Kebanyakan blogger-blogger ini baru pertama kali saya jumpa. Kalau ada kesempatan, kita jumpa di lain event. Bagi anda kat luar sana, moh ler kita terjah KLGCC bermula 1 April ini. Tak payah nak April Fool sangatlah. Baik belanja orang tersayang makan makanan sihat dan berkhasiat lagi best! =)

Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC)
No 10, Jalan 1/70D, Off Jalan Bukit Kiara
Kuala Lumpur

Website
KLGCC

Facebook
Kuala Lumpur Golf & Country Club

Psssttt, thank you KLGCC for the digital photo frame. Suka sangat!

Continue reading →

'Rasa Malaysia' di Renaissance Kuala Lumpur Hotel - Blog Makanan di Kuala Lumpur

&#39;Rasa Malaysia&#39; <b>di</b> Renaissance <b>Kuala Lumpur</b> Hotel - Blog Makanan di Kuala Lumpur


&#39;Rasa Malaysia&#39; <b>di</b> Renaissance <b>Kuala Lumpur</b> Hotel

Posted: 16 Mar 2014 08:24 PM PDT

Namanya langsung tidak mempunyai ciri-ciri komersial, apatah lagi apabila melihat pada rupa dan warnanya yang hitam.

Bagaimanapun, sinonim dengan frasa hitam itu menawan, sambal hitam belimbing buluh (sambal hitam) tetap mendapat tempat di hati penggemar hidangan pembuka selera yang terkenal di Pahang barat itu.

Tanpa sebarang aroma yang boleh membangkitkan selera, hidangan tradisional berasaskan belimbing buluh, lada atau cili api dan ikan bilis yang dipelopori penduduk Lipis, Raub dan Jerantut mula mengalami transformasi dalam memenuhi selera dan cita rasa masyarakat moden hari ini.

Lebih menarik, penjenamaan semula nama sambal hitam kepada sambal Pahang oleh Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, baru-baru ini bakal mempopularkan lagi produk tradisional orang kampung yang sudah dinikmati sejak puluhan tahun lamanya itu.

 Tahan lama, tiada pengawet

 Tahan lama, tiada pengawet


Penukaran nama kepada sambal Pahang itu secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada produk makanan tradisional sedia ada, sekali gus memberi kelebihan kepada industri pelancongan Pahang dalam memasyarakatkan hidangan rakyat kepada pelancong tempatan dan luar negara.


Beberapa pengusaha yang ditemui sempena Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) di Kuantan, Pahang, baru-baru ini mengakui permintaan terhadap sajian pembuka selera itu semakin meningkat, malah ada kalangan mereka diminta menyiapkan tempahan sehingga 10 kilogram.

Seorang pengusaha, Maznah Abdul Rahim, 54, berkata, penyediaan sambal Pahang tidak rumit kecuali ketika memasak belimbing buluh yang memakan masa berjam-jam lamanya sehing�ga bertukar warna kepada coklat tua atau hitam.

Secara asas, katanya, proses menghasilkan belimbing hitam itu mudah walaupun mengambil berjam-jam untuk mengeringkannya.

Tampuk pada belimbing dibuang terlebih dulu dan dibasuh untuk membuang kotoran yang melekat jika ada.

"Masukkan belimbing buluh ke dalam tin sehingga penuh bersama garam kasar dan masak dengan api sederhana sehingga belimbing menjadi kecut dan bertukar menjadi coklat kehitam-hitaman (anggaran satu tin biskut 800 gram, satu peket kecil garam kasar).

"Tidak perlu menggunakan air semasa merebus kerana belimbing mengeluarkan airnya sendiri," katanya yang mewarisi resipi sambal hitam diperturunkan nenek moyangnya.

Dia berkata, belimbing buluh itu dimasak menggunakan dapur kayu atau arang. Proses merebus belimbing mengambil masa antara tiga hingga enam jam bergantung kepada jumlah belimbing yang digunakan.

"Dari segi kualiti belimbing, semakin lama direbus semakin lama ia boleh disimpan sehingga bertahun-tahun lamanya dan selamat dimakan kerana tiada bahan pengawet.

"Ada juga remaja yang gemar melakukan aktiviti lasak menempahnya untuk dibawa sebagai bekalan makanan dan pembuka selera ketika melakukan aktiviti perkhemahan di pusat rekreasi di kampung ini," katanya.

Bagi Wan Juhaida Wan Hassan, 33, pengusaha sambal Pahang kini boleh menjana pendapatan lebih tinggi berdasarkan permintaan yang semakin meningkat.

Sejak mengusahakan produk tradisional itu beberapa bulan lalu, permintaan untuk sambal hitam sentiasa meningkat terutama dalam kalangan mereka yang hendak mengadakan majlis perkahwinan atau jamuan makan.

"Saya tidak menang ta�ngan menghasilkan sambal ini, malah terpaksa menolak permintaan kerana bimbang tidak dapat menyiapkannya mengikut waktu dijanjikan.

"Saya memperoleh resipi ini daripada nenek yang diperturunkan kepada ibu (Masti Mohd Dawi, 62) dan menjadi sebahagian daripada punca pendapatan kami sekeluarga," katanya yang turut menghasilkan pelbagai masakan tradisional di kampungnya, Kampung Kuala Atok, Raub.

Wan Juhaida berkata, sejarah sambal Pahang di Raub bermula di Mukim Sega dibawa penduduk Lipis yang berhijrah ke daerah itu.

"Menurut ibu, sambal ini asalnya hanya menggunakan belimbing, cili api dan ikan bilis saja tetapi dipelbagaikan dari semasa ke semasa, malah ada yang mencampurkan bawang merah, bawang putih dan ikan rebus.

Dalam pada itu, Wan Juhaida berkata, tidak ramai yang mengetahui air rebusan belimbing enak dicicah dengan ikan bakar terutama ikan air tawar.

"Tidak perlu bahan tambahan lain, cuma patahkan lada. Ia amat menyelerakan. Air rebusan belimbing juga boleh digunakan untuk membersihkan ikan air tawar bagi menghilangkan bau hanyir," katanya.

Ramai generasi muda tidak mengetahui cara pe�nyediaan sambal hitam mungkin disebabkan kurang pendedahan terhadap masakan tradisi itu.

"Malah ada yang tidak menyedari kewujudan sambal ini kecuali mereka yang menghadiri majlis kenduri-kendara, doa selamat dan hari raya kerana ia hidangan wajib di kebanyakan majlis berkenaan di kawasan Pahang barat," katanya.

Wan Juhaida berkata, tidak perlu mencari resipi untuk mendapatkan sukatan bahan kerana ia mengikut kreativiti masing-masing dalam menghasilkan sambal mengikut selera sendiri.

Norhaida Md Kamarudin, 41, pula mempelajari masakan tradisi itu daripada orang lama sewaktu membantu kerja memasak di majlis kenduri.

"Kami selalu bergotong-royong membuat sambal Pahang apabila ada majlis keramaian di kampung ini. Di situlah saya belajar cara memasaknya.

"Rasa sambal hitam belimbing buluh ini memang terbaik kerana membuka selera dengan rasanya yang pedas dan masam, malah ia boleh dimakan begitu saja bersama nasi panas," �kata�nya yang menetap di Kampung Melayu Cheroh, Raub.

Katanya, harga belimbing hitam yang siap direbus kini mencecah RM40 sekilogram dan sambal hitam siap berharga antara RM80 hingga RM100 sekilogram.

"Ramai kenalan dan ahli keluarga yang menetap di luar Raub kerap meminta kami menyediakan sambal hitam dalam kuantiti yang besar untuk dibawa pulang ke negeri masing-masing kerana ada permintaan daripada mereka yang sudah menikmati keenakan sambal Pahang ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/08

Continue reading →

Post Popular